Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pada tarikh ini iaitu 17 April 2016, aku berada di Sabah pula untuk tempat destinasi percutian yang kedua selepas Kuching. Pada hari ini juga banyak berjalan - jalan sekitar Pekan Kraf tangan di Kota Kinabalu.
Hari ini kami bangun sedikit lewat sedikit sebab semua keletihan tambahan lagi aku tetiba diserang selesema...sejuk sangat kot bilik hotel.
Kami keluar atau check out dari hotel Inanam di Kota Kinabalu sekitar 11am terus makan di retoran pertama betul-betul berhadapan hotel Megah Inn, Inanam yang mana menawarkan makanan rasa orang Sabah dan kadar hotel di megah inn sekitar RM80++ semalam untuk queen bed.
|
Gambar 1: Restoran Minum Pagi berhadapan Megah inn, inanam |
|
Gambar 10: Posed kejap di Bot milik UMS |
|
Gambar 11: Posed di kawasan Pantar UMS |
Lewat petang selepas check in di servis apartment di sekitar kota kinabalu city yang mana rate bilik semalam agak mahal sekitar RM200++ tetapi boleh cuba kerana agak selesa serta kedudukan service aprtment berada di bandar yang agak sibuk dengan manusia dan kenderaan di kawasan ini. Selepas check in, kami ke Pantai Tanjung Aru untuk melihat sunset...lama jugalah kami melepak disini sambil melihat pengunjung mandi manda dan kami cuma berjalan di pesisir pantai sahaja sambil menunggu sunset kunjung tiba untuk melihat kekuasaan ciptaan Maha Pencipta.
|
Gambar 12: Indahnya sunset di Pantai Tanjung Aru |
|
Gambar 13: Panorama di Pantai Tangjung Aru |
|
Gambar 14 |
|
Gambar 15 |
|
Gambar 16; Panoramaku |
|
Gambar 17: Sunset |
|
Gambar 18: Pandangan Sunset |
Alhamdulillah dapat melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t di bumi Kota Kinabalu, Sabah disaat aku masih bernafas.
Alhamdulillah
***Syukur Selalu***
No comments:
Post a Comment