See Me!

Wednesday, 30 July 2025

Travelog - Percutian di Batam, Indonesia 27 - 29 Jun 2025 (3 Hari 2 Malam)

 

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 
Lama sungguh tidak update blog ni, Kali ini saja ingin berkongsi tempat yang saya pergi bercuti iaitu di Batam, Indonesia  selama 3 Hari 2 Malam dari 27 - 29 Jun 2025. 
 
Untuk percutian singkat ini, saya book hotel melalui Agoda di Hans Inn Hotel yang mana  lokasinya agak strategik dan berdekatan dengan Nagoya Hill Shopping Mall harganya pun berbaloi iaitu dalam RM303 untuk 2 malam bagi bilik jenis suite serta biliknya memang awesome, besar siap ada 2 toilet, ruang sofa dengan 2 tv, fridge kerusi lepak, rasa sangat berbaloi sangat2 siap ada balkoni.
 
Kemudian kami book return ticket melalui website https://my.busonlineticket.com/. untuk return ticket kelas ekonomi harga RM168 yang mana boleh pilih masa pergi dan balik dengan menggunakan Bistari Gemilang Ferry untuk dari Stulang Waterfront Ferry terminal ke Harbour Bay, Batam. Perlu di ingat perlu print resit booking suntuk redeem ticket ferry sebenar di counter. Anda juga perlu bayar tambahan untuk seaport tax RM23 seorang di Malaysia dan perjalanan ke batam mengambil masa sekitar 2 jam.
 
Inilah feri yang kami naik dari Stulang terminal dan Redeem Ticket di kaunter Bistari tingkat 1 di Berjaya Waterfront.
  
***Disebabkan ini kali pertama pergi batam, saya ingin ingatkan anda supaya redeem ticket balik ke Malaysia setiba di Harbour Bay, Batam siap2 supaya tidak mengalami kes macam kami sepatutnya dalam booking kami dah pilih siap2 waktu balik pukul 1pm(waktu Indonesia) tetapi, bila waktu hendak balik kami diberitahu ticket pukul 1pm sudah penuh, so kami kena tunggu next ferry pukul 5.30pm, so tersadailah kami 4 jam di Harbour Bay, Batam Ferry terminal  hu3. Di ingat juga masa mahu pulang ke Malaysia sediakan juga duit rupiah IDR125,000 (caj mengikut masa kami pergi) seorang, untuk caj seaport tax balik dari Batam.
 
Untuk Ke Batam  dari Malaysia anda boleh pilih untuk stopover di Harbour Bay atau Batm Centre antara terminal yang popular untuk ke Batamlah.
 
Inilah Harbour Bay, Batam

 
Disebabkan percutian kali ini pergi dengan kawan dan familynya, so program hanya santai-santai sahaja sebab ada anak2 kecil. 
 
Berikut adalah tempat-tempat yang dilawati:
 
27 Jun2025
Setiba di Harbour Bay, Batam kami book grab (guna jer grab aps dari malaysia nak senang link siap2 dengan kad depit atau kad kredit nanti auto bayar) untuk Check-in dahulu sebab dah jauh perjalanan kan di Hans Inn Hotel dengan deposit IDR100, 000.
 
Hari pertama kami tidak jalan2 banyak sangat sebab sampai di Batam sudah lewat tambahan pergi dengan family rakan kerja sebab mereka ajak join he3.
 
Kami berjalan kaki dari hotel ke Nagoya Foodcourt dalam 6/ 8minit, kami baca tempat ini popular tetapi kami rasa was-was sebab dorang kata halal tetapi boleh dikatakan setiap kedai yang tulis halal tetapi ada jual arak, so kami tidak jadi makan disitu, just pass by jer.
 
Inilah Nagoya Foodcourtnya

 
So disebabkan anak2 opismate dak meragam, kami pun order grab untuk ke Nagoya Hill Shopping Mall. So kami dapati berdekatan shopping tu ada bayak kedai halal dan kami lebih yakin. Kami Makan di kedai Makan Pecel lele 99,  untuk makan 3 dewasa dan 3 kanak2  kena caj dalam IDR170, 000, so ak recommend korang try makan nasi goreng seafood, memang berbaloi. Di kawasan ini juga ada banyak kedai sate padang dan macam2 lagi.
 
Kedai Malam Kami disini berhadapan Nagoya Mall, Boleh try Nasi Goreng Seafood dan Berdekatan ini banyak kedai jual sate

 
Selepas perut dah kenyang kami jalan2 di dalam shopping Mall survey2 kek lapis batam dan window shopping. Berdekatan hotel  sempat juga pi indomaret dan kedai K circle.
 
Inilah Nagoya Shopping Mall

 
Di depan shopping ini iaitu berdekatan pintu barat ada kedai makan popular iaitu Morning Bakery. selepas kepenatan aku pon balik ke hotel.
 
28 Jun 2025
Hari Kedua, Kami book full day sewa transport dengan pak nana iaitu grab yang kami guna masa sampai di harbour bay ke hotel semalam yang mana dia bagi harga IDR600, 000 termasuk semua caj.
 
Tempat - tempat yang kami sempat pergi adalah 
  1. Puncak Beliung
  2. Kelong Janbatan Satu Seafood
  3.  De Sands Cafe
  4.  Bluefire Beach Club
  5.  Masjid Cheng Ho
  6.  Masjid Agong Raja Hamidah
  7.  Barelang Bridge
  8.  Grand Batam Mall 
  9.  Nagoya Hill Shopping Mall
 
Bagai penggemar untuk bergambar korang wajib datang ke Puncak Beliung yuran masuk cuma IDR90K jer  seorang termasuk pecuma 3 aktiviti (karpet terbang, Giant Swing dan Rainbow Slide) tetapi nak beratur berjam juga kalau anda datang lewat dan pada waktu ramai orang dan dapat minuman percuma. Ada juga pakej lain yang mana harga ikut berapa permainan berbayar kita mahukan. Jarak perjalan dari hotel dalam 30min jer. Korang jer bergambar di dalam macam2 spot yang best dan free . Untuk main aktiviti sangat menguji kesabaran terutama jika ada anak kecil  dan kawasannya sedikit mendaki untuk sampai ke tempat tarikan utama di puncak.
 
Welcome to Puncak Beliung



Selepas 4 jam disini, kami pon keluar dari kawasan ini, so perut pon dah lapar. Kami pon suruh pak supir bawa ka ke kedai popular iaitu di kelong Jambatan Satu untuk makan makanan seafood. Disini kami habis dalam IDR765K untuk 4 dewasa dan 3 kanak termasuk belanja supir makan). So kami makan lauk ikan, udang , 3 jenis sayur, air berperisa.
 
 
Setelah makan kami bergambar di jambatan Barelang dan dari tempat makan tadi pon bole bergambar berlatarbelakangkan jambatan tadi.
 
  
Seterusnya pergi bergambar pula di Masjid ala-ala Masjid Nabawi iaitu di Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah serta solat jamak kebetulan dah masuk waktu. 
 

 
Seterusnya saya masuk pula di De' Sands Santorini dengan caj IDR25K dan perfuma minal water. tempat dia biasanya jer bagi saya spot bergambar pon biasa-biasa jer. Kemudian, kami pergi ke Masjid Muhammad Cheng Ho berdekatan jer  De' sands anda juka kedai jika mahu membeli.
 
Selepas itu, kami pergi ke Bluefire Beach  Club dengan yuran masuk IDR40K beserta percuma satu air berperisa. Tempat ini popular pasir buatan berwarna pink tu... Dalam ini  banyak juga spot bergambar dan boleh rileks berlatar pemandangan tepi pantai. Best jugalah cuma ramai la orang datang sini.
 
Bluefire Beach Club

 
Penutup hari ini kami pergi ke Grand Batam Shopping Mall, Tempat kira tempat shopping barang yang lebih berkualiti untuk shopping oleh disini. Tempat ini bagi saya biasa jer macam tempat shopping biasa.
 
29 Jun 2025 
Hari terakhir - Hari program bebas; Free and Easy untuk semua orang he3
 
Dari hotel saya guna google maps untuk pergi ke tempat Sarapan pagi di Martabak Har berdekatan Lubuk Baja dekat juga dengan Nagoya Mall. Sementara tunggu semua shopping mall di Batam buka pukul 10am jalan2 sekitar Nagoya Hill Shopping Mall dahulu untuk shopping terakhir dan beli oleh-oleh.
 
Kemudian saya, Beli Oleh-Oleh Kek lapis berharga IDR90K  dan Batam Banana (bagi saya lagi sedap dari kek lapisnya hu3) di dalam Nagoya Hill Shopping Mall, Banyak juga kedai kek lapis dalam Mall ini.
 
Kemudian saya window shopping jer di Diamond City Mall, bagi saya biasa jer best lagi di Nagoya cuma di Diamond City banyak orang jual pakaian.
 
Penutup percutian di Batam, saya Lunch di  Morning Bakery berhadapan pintu Baray Nagoya Mall. Di Kedai ini ada pelbagai jenis pastry dan menu berat yang korang boleh pilih ala2 macam kopitiam pon ada juga.
 
Saya Balik Hotel unbtuk bersiap balik dan pergi ke Harbour Bay terminal untuk Pulang ke Malaysia. Bye Bye Batam. Jumlah pembelanjaan Peribadi habis dalm RM1,100.00 untuk 3 hari 2 malam.
 
So Kami Sampai JB, Malaysia dalam pukul 9,30 malam sebab bergerak dari Batam dalam & Lebih.
 
Tamat Percutian Di Batam
 

Friday, 10 January 2025

Travelog - Percutian di Sekinchan dan Kuala Selangor, Selangor 17 - 19 Oktober 2024 (2 Hari 2 Malam)

 

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 
Kali ini saja ingin berkongsi tempat yang saya lawati sepanjang saya bercuti di Sekinchan dan Kuala Selangor selama 2 Hari 2 Malam dari 17 - 19 Oktober 2024.

Aktiviti 17 Oktober 2024
Macam biasa setiap kali bercuti jika ada kelapangan mesti akan ziarah kubur arwah ibu untuk melepaskan rasa rindu. Selepas itu, saya terus ke lokasi yang dituju iaitu perhentian pertama adalah Sekinchan. Setibanya di Sekinchan, waktu ketika itu sudah tengah hari, so terus cari tempat makan dan menuju ke Laman Tebu Aidil.

Scenary laman Tebu Aidil


Di Laman Tebu Aidil, masa saya sampai makanannya biasa-biasa jer standard kedai warung biasa, ada air tebu, mee sup, mee kari, goreng pisang. Yang best cuba untuk bergambar di laman tebu. Yang saya tak sangka terjumpa di kedai ini iaitu pelbagai jenis kek Obalab, so sempat lah grab 5 jenis yang berbeza mahal sedikit harganya itu RM3/pcs jika berbanding beli kt platform online ye. So di Laman Tebu Aidil saya grablah makanan ringan air tebu dan pisang goreng.

Kemudian, tidak jauh dari Laman Tebu Aidil, ada Laman Choco, disini banyak sedikit menu dan menarik berbanding kedai tadi tetapi lebih kepada western food lah seperti spaghetti, koktel dan flavoured drink. Di kawasan tempat kedai ini anda boleh grab coklat juga jika berminat. So, saya order ice latte dan juga koktel Daging (habis belanja RM13). Tempatnya lebih menarik untuk bersantai, bergambar dan makan di tepi sawah padi.
 
Scenery Laman Choco

 
Selepas check-in hotel, saya keluar semula cari lagi kedai viral yang tepi sawah padi. So, saya singgah di Kedai Kopi Sawah, tempat dia betul - betul tepi bendang sawah padi yang sedang tumbuh segar bugar. Di kedai ini saya suka sebab nampak lebih mendamaikan dan best. Makanan pon banyak pilihan juga untuk santai. So saya order spaghetti goreng dan green tea (habis dalam RM14), lama juga lepak sini sebab spot bergambar best dan menarik.
 
Scenary Kopi Sawah

 
Seterusnya, dalam perjalanan ke terminal sekinchan nampak dalam review orang macam best tapi tak best pon (tak menarik langsung bagi saya). Tapi lagi best pi bergambar di kawasan Padi sentral betul- betul di kawasan sawah bendang serta banyak checkpoint untuk anda bergambar disini, boleh try datang sini ye berbanding terminal sekinchan.

Scenary Padi sentral


Penutup hari tersebut,  saya singgah makan Nasi goreng Mentarang berharga RM12 di Laman Buloh AZR Mentarang, biasa jer rasanya..... mayb sebab dah kenyang atau tidak kena dengan tekak saya hu3. Kemudian, saya pon balik hotel berehat sebab dah penat jalan sini sana.
 
Makan Malam di Laman Buloh AZR Mentarang & sarapan Pagi Nasi Berlauk Kak Sam

 
Aktiviti 18 Oktober 2024
Hari ini banyak sedikit berjalan-jalan berbanding hari sebelumnya itupun selepas jumaatlah. Saya sarapan di warung nasi berlauk Kak Sam tidak jauh dari hotel, so saya order nasi lemak ayam dan teh panam ( harga dalamRM10.50). Seterusnya jalan ke perkampungan nelayan sekinchan dan pantai redang berdekatan juga dengan hotel.
 
Sneray Pantai Redang


Di pantai redang tempat yang saya pergi adalah kawasan pokok popular iaitu pokok hajat, perkampungan nelayan adalah bersebelahannya sahaja. So, sempatlah bergambar dan melihat scenary kawasan perkampungan serta dekat dengan jetinya di kawasan ini juga ada Msekin Wonderland tapi tidak masuklah sebab tak berhajat hu3. Masa saya sampai di pantai redang air surut dan pantainya biasa-biasa sahaja.
 
Scenery di Jeti Pantai Pedang dan Pokok Hajat


Kemudian, saya pergi ke kedai Colek D'Sawah untuk makan tengah hari berdekatan juga dengan hotel tetapi nak ke kedai perlu  u turn agak jauh la. Untuk pengetahuan kedai buka pukul 11.00pagi tepat, kena la tunggu kejap... Sementara menunggu bergambar jap di kawasan kedai yang betul-betul di tepi bendang sawah padi dan sesuai untuk port bergambar. So. saya order simple untuk alas perut, saya order ABC dan dimsum harga semuanya dalam RM14. Penutuo tengah hari tersebut, balik ke hotel, mani, checkout dan terus ke masjid untuk solat jumaat di Masjid Pekan Sekinchan bersebelahan dengan hotel.
 
Scenary Colek D'Sawah
 
Selepas solat, saya pergi pula untuk brunch di kedai Dapo putih (kedai buka pukul 2.30ptg sebab jumaat), saya order mac n cheese with big sausage dan strawberry latte harga semuanya dalam RM19. Tempatnya agak terpencil di kawasan rumah pemilik tetapi berbaloi makan menarik dan tempat pon cantik. So, tamatlah jalan - jalan di kawasan sekinchan.
 
Scenary dapo Putih

 
Seterusnya, saya ke kuala selangor.... check-in hotel dulu di Le-Shore, Hotel ni best betul-betul tepi sungai, bilik pula berdekatan tempat boleh lihat view sungai dan ada tempat lepak disitu, pemandangan memang best. di Hotel pon ada kedai makan agak menarik untuk melihat view sungai dan berdekatan pasar penambang.

Kemudian, saya pergi jalan ke Taman Alam Kuala Selanngor tidak jauh dari hotel dalam 10minit macam tu. Masuk kena bayar RM4 seorang, so boleh jalan kedalam kawasan hutan simpan dalam 4km berpeluh juga lah untuk melihat haiwan disitu seperti burung, bangau silver Leaf Monkey dan anaknya jika bernasib baik dapat la jumpa haiwan yang best2. Kawasanya sedikit kurang maintenance la. Berdekatan taman ini ada Melawati Hill tapi tak sempat pergi sebab dah petang dan penat, hanya pergi ke Masjid Raja Lumu, cantik dan tenang jer ennvironmentnya.
 
Scenary Laman Alam Kuala Selangor

Penutup hari tersebut, makan malam awal itupun dah pukul 6 petang di Mustawa Family Cafe dekat juga dengan Hotel iaitu berdekatan Peninsula Park. Saya order nasi goreng chicken chop, choccolate muffin yang ni best muffinyer dan macam biasa ice latte (harga semuanya dalam RM31++). So dah penat terus balik hotel untuk tido sebab esok paginya kena gerak balik ada kerja selepas subuh...

 


Sekian sahaja percutian di Sekinchan dan Kuala Selangor untuk kali pertama datang.


 

Tuesday, 10 December 2024

Travelog - Percutian di Janda Baik, Bentong Pahang 21- 22 September 2024 (2 Hari 1 Malam)

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 
Percutian Singkat di Janda Baik, Bentong Pahang ini dirancang untuk hanya mengisi masa terluang dan kali pertama bercuti disini dan lokasinya yang tidak jauh dari Hometown saya lebih kurang 2 jam perjalanan. Disini saya kongsikan aktiviti ringkas sepanjang saya bercuti disini:

Aktiviti 21 September 2024
Saya bergerak dari rumah saya (hometown) sekitar pukul 7 pagi, singgah sebentar menziarah kubur arwah ibu untuk melepaskan rindu dan bergerak dari situ ke Janda Baik sekitar 10.30pagi, jarak perjalanan lebih kurang 30min++ (tertiba awal disana tetapi tidak boleh check in awal sbb hanya boleh check pukul 3.00pm).

Sementara menunggu waktu check-in, saya pergi sarapan pagi dahulu di Kopi N Kraf berdekatan dengan kawasan jalan sumsum hilir. Tempatnya agak tersorok ke dalam, sunyi dan menenangkan tetapi bagi saya best. Kawasanya perlu sedikit mendaki yang dikeliling kawasan hutan di tepi jalan sum-sum yang mendamaikan serta ada juga penginapan di situ bagi sesiapa yang ingin menginap disitu. 
 
KopiNKraf

 
Menu macam - macam juga ada seperti nasi lemak, spaghetti, confectionery, coffee dan macam - macam  lagi. So, saya order coffee ice latte, nasi lemak ayam dan choc. muffin kena caj dalam RM39 serta menunya kenalah dengan tekak yang mana boleh makan sambil melihat kehijauan di sekeliling kafe tetapi banyak nyamuk hu3 tapi lama juga lepak situ sebab masa lama lagi untuk check-in hotel.
 
Kemudian, saya pergi lepak di sungai Tanjung Pulau Santap berdekatan dengan 101 resort dan mamapapa resort bagi mendengar desiran air dan ada tempat duduk awam yang disediakan di kawasan itu. Seterusnya, saya ke ladang Fig Farm Malaysia  berdekatan sungai td, sesiapa yang ingin membeli anak pokok dan oleh - oleh berkisarkan buah tin boleh datang juga ke tempat ini, sempatlah grab buah tin segar 6 biji RM20.
 
 
View di Sungai Pulau Santap

 
Selepas itu, saya pergi menuju ke kawasan pekan Kg. Janda Baik berdekatan dengan Jalan ke Pulau Santap (bukan pulau ye, hanya namanya begitu) disitu kawasanya lebih happening tetapi kawasanya tidak besar, anda boleh tembus dari Jalan SumSum hilir ke Jalan Kg. Janda Baik ini , so tak sesatlah. Sempat jugalah pergi ke kafe Pinto (kafe dalam hutan camtu), hati-hati ye laluan masuk ke kafe ini agak membukit dan jalan sempit hu3.

Melawat Ladang-Ladang Fiq dan Makan Buah fresh


Seterusnya, saya makan di kafe mamapapa berdekatan dengan Sungai Pulau Santap tadi, Saya makan Nasi lemak Chicken grill caj dalam RM19++, so boleh tahanlah tetapi servis sangat lambat walaupun tidak ramai orang semasa saya sampai. Penamat pada hari berkenaan,  saya kemudianya check-in jam 3.00pm di Seri pengantin Resort. 
 
Bagi saya resort Seri pengantin ni sangat teruk, dahlah tak bagi check-in awal, bila sampai waktu check-in kena sidai lagi dalam 20minit. Resort yang paling teruk servis dan  keadaan bilik (padahal harga mahal juga), dalam gambar tak sama dengan realiti, kebersihan pun teruk sangat, padahal orang tak ramai sangatpun pada hari tersebut, tapi servis hampeh saya bagi rating  1*, sungai berdekatan hotel pon macam bukan sungai, macam parit pon ada juga rasanya, premis tersebut tidak diselenggara dan nampak buruk. Dah bayar so tido je lah, yang tak best, tak boleh bg review sebab book guna apps Airasia dan tiada butang untuk review hotel (so korang takyah lah stay hotel/resort ini ye)
 


Aktiviti 22 September 2024
Di sebabkan tak best stay di resort seri pengantin ini (book pon sebab ada promo kad jer hu3), saya bangun awal pagi terus lepak lagi di sungai berdekatan Pulau Santap dan kemudian pergi menikmati sarapan di kedai Kopi Ladang agak dekat juga dengan sungai tadi, kedai buka sekitar pukul 7.30am. So saya mencuba Nasi Lemak Kerang, Hot Coffee Latte (air kegemaran, wajib order) dan Garlic bread, caj dalam RM30.

View Tingkat Atas dan Bawah di Restoran Kopi Ladang


Kemudian balik hotel, rehat sekejap dan terus check-out dalam pukul 11pagi. Dalam perjalanan menuju balik ke hometown melalui menuju ke rnr genting sempah, saya singgal di kafe viral di Janda Baik iaitu Pineyard Cafe. Tempatnya adalah kawasan private, tempat cantik dan mendamaikan tetapi harga menu agak mahal sesuailah dengan environment yang ditawarkan. So, saya order TomYam Pasta dan Coffee Ice Latte untuk lunch, caj dalam RM49 (2 menu jer).



Selesailah percutian saya di Kampung Janda Baik selama 2 hari 1 Malam

Sekian

Wednesday, 16 October 2024

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

 

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 

Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu coklat Chocolala (Dubai) dan Vlinder (Arab Saudi). Terpengaruh dengan reel yang keluar di facebook, terjebak juga untuk beli hu3.  Saya pilih coklat jenama vlinder(dari Arab) berbanding  fix (dari Dubai) sebab saya baca review coklat vlinder kurang manis dan lebih sedap).

Inilah Coklat Chocolala dan Vlinder yang saya beli

 

Coklat - coklat ini saya beli dari Instagram ShopwithNSR, tetapi menjadi kisah saya cari di Ig Butter****** (so dah pre-order 2 minggu awal bagi tahu untuk ambil dalam Minggu ketiga iaitu pada 21 September 2024, walaupun harga lebih mahal dari ShowithNSR, tetapi order juga sebab mudah untuk pickup kawasan Gombak dalam perjalanan saya ke KL nanti), Malangnya walaupun sudah confirm order dari Butter****, seller tidak bagi update apa2, saya yang banyak tanya update berkali-kali, seller kata boleh dapat pada tarikh yang saya mahukan, tetapi di hari/ beberapa hari untuk saya pickup seller inform tiada stok lagi, salah satu coklat yang saya order (kenalah game dengan seller ini, hu3).

Saya pon cari lah seller lain iaitu di Ig ShopwithNSR(Trusted seller) yang sebelumnya sudah survey  untuk order coklat ini, nasib baik ada stok coklat - coklat yang saya mahu dan harga lagi murah dari seller yang game saya tu. Untuk pengetahuan seller (orang Malaysia) memang dari Dubai tetapi untuk tujuan collection, seller ada agen di Malaysia, sekitar KL/ Selangor untuk kita collect/ delivery coklat kita tu, jangan risau.

 

Review Pertama - Coklat Chocolala

Semasa sudah confirm order dengan seller (Ig:ShopwithNSR), anda perlu bayar deposit sekurang-kurangnya 50% dari jumlah amaun boleh transfer jer. So Saya order coklat Vlinder dan Mix Chocolala 500gm dengan ShopwithNSR yang mana jumlah keseluruhan RM290.00 (seller ini popular juga la di kalangan artis yang banyak juga order denganya hu3), so saya pickup di rumah agennya di Shah Alam.

Inilah Coklat Chocolala

 Saya membeli Mix Chocolala Dubai ini dengan harga RM155/box yang mana ada 6 perisa dan ada 26 biji serta pelbagai saiz coklat (coklat macam coklat patchi pon ada). Antara perisa yang saya suka adalah perisa Pistacio (tak ingat perisa-perisa yang lain sebab di kotak tiada tulis hu3). Boleh cubalah coklat ini jika mahukan kelainan, coklat ini pun sesuai dengan harga, rasa pon lebih sedap sedikit dari coklat ferrero rocher. Dibawah video cokloat chocolala:

 
 
View Coklat Chocolala untuk 3 perisa yang sempat snap gambar (sebenar ada 6 perisa sekotak)


Review Kedua - Coklat Vlinder

Ini view bungkusan Coklat Vlinder

Ulasan jujur seterusnya adalah coklat Vlinder, perisa yang saya pilih ialah Vlinder - Crispy Kunafa & Pistacio berharga RM135/pcs, murahkan harganya yeahhh. Untuk pertama kali saya, rasa memang sedap, crunchy dan kena dengan tekak, kurang manis, terasa mahal coklatnya dan memang betul review yang saya baca sebelum ini, u guys boleh cuba coklat jenama vlinder ini ye, best sangat. 

 

View coklat Vlinder sebelum dimakan

 
View coklat Vlinder

Inilah coretan perkongsian jujur berkenaan coklat Vlinder dan Mix Flovour Chocolala. Jika perbandingan antara dua jenis coklat kalau saya diberi pilihan saya suka coklat Vlinder- Crispy Kunafa & Pistacio dan untuk Mix Chocolala saya suka perisa Pistacio sahaja antara 6 perisa yang ada dalam kotak.


Sekian


Monday, 2 September 2024

Perjalanan Umrah Pertamaku 11 - 20 April 2024 | 2 Syawal 1445H (Part 2 - Mekkah)

 

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 
Aktiviti Sepanjang Di Mekkah 14 April 2024 - 20 April 024 


 
Aktiviti 14 April 2024
Saya telah kongsikan Coretan pengalaman Umrah Pertamaku Part 1 - Madinah saya semasa di Madinah, yang mana anda boleh  klik di link ini >>> Umrahku Part 1 - Madinah
 
Setelah kami check-out dari Al Ruve Hotel, Madinah dan siap siap memakai ihram (pastikan anda patuh larangan setelah memakai ihram untuk mengerjakan umrah. Kami tempah grabcar dari hotel ke Madinah Highspeed Train Station yang mengambil masa lebih kurang 10 minit perjalanan. Setibanya disana kami check-in, menunggu dan makan di HHR lounge yang disediakan (sebab saya beli tiket pakej Business - harga masa beli SAR 380++) sementara menunggu HHR train sampai.
 
Ini View makan do HHR lounge dan ruang untuk naik HHR train

 
Apabila train sudah ready untuk bergerak menuju ke Mekkah, kami pun masuk ke dalam train dan duduk di tempat yang telah ditempah. Apabila train mula bergerak dan alert pada paparan di skrin untuk berniat Miqat di dalam train bagi menuju ke Stesyen HHR Mekah (pada ketika ini anda sudah terikat dengan pantang larang umrah yang telah anda pelajari sehingga selesai mengerjakan umrah anda). Didalam train kami di hidangkan makanan mengikut pakej tempat duduk yang telah dibeli sebelum ini jika ada dan anda sudah boleh mula bertalbiah hingga di sepanjang perjalanan menuju ke Mekkah.

Ini view dalam HHR train dan dalam HHR

Setibanya di Stesyen HHR Mekkah  dari Madinah dalam jarak lebih kurang 400km++.  Kami terus keluar dari pintu masuk utama stesen dan terus mencari kereta sewa di bahagian bawah stesyen HHR tadi, tidak jauh pun berjalan ke tempat untuk cari kereta sewa ke Masjidil Haram/ Hotel. Di situ banyak sahaja kenderaan sewa menunggu mengambil penumpang, cuma perlu pandai pilih dan bersesuaian dengan harga yang anda mahukan, boleh juga order secara online seperti menggunakan apps Careem (entahlah bagi saya apps  ni tak begitu popular di Mekkah dan macam tak boleh percaya 100% penggunaannya, ini berdasarkan pengalaman saya). Disebabkan tunggu lama booking dari apps careem lambat sangat, kami terus grab kereta sewa yang sedang tunggu disitu yang mana kami berdua kena caj  70 riyal sahaja  ke Hotel di Masjidilharam setelah berunding harga.
 
View dari bilik Hotel ke Masjidil Al-Haram

 
Selepas check-in hotel di Al-Safwa Royale Orchid, kami terus solat zohor dan jamak dengan asar di bilik dan terus bersiap untuk menuju ke Mataf pada sekitar pukul 4.00pm untuk melakukan umrah dengan memasuki kawasan Masjidilharam untuk memulakan tawaf dengan mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan (waktu ini suhu memang tinggilah dalam 40 darjah celcius ++ la, so kami pergi juga sebab kami lihat kawasan mataf dari hotel kami agak lenggang untuk lakukan tawaf. So, bermula dari menuju ke kawasan Mataf mulalah lakukan semua perkara wajib/ rukun umrah yang telah anda pelajari serta yakin dan digalakkan melakukan perkara - perkara sunat yang telah anda pelajari sebelum ini jika ingin mendapat pahala yang banyak. Islam itu Mudah, so, lakulah ikut kemampuan dan pemahaman anda yang penting semua wajib/ rukun perlu anda patuhi  ye.
 
 
View selepas selesai buat tawaf umrah dan pemandangan berlatarbelakangkan hotelku

Semasa tawaf,  janganlah anda menyentuh atau mencium kaabah bagi mengelakkan anda melanggar perkara wajib/ rukun umrah. Sesudah tawaf  mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan, kami terus melakukan solat sunat di belakang makam Ibrahim dan berdoa. Selepas itu, kami terus menuju ke bukit Safa berdekatan Kaabah dari Makam Ibrahim tadi bagi melakukan sai'e sebanyak 7 pusingan dari Safa ke Marwah (tamat pusingan di Marwah) sehingga bertahlul selepas melengkapkan 7 pusingan (bercukur) dengan mengikut tertib. So, kami selesai mengerjakan umrah pertamaku yang wajib sekitar 6.30pm (waktu Arab Saudi, yang mana waktu Malaysia pukul 11.30 malam), selepas itu, kami membotakkan kepala di kedai barber di dalam Safwa Tower yang mana caj SAR51 untuk dua orang, mahal juga la.
 
 
View Kasawan untuk Saie dari Bukit Safa ke Marwah

 
Aktiviti 15 April 2024
Pada tarikh ini, aktivitiku hanya melakukan solat 5 waktu dengan menghadap Kaabah setiap waktu dan beriktikaf di dalam Masjidilharam. Selain itu, saya turut melakukan tawaf sunat mengelilingi kaabah setiap hari selepas subuh sepanjang kami berada di Mekkah yang selalunya melakukan tawaf sunat di tingkat satu (sebab memakai pakaian biasa, jika pakai ihram boleh tawaf di kawasan mataf) dan pernah kami juga mencuba  menggunakan perkhidmatan scooter di tingkat 2 yang mana bayaran dalam SAR57.50++ seorang bagi  melakukan tawaf sunat .
Tempat ambil dan bawa scooter untuk tawaf sunat setelah bayar


Aktiviti 16 April 2024
Pada tarikh ini, aktivitiku pergi menunaikan solat 5 waktu dan beriktikaf di dalam Masjidilharam hampir setiap waktu. Istimewanya pada tarikh ini adalah, selain berniat mengerjakan umrah wajib bagi diriku, tetapi turut berniat untuk melakukan badal umrah buat arwah ibuku, moga semua amal ibadah ini diterima Allah s.w.t. 
 
View Selepas Solat Subuh di Masjidil al-Haram

 
Selepas sarapan pagi, mandi dan solat sunat, kami menuju mencari teksi sewa berdekatan hotel kami (sangat dekat dan mudah) bagi membawa kami untuk niat Miqat bagi Badal Umrah buat Ibuku di Masjid Aisyah/ Masjid Al - Taneem yang mana caj pergi balik adalah SAR 70  lebih kurang 10km++ jaraknya dari Masjidilharam (kami guna teksi berwarna hijau, pastikan anda hafal no plat dan ingat teksi tunggu dimana ye).

Kami Niat Miqat di Masjid Aisyah, melalukan solat sunat di dalam masjid tersebut dan kemudian pergi semula ke teksi untuk balik semula ke Masjidilharam untuk mengerjakan dan melengkapkan Badal Umrah buat ibuku bermula dari Niat di Miqat, Tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah, Tawaf 7 pusingan dari Safa ke Marwah dan bertahalul sehingga selesai semua rukun/ wajib umrah. Ak raya lapang, bahagian dan bersyukur dapat melakukan Badal Umrah Untuk Arwah Ibuku, hiba rasa hati tidak dapat digambarkan, bergenang air mata serta menahan rindu kepada arwah Ibuku.

Inilah tempat Niat Miqat, Masjid Aisyah bagi mengerjakan Badal Umrah Ibuku



Selepas selesai melakukan Badal umrah buat arwah, kami solat di Masjidharam seperti biasa dan jika ada kelapangan masa kami makan di kawasanan Safwa Tower, di bilik atau di dalam Clock Tower berdekatan hotel kami.
 
Aktiviti 17 April 2024
Pada tarikh ini, selepas solat subuh di Masjidil al-haram, tawaf sunat dan sarapan pagi, kami mula melakukan ziarah di kawasan mekkah yang mana menggunakan perkhidmatan mutawwif yang sahabatku pernah guna sebelum ini. Kos untuk caj pengangkutan dan mutawwif adalah lebih kurang SAR500 termasuk semua (mutawwif dari indonesia). Kawasan yang kami ziarah kawasan Jabal Tsur,muzdalifah, mina, Jabal Ar- Rahmah, Arafah, Jabal Qurban, Kawasan Gua Hira', Jamarat dan banyak lagi.

Ini antara gambar - gambar tempat ziarah


Setelah pulang kami sambung solat di Masjidil Al-Haram dan juga mula membeli oleh - oleh untuk keluarga di dalam Safwa Tower di bangunan yang sama dengan hotel yang kami menginap (banyak kedai makanan dan oleh-oleh termasuk kedai maknan Malaysia).
 
Aktiviti 18 April 2024
Pada tarikh ini, aku sendirian berbekalkan tawakal kepada Allah s.w.t masuk ke kawasan Mataf (kaabah) selepas solat subuh dan memakai ihram bagi memunihi hajatku untuk mencium hajarul aswad (penguasa disana hanya membenarkan mereka yang memakai ihram sahaja masuk ke kawasan mataf) untuk melakukan tawaf sunat mengeliling kaabah. Pada masa ini, diri ini berhajat sangat untuk mencium hajarul aswad, menyentuh makam ibrahim dan melakukan perkara yang semasa tawaf wajib umrah tidak boleh dilakukan bagi mengelakkan dikenakan dam. Apa yang aku ketahui kita boleh menyentuh kaabah jika selepas selesai melengkapkan semua rukun/ wajib umrah.

View berdekatan Dataran Masjidil Al-Haram


So, bermulalah aku melakukan tawaf mengeliling kaabah beberapa pusingan, dalam pusingan yang terakhir aku cuba menghampiri sedikit demi sedikit kawasan keliling kaabah yang mana bermula dari rukun yamani sehingga ke hajarul aswad ( ujian disini sangat hebat, terutama anda akan merasa pengalaman dihimpit dan diasak pelbagai orang yang ingin mencium hajarul aswad, anda perlu berusaha, berdoa, redha dan tawakal). 
 
Di sepanjang tempat mula dari rukun yamani dapatlah menyentuh di sepanjang laluan itu menuju hajarul aswad. Ku kongsikan pengalamanku bukan untuk riak sebagai persediaan kepada semua yang berhajat mencium hajarul aswad, aku dengan berhemat masuk ke kawasan rukun yamani untuk mula dari laluan itu bagi memudahkan untuk menuju hajarul aswad, mula - mula ramai juga mengasak dan berebut, aku just rilek ikut sahaja laluan itu, yang paling best aku ditolak menuju ke hajarul aswad tapi rasa sesak juga nafas sebab yang asak badan besar, aku nie kecil jer orangnyer. Best punya cerita, aku pon di ditolak sehinggalah ke hajarul aswad, dan terus dapat menciumnya, lama juga dapat cium dan berdoa semasa mencium hajarul aswad dan kemudian berdoa berdekatan multazam ( harap semua hajat dan doaku dimakbulkan, amin). Anda akan jumpa macam - macam perangai manusia di kawasan kaabah, disinilah tahap kesabaran anda diuji, sesiapa yang berjaya mengawalnya, Insyallah urusan anda dipermudahkan dengan Izin-NYA.

Kemudian, selepas semua hajatku tercapai dan tawaf sunat selesai, aku pun pergi melakukan solat sunat di belakang makam ibrahim. Kemudian, aku pergi mendapatkan cenderahati Al Quran di Masjidil Al - Haram, yang mana boleh ambil secara percuma melalui pintu 81/82/83. Selain itu, Sempat juga berkongsi momen dengan adik beradiku di depan Kaabah. Syukur. Akhir sekali, balik Sararan pagi di Al Safwa Royale Orchid sambil menghadap dataran Masjidil Al - Haram.
 
Makan selepas tawaf sunat

 
Selain solat dan beribadah, sempat  juga mencuba Arabic fastfood iaitu Al-Baik berdekatan shopping mall berdekatan Jabar Omar (tidak ingat nama) sambil jalan - jalan kawasan berdekatan Masjidil Al-haram. Di dalam Clock Tower banyak juga kedai makan yang menarik di tingkat atas dan selesa.

Dapatlah merasa makan di Al-Baik ni, biasa-bisa jer


 
Aktiviti 19 - 20 April 2024
Pada tarikh ini, macam biasa menunaikan solat dan tawaf sunat di Masjidil Al-Haram. Istimewanya tarikh 19 April 2024 (Jumaat), kami dapat mengerjakan sembahyang Jumaat pula di Masjidil Al-haram sambil berkiblatkan di depan Kaabah, bertuahnya diri ini, Syukur Alhamdulillah semua urusan Ibadah  di permudahkan semasa berada di Madinah dan Mekkah.

View Waktu Subuh berekatan Masjidil Al-Haram

Ini view dari hotelku untuk masuk ke kawsan solat di Masjidil Al-Haram dan sekitar Ajyad


Selepas solat jumaat di Masjidil Al-haram, kami membuat shopping terakhir di kawasan Safwa Tower dan di Clock Tower untuk membeli oleh - oleh untuk keluarga seperti coklat, kurma, jubah dan lain - lain (banyak juga berbelanja dalam SAR1000++, so anda belanjalah ikut kemampuan ye, macam saya banyak nak memberi sedekah sebab dah niat awal).

Pada pagi 20 April 2024, kami solat suboh macam biasa, sarapan dan menutup umruhku di Mekkah dengan membuat tawaf wada' dengan siap berpakaian ihram untuk melakukan tawaf di kawasan kaabah. Selepas itu, kami bersiap dan menunggu kereta sewa yang telah ditempah di hotel untuk membawa kami menuju ke Airport Jeddah untuk pulang ke Malaysia yang mana caj adalah SAR250 yang mana jarak perjalanan dalam 1 jam 30 Minit++ dari Masjidil Al-Haram mengikut aliran trafik semasa.

Setibanya kami tiba di Airport Jeddah, solat di surau airport sementara menunggu waktu untuk check-in. Selepas dibenarkan check-in, kami terus masuk kawasan pelepasan yang mana kami menaiki keretapi khas bagi membawa kami menuju ke terminal pelepasan antarabangsa.
 
 
Disinilah beli air zam zam di luar Airport Jeddah, caj SAR12.50 (kena tunjuk passport ye)

Tiba di terminal pelepasan, kami makan duhulu di flight longue sementara flight ready (ikut pakej flight yang anda beli ye). Kemudian, kami bergerak menunggu di gate pelepasan dan flight kami berlepas sekitar 7.00 petang dari Jeddah sedikit lewat ( waktu Arab Saudi), So, Solatlah maghrib dan Isyak dalam kapal terbang secara musafir.

Gambaran di Airport Jeddah

Gambaran lounge Tempat Makan di Airport ini, Tempat menuggu train ke terminal pelepasan antarabangsa dan ruang legar dalam Airport Jeddah

 
Inilah kapal terbangku dan makanan time balik ke Malaysia

 
Alhamdulilillah, lebih kurang 9 jam perjalanan di udara, kami selamat sampai di tanah air Malaysia pada keesokan harinya iaitu 21 April 2024 sekitar 9.00 pagi (waktu malaysia) dan aku terus pergi menziarah kubur Arwah Ibuku😓😓😓. 

Setakat ini sahaja perkongsian umrahku secara DIY sebagai panduan bagi mereka yang pertama kali melakukam umrah. Semoga perkongsian kali ini bermanafaat. 
 
Sekian.

 

Recent post

Travelog - Percutian di Batam, Indonesia 27 - 29 Jun 2025 (3 Hari 2 Malam)

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Lama sungguh tidak update blog ni, Kali ini saja ingin berkongsi tempat yang saya pergi bercuti...