See Me!

Tuesday, 8 December 2015

Permohonan & Kelulusan Pinjaman Perumahan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Banyak juga prosidur untuk pembelian rumah rupanya....so saya kongsikan disini sebagai panduan untuk semua pembeli - pembeli rumah yang masih lagi bujang/ tiada pengalaman mahupun yang sudah berkahwin.

Walaupun umurku baru mencecah 31 Tahun dan tambahan lagi masih bujang, aku sudah berfikir untuk membeli rumah disebabkan kos pembelian rumah semakin meningkat saban tahun. Jika boleh cari BR rate mengikut bank yang mana keuntungan atau kebaikan banyak kepada anda sebab BR rate diperkenalkan bank negara ini yang mana berlaianan mengikut bank....

Disini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman berkenaan proses untuk memohon pinjaman perumahan dan rujukan secara ringkas senarai yang perlu diberikan/ disediakan kepada pegawai Bank untuk tujuan pemprosesan pinjaman perumahan seperti disenaraikan dibawah:

i.  Isi Borang Permohonan Pinjaman Di Ruang yang Wajib sahaja
ii. Photostat Identity Card (Depan & Belakang)
iii. Bank Statement (Boleh digunakan Bank Statement Histrory eg: dari Cimbclick bagi pemegang buku akaun)
iv. Tiga (3) Bulan "PaySlip"

So ini sahaja dokumen yang sudah mencukupi yang saya sediakan untuk permohonan pinjaman dan pinjaman saya TELAH LULUS. Tetapi, diingatkan juga anda memastikan rekod kredit anda bersih untuk mudah lulus pinjaman bank...bagi yang masih bujang atau bekerluaga dinasihatkan untuk cuba mencari skim-skim dibawah peruntukan kerajaan yang mana membantu anda menyediakan deposit perumahan malah dapat memudaahkan kelulusan pinjaman perumahan.

Bagi keadaan saya, pemprosesan mengambil dalam masa 7 Hari sahaja untuk mengetahui status pinjaman saya lulus dengan mendapat sms dan diberitahu oleh pegawai yang memproses permohonan saya setelah membuat kajian lengkap dan pertanyaan samada pinjaman saya boleh lulus atau tidak dari pegawai bank yang berkenaan, tambahan saya menggunakan wang kwsp akaun 2 untuk deposit 10% rumah so lebih mudah pinjaman diluluskan.


Gambar 1: Hooreyyyyy Surat Pinjaman Kelulusan sudah dapat beserta borang - borang yang perlu saya tandatangan untuk menerima pinjaman semuanya ada 4 Salinan serta borang lain yang berkenaan
  
So inilah contoh surat kelulusan yang saya sudah dapat (seperti Gambar 2 dibawah) yang mana ada semua detail untuk kos-kos bayaran pinjaman termasuklah Kadar Faedah yang mana Base Rate +0.65% sebab mohon Zero Entry Cost selepas rumah siap dan Base Rate+0.40% sebelum rumah siap dalam tempoh dua tahun (itu pun hanya perlu bayar interest sahaja mengikut claim yang dibuat oleh pemaju kepada Bank untuk peratus rumah siap sahaja).

Untuk setakat Bulan 12, 2015. Base Rate adalah 4.1% (base rate berubah mengikut Bank dan biasanya ianya akan di revise setiap tiga bulan) tetapi untuk tambahan peratus selepas  Base rate (BR) yang mana tetap dan tidak akan berubah mengikut bank. Jika boleh carilah bank yang boleh memberi peratus tambahan selepas BR yang rendah seperti yang diberitahu oleh pegawai bank sebab itulah yang akan membezakan kadar faedah untuk setiap bank yang ditawarkan kepada pembeli dan perlu dibayar nanti samada tinggi atau rendah untuk bayaran bulanan.

Gambar 2: Alhamdulillah, surat kelulusan sudah dapat.....Anda Bila Lagi???
Untuk pinjaman rumah, saya dikenakan bayaran untuk Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA Fees) mengikut harga rumah iaitu sekitar 2.5% dari harga rumah untuk harga rumah bawah     RM400, 000.00 mengikut bank untuk pembiayaan premium perlindungan rumah jika berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada pembeli yang mana rumah tersebut akan jadi hak milik mutlak pembeli/ pewaris.

Lagi satu untuk memudahkan pembayaran pinjaman rumah, boleh membuat "standing instruction" tetapi perlulah buka akaun BSN, isi borang  dan lagi satu pastikan ada wang untuk tujuan pembayaran terutamanya bagi mengelakkan kena penalti sebab lambat bayar. Tambahan jika anda menambah insurans tambahan terutama untuk melingungi kebakaran dan sebagainya, dalam kes saya saya kena bayar RM702.00 setahun untuk insurans rumah...bersedia sebelum malang tidak berbau katanya.


Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama
Sekian & As salam

***Syukur Selalu***

No comments:

Post a Comment

Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...