Hari Ini 03/12/15, semasa hendak pergi kerja kereta saya mengalami masalah tidak boleh dihidupkan seperti keadaan biasa....puas juga pulas kunci asyik bunyi "Ketak" "Ketak" jer untuk dihidupkan tetapi tidak berjaya, apa lagi aku suspect masalah bateri yang bermain dibenak pemikiran.... siap google di internet untuk mencari sumber-sumber maklumat untuk kepastian....sebab iyalah dah hampir 4 Tahun bersamaan 3 Tahun 8 Bulan tidak pernah tukar sejak dari Beli keretaku iaitu Bulan 04/2011.
Saya Terus telifon abang ipar yang rapat untuk minta pertolongan dan pandangan berkenaan masalah kenapa dan kenapa??? So abang ipar pun suspect masalah bateri tambahan lagi bila dia tanya dah berapa tahun tak tukar...so aku jawab la hampir 4 Tahun.
So, pagi itu juga dia datang untuk buat jumper bateri bagi caj pada bateri aku yang "kong" untuk membolehkan keretaku dihidupkan....nasib baik aku ada kabel jumper senang cerita... pasang siap-siap kabel tu dan keretaku dirapatkan bahagian depan bertemu bahagian depan kereta abang iparku yang mana tempat bateri untuk memudahkan kerja jumper, kemudian abang iparku start enjin dia bagi memulakan membuat jumperinggggg....Alhamdulillah, kereta terus boleh dihidup selepas proses jumper dilakukan, so memang confirmlah bateriku kongggggg...Amin keretaku dapat dihidupkan.
Pada Tengah hari,
aku Terus pergi ke Kedai Xin Tyre, Taman Merdeka, Melaka untuk tukar bateri macam dalam gambar dibawah untuk kereta jenis Proton Persona dengan Waranti Satu Tahun yang mana aku pilih untuk guna bateri tersebut yang terkenal dengan kualiti yang terbaik kata ramai penggunanya dan ikut juga bajet kemampuan anda.
So, di kedai saya bertanya untuk tawar-menawar dan kemudian dapatlah Harga RM260.00 (habis kurang) tidak termasuk 6% GST lagi selepas minta kurang dari RM290.00 dan harga selepas GST adalah RM275.60.... tak pasti pula mahal or tak??? tapi bagi saya mahal gak laaa.... dah tiba untuk tukar sebab belum pernak tukar sebelum ini. Bersyukur sangat keretaku tak pernah buat masalah kecuali hanya kerja rutin servis jer sahaja untuk setiap 5000km.
Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan walaupun duit sudah melayang tetapi untuk kebaikan dan pengankutan untuk mencari rezeki
Sekian.
No comments:
Post a Comment