See Me!

Saturday, 30 April 2016

Year 2016 Vacation 14-20 April 2016 to Sarawak and Sabah (Day 1; 14 April 2016)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pada 14 April 2016, selepas habis waktu kerja kami iaitu Aku, Fiza, Hajar dan Echa bersiap untuk bergerak ke KLIA untuk berlepas ke Kuching, Sarawak untuk destinasi pertama percutian kami.
Gambar 1: Dalam Perjalanan untuk Masuk Pintu masuk Pesawat

Yang paling menyedihkan, skirting keretaku telah terbarai disebabkan divider di kawasan tempat letak kereta KLIA terlalu tinggi sehingga aku terlanggar dapat pulak hari sudah makin gelap dan terburu-buru takut terlepas 'flight'.... Dalam hatiku sudah fikir duit akan bertambah melayang  sebab hendak repair skirting aku tu...kurang-kurang pun dalam RM100++ termasuk cat dan pasang.


uhhhh mengeluh panjang aku ketika itu dalam hatiku, spoilkan mood aku hendak bercuti di Kuching dan Kota Kinabalu jer grrr....huhuhhuhu.

Kami tiba di kuching lebih kurang pukul 12am disana, terus naik kereta sewa pergi makan dulu di RJ Ayam bakar di pekan Kuching....sedap sangat menu dia...kawan aku makan di rj ayam bakar tapi aku makan roti bakar ... memang terbaik serta kedai yang urban/ hipster design sesuai untuk golongan muda-mudi.
Gambar 2: Pintu masuk Kedai RJ Ayam Bakar
Gambar 3: Menu Special RJ Ayam Bakar
Gambar 4: Sedap gak roti niiiiii
Selepas kekenyangan kami, check in ke guest house untuk backpacker explore yang berhampiran tempat makan disitu.
Gambar 5: Tinggalkan memori disini

Gambar 6: Posing sekejap berhampiran guest counter

Gambar 7: Bilik aku untuk malam pertama


Pengalaman yang tidak mungkin ku lupakan bersama teman sepejabat di tempat kerja yang baru bercuti bersama-sama selama hampir seminggu lamanya.


Yahooooooooooo....seronoknya bercuti


Semoga perjalanan seterusnya berjalan lancar dan selamat hendak-NYA.

Amin

No comments:

Post a Comment

Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...