See Me!

Friday 3 March 2017

Pembelian Langsir di Nilai 3 & Perkakasan Permulaan Rumah


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Disini saya hendak kongsi sedikit kos - kos yang dikeluarkan oleh saya untuk setup asas keperluan rumah baru....

Pertama,
Aku menempah langsir jenis blackout di Nilai 3 iaitu di kedai ST Home. Harga semeter dalam RM45.00 setelah meminta pengurangan yang mana harga termasuk harga upah jahit menggunakan konsep eyelet type. Harga adalah untuk langsir di ruang tamu dan bilik master jer yang mana jumlah keseluruhan ~RM1060.00. Tetapi untuk bilik No. 2 hingga bilik No. 4 aku guna langsir yang murah sikit iaitu berharga RM25.00 semeter yang mana jumlah keseluruhan untuk 3 bilik adalah RM165.00 termasuk kos upah jahit jenit French Pleat. Masa jahit juga agak cepat lebih kurang~2jam jer bergantung berapa banyak langsir hendak dijahit dan bentuk/jenis jahitan. Aku juga membeli roller curtain blind untuk window panel sinki dapur yang berharga RM60.00 untuk 5' setelah dapat kurang dari harga asal kalo tak salah RM180.00 (kena survey baik-baik sebab ada kedai caj mahal)...So dapat jimat banyak sangat untuk item ini...

Kedua,
Aku Membeli curtain rod (jenis kayu) di kedai DIY sebab murah setelah survey banyak kedai dan ini yang aku rasa yang agak murah iaitu untuk 7 batang curtain rod untuk pasang semua bilik aku habis sekitar RM240.00 jer yang mana budget aku dalam RM300.00++ so dapatlah jimat RM50.00.

Ketiga,
Aku menempah grill rumah untuk sekeliling rumah yang mana berkonsepkan modern pattern berjumlah RM2, 500.00 memang cantek tapi ini harga sedara lah sebab yang buat grill abang iparku sendiri hehehehe...so dapatlah jimat lagi. Dan Harga pasang 5' x 25' awning di belakang rumah berharga RM850.00, So jumlah keseluruhan grill dan awning ialah RM3, 350.00

Kelima,
Untuk Pembelian Perabot aku telah habis sekitar RM8, 900.00 yang mana kos termasuk Set Perabot siap dengan recliner chairs, coffee table, cabinet tv bagi Living hall , set bilik tidur lengkap untuk master room, set bilik tidur untuk bilik ibuku (bilik kedua) dan Marble Dinner table. Kemudian beli peralatan rumah ikut budget anda e.g: TV, fridge, stove, washing machine, iron board dll. Tapi aku beli ikut kemampuan dan keperluan serta ikut turutan yang pentig didahulukan biasalah kos semua kena tanggung sorg sebab masih bujang hehehe.

Keenam,
Peralatan dan Perkakasan yang lain juga anda perlu standby contoh nyer nak masuk aircond, rumput karpet, kitchen cabinet, accessories rumah dan sebagainya <<<< yang ini hanya mengikut keperluan dan kemampuan anda ye... Yang pasti jangan membazir sebab jika salah perancangan anda akan mengalami kesempitan wang untuk perbelanjaan anda .... Nasihat saya fikirlah sebelum berbelanja dan lagi satu beli ikut keperluan yang utama dahulu.

Tambahan lagi anda juga kena bayar installment loan rumah, insurans rumah jika ada,cukai pintu (kalo saya kena bayar ldari nilai rumah RM430.00 setahun (cukai ikut jenis rumah dan mengikut negeri) cukai tanah, cukai perparitan & kumbahan(lebih kurang RM33.95 quarterly), utilities dan sebagainya... Beringat sebelum berbelanja ye!

Peace Yooo

2 comments:

  1. 7 btg rod di diy tu berapa kaki ya tuan?

    ReplyDelete
  2. bergantung saiz tingkap/ sliding ada pelbagai zaiz antaranya 4', 5', 8' dan sebagainya megnikut ukuran yang dikehendaki

    ReplyDelete

Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...