See Me!

Monday 30 April 2018

Kursus SKM Elektrikal Secara PPT




Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah selesai menyiapkan fail portfolio SKM Elektrikal Tahap 3 untuk memohon pensijilan secara Pencapaian Pengalaman Terdahulu (PPT) dibawah program Pensijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Macam kes saya ini, walaupun sudah mempunyai Master in Electrical Engineering tetapi saya mengambil PPT ELEKTRIKAL ini sebagai sijil kemahiran sampingan sebab memang saya ada ilmu kemahiran bidang ini terutama  bagi menambah portfolio kemahiran penguasaan saya serta baji memudahkan saya megajar pelajar di bahagian kemahiran.

Jika anda mempunyai pengalaman kerja dalam bidang tertentu (contohnya elektrikal) tetapi tidak mempunyai sijil... JPK ada menawarkan pelbagai kursus/ bidang pengajian/ pengalaman untuk dipersijilkan orang perseorangan secara kaedah PPT berdasarkan pengalaman supaya boleh meningkatkan taraf hidup masyarakat terutamanya yang tiada apa-apa sijil.

Apa yang ada perlu dibuat, adalah anda perlu download borang pendaftaran dari laman web Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) yang mana perlu membayar RM300 bagi setiap tahap jika mendaftar untuk 2 tahap, anda perlu bayar RM600.00 (bagi SKM tahap 2 dan SKM tahap 3). Macam kes saya,  saya daftar tahap 2 & tahap 3 sekaligus (tahap 2 - Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa & tahap 3 - Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik 3 Fasa) dengan bayaran RM600.00 menggunakan Kiriman wang/ Bank Draf.

Untuk proses pendaftaran dan pembangunan portfolio calon boleh merujuk link ini >>>>> http://www.dsd.gov.my/index.php/my/ppt-muat-turun-dokumen-berkaitan. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan merujuk di link ini.


Gambar 1: Kemaskini Log-Book  Pendawaian Elektrik


Gambar 2: Fail Portfolio SKM Elektrikal yang telah siap


Selepas itu, perlu tunggu surat penugasan mengikut pegawai penilai pertama yang dilantik (yang dipanggil PP-PPT) untuk menyemak/ menyelia portfolio bagi membangunkan dan menyiapkan portfolio mengikut standard JPK. Tempoh yang diberi adalah selama 2 bulan dari surat penugasan.  Anda juga boleh menamakan nama pegawai penyemak porfolio secara PPT (PP-PPT) yang layak dengan melampirkan surat cadangan  butiran PP-PPT beserta borang yang dihantar bersama ke JPK untuk permohonan diproses. selepas itu pegawai penilai pertama yang telah dilantik akan memproses bagi semakan oleh pegawai penilai Luaran iaitu penilai ke dua (PP-PPL) sebelum disahkan mendapatkan sijil. Sijil akan di hantar kepada calon selepas lulus semakan kedua yang mana pihak JPK sendiri akan menghantar secara pos kepada calon.

Alhamdulillah, sekadar perkongsian, selain mempunyai Master dan Degree dalam Kejuruteraan Elektrikal ..... saya juga ada SKM dalam pelbagai bidang antaranya VTO, TTT (HRDF), Kursus Induksi PP-PD-PPB, SKM Elektrikal, SKM Pengurusan Pejabat dan SKM Jahitan pakaian Lelaki.

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan sepanjang pengajian saya

Syukur Alhamdulillah

9 comments:

  1. adakah pp akan melakukan penilian amali semasa ppt?
    atau mereka hanya menyemak maklumat yg kita isudalam portfolio?

    ReplyDelete
    Replies
    1. portfolio disemak berdasarkan bukti-bukti kukuh beserta pengalaman terdahulu yang sahih oleh penilai industri serta bersedia soalan2 bonus dari mereka semasa semakan akhir... tetapi buat pengetahuan anda JPK akan kuatkuasakan sistem penilaian yang lebih ketat seperti penilaian amali dsb... boleh rujuk lawan web JPK.

      Delete
  2. Minta tunjuk ajar... Saya mahu sambung ppt bahagian Elektrik

    ReplyDelete
  3. Mohon tunjuk ajar tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dm saya jika saya boleh bantu di telegram saya @Ts_Sabar_EngrParkSuSBlog

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, Tuan saya baru nak membangun Profile Portfolio saya untuk SKM tahap 3 dan 4 ( Elektrikal) boleh kah saya minta tolong ajar cara-cara nak membangunkan portfolio.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang anda perlu bagi membangunkan profil ,anda perlu menunjukkan/ melampirkan semua bukti pengalaman/ log book elektrikal yang berkenaan bagi setiap CU bidang dan tahap yang telah dimohon dan didaftarkan dengan JPK. Pegawai Penilai Portfolio (PP) yang telah dilantik JPK dan berbayar akan guide anda secara lengkap, yang mana PP anda boleh semak di web/ apps MY Spike untuk anda contact PP bagi tujuan ini.

      Delete

Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...