See Me!

Showing posts with label SATU FASA. Show all posts
Showing posts with label SATU FASA. Show all posts

Tuesday, 21 August 2018

Asas Pendawaian Elektrik Satu Fasa (Surface Wiring)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Gambar 1: Successful Light Up their Wiring

Hari ini saya ingin berkongsi Tiga jenis pelajar bagi kursus Asas Pendawaian Elektrik Satu Fasa (Surface Wiring):

i.    PELAJAR PERTAMA:
   Mengalami Masalah Lower Limb Bending (Masalah Membengkokkan anggota dari pinggang ke bawah)

      Tujuan Latihan:
  • Memberikan pendedahan teori dan praktikal berkenaan pendawaian elektrik domestik       
  • Tujuan Melatih dan Menguatkan anggota bahagian bawah terutama semasa membongkok.

     Deskripsi Tugas dan hasil kerja

Pelajar ini boleh melakukan kerja - kerja perpasangan dan teknikal dan mempunyi kebolehan pemahaman yang baik. Berkebolehan untuk menyahut cabaran dengan mencabar diri sendiri dengan memastikan kelemahannya dapat diatasi terutama mengatasi kelemahan fizikal yang dihadapi. Menyahut cabaran pengajar dengan menggunakan kekuatan yang ada bagi membolehkan menngatasi kelemahan sedia ada bagi menyelesaikan tugasan yang diberi.

Gambar 2: Student Successful Light Up his Wiring

ii. PELAJAR KEDUA:
   Masalah Pergelangan tangan (mempunyai plat besi) - Tujuan latihan Meningkatkan Kekuatan Tangan

     Tujuan Latihan:
  • Memberikan pendedahan teori dan praktikal berkenaan pendawaian elektrik domestik       
  • Tujuan Melatih dan Menguatkan anggota bahagian pergelangan tangan.
  • Memastikan berkebolahan membuat kerja - kerja lasak.

     Deskripsi Tugas dan hasil kerja:

Alhamdulillah dengan tiada pengalaman dan pengetahuan khusus berkenaan pendawaian elektrik. Pelajar ini  berjaya memahami teori yang dipelajari dan berjaya membuat kerja-kerja pendawaian elektrik dan perpasangan. Beliau juga menggunakan kebolehan fizikal yang ada terutama meningkatkan kekuatan tangan yang lemah dengan menggunakan tangan yang lemah untuk melakukan kerja pertukangan, pendawaian dan perpasangan elektrik dengan jayanya.  Setelah berjaya melakukan pengujian pada litar pendawaian bagi memastikan litar disambung dengan baik dan betul. Litar tersebut akan diuji secara litar hidup. Pelajar ini berjaya menghidupkan kesemua litarnya.

Gambar 3: Second Student Completed his works

ii.   PELAJAR KETIGA:
      Mengalami Masalah Anggota Bahagian Kaki

      Tujuan Latihan:
  • Memberikan pendedahan teori dan praktikal berkenaan pendawaian elektrik domestik       
  • Tujuan Melatih dan Menguatkan anggota bahagian bagi dengan memastikan tahap kebolehan berdiri baik.
     Deskripsi Tugas dan hasil kerja
Pelajar ini mempunyai masalah di bahagian kaki yang tidak kuat... latihan ini agak baik untuk menilai tahap kemampuan untuk berdiri lama semasa latihan praktikal dijalankan bagi menguatkan kekuatan kakinya. Pelajar ini memerlukan pendedahan mendalam untuk memahami sesuatu perkara yang agak kritikal supaya lebih mudah faham tugasan yang dilakukannya hingga jaya.


Gambar 4: Third Student Completed his works

Semua Pelajar didedahkan dengan pemahaman teori, keselamatan elektrik, kerja - kerja pendawaian, pengujian dan juga pengujian secara litar hidup. Dari kekurangan keupayaan fizikal kepada berupaya melakukan kerja perpasangan elektrikal... They Proud to make their electrical wiring light up and their physical weakness improved.


Sayangi Malaysia, Sayangilah Mereka.
Syukur Alhamdulillah, mereka berjaya melakukannya


Monday, 30 April 2018

Kursus SKM Elektrikal Secara PPT




Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah selesai menyiapkan fail portfolio SKM Elektrikal Tahap 3 untuk memohon pensijilan secara Pencapaian Pengalaman Terdahulu (PPT) dibawah program Pensijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Macam kes saya ini, walaupun sudah mempunyai Master in Electrical Engineering tetapi saya mengambil PPT ELEKTRIKAL ini sebagai sijil kemahiran sampingan sebab memang saya ada ilmu kemahiran bidang ini terutama  bagi menambah portfolio kemahiran penguasaan saya serta baji memudahkan saya megajar pelajar di bahagian kemahiran.

Jika anda mempunyai pengalaman kerja dalam bidang tertentu (contohnya elektrikal) tetapi tidak mempunyai sijil... JPK ada menawarkan pelbagai kursus/ bidang pengajian/ pengalaman untuk dipersijilkan orang perseorangan secara kaedah PPT berdasarkan pengalaman supaya boleh meningkatkan taraf hidup masyarakat terutamanya yang tiada apa-apa sijil.

Apa yang ada perlu dibuat, adalah anda perlu download borang pendaftaran dari laman web Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) yang mana perlu membayar RM300 bagi setiap tahap jika mendaftar untuk 2 tahap, anda perlu bayar RM600.00 (bagi SKM tahap 2 dan SKM tahap 3). Macam kes saya,  saya daftar tahap 2 & tahap 3 sekaligus (tahap 2 - Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa & tahap 3 - Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik 3 Fasa) dengan bayaran RM600.00 menggunakan Kiriman wang/ Bank Draf.

Untuk proses pendaftaran dan pembangunan portfolio calon boleh merujuk link ini >>>>> http://www.dsd.gov.my/index.php/my/ppt-muat-turun-dokumen-berkaitan. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan merujuk di link ini.


Gambar 1: Kemaskini Log-Book  Pendawaian Elektrik


Gambar 2: Fail Portfolio SKM Elektrikal yang telah siap


Selepas itu, perlu tunggu surat penugasan mengikut pegawai penilai pertama yang dilantik (yang dipanggil PP-PPT) untuk menyemak/ menyelia portfolio bagi membangunkan dan menyiapkan portfolio mengikut standard JPK. Tempoh yang diberi adalah selama 2 bulan dari surat penugasan.  Anda juga boleh menamakan nama pegawai penyemak porfolio secara PPT (PP-PPT) yang layak dengan melampirkan surat cadangan  butiran PP-PPT beserta borang yang dihantar bersama ke JPK untuk permohonan diproses. selepas itu pegawai penilai pertama yang telah dilantik akan memproses bagi semakan oleh pegawai penilai Luaran iaitu penilai ke dua (PP-PPL) sebelum disahkan mendapatkan sijil. Sijil akan di hantar kepada calon selepas lulus semakan kedua yang mana pihak JPK sendiri akan menghantar secara pos kepada calon.

Alhamdulillah, sekadar perkongsian, selain mempunyai Master dan Degree dalam Kejuruteraan Elektrikal ..... saya juga ada SKM dalam pelbagai bidang antaranya VTO, TTT (HRDF), Kursus Induksi PP-PD-PPB, SKM Elektrikal, SKM Pengurusan Pejabat dan SKM Jahitan pakaian Lelaki.

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan sepanjang pengajian saya

Syukur Alhamdulillah

Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...