See Me!

Showing posts with label JPK. Show all posts
Showing posts with label JPK. Show all posts

Monday 30 April 2018

Kursus SKM Elektrikal Secara PPT




Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah selesai menyiapkan fail portfolio SKM Elektrikal Tahap 3 untuk memohon pensijilan secara Pencapaian Pengalaman Terdahulu (PPT) dibawah program Pensijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Macam kes saya ini, walaupun sudah mempunyai Master in Electrical Engineering tetapi saya mengambil PPT ELEKTRIKAL ini sebagai sijil kemahiran sampingan sebab memang saya ada ilmu kemahiran bidang ini terutama  bagi menambah portfolio kemahiran penguasaan saya serta baji memudahkan saya megajar pelajar di bahagian kemahiran.

Jika anda mempunyai pengalaman kerja dalam bidang tertentu (contohnya elektrikal) tetapi tidak mempunyai sijil... JPK ada menawarkan pelbagai kursus/ bidang pengajian/ pengalaman untuk dipersijilkan orang perseorangan secara kaedah PPT berdasarkan pengalaman supaya boleh meningkatkan taraf hidup masyarakat terutamanya yang tiada apa-apa sijil.

Apa yang ada perlu dibuat, adalah anda perlu download borang pendaftaran dari laman web Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) yang mana perlu membayar RM300 bagi setiap tahap jika mendaftar untuk 2 tahap, anda perlu bayar RM600.00 (bagi SKM tahap 2 dan SKM tahap 3). Macam kes saya,  saya daftar tahap 2 & tahap 3 sekaligus (tahap 2 - Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa & tahap 3 - Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik 3 Fasa) dengan bayaran RM600.00 menggunakan Kiriman wang/ Bank Draf.

Untuk proses pendaftaran dan pembangunan portfolio calon boleh merujuk link ini >>>>> http://www.dsd.gov.my/index.php/my/ppt-muat-turun-dokumen-berkaitan. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan merujuk di link ini.


Gambar 1: Kemaskini Log-Book  Pendawaian Elektrik


Gambar 2: Fail Portfolio SKM Elektrikal yang telah siap


Selepas itu, perlu tunggu surat penugasan mengikut pegawai penilai pertama yang dilantik (yang dipanggil PP-PPT) untuk menyemak/ menyelia portfolio bagi membangunkan dan menyiapkan portfolio mengikut standard JPK. Tempoh yang diberi adalah selama 2 bulan dari surat penugasan.  Anda juga boleh menamakan nama pegawai penyemak porfolio secara PPT (PP-PPT) yang layak dengan melampirkan surat cadangan  butiran PP-PPT beserta borang yang dihantar bersama ke JPK untuk permohonan diproses. selepas itu pegawai penilai pertama yang telah dilantik akan memproses bagi semakan oleh pegawai penilai Luaran iaitu penilai ke dua (PP-PPL) sebelum disahkan mendapatkan sijil. Sijil akan di hantar kepada calon selepas lulus semakan kedua yang mana pihak JPK sendiri akan menghantar secara pos kepada calon.

Alhamdulillah, sekadar perkongsian, selain mempunyai Master dan Degree dalam Kejuruteraan Elektrikal ..... saya juga ada SKM dalam pelbagai bidang antaranya VTO, TTT (HRDF), Kursus Induksi PP-PD-PPB, SKM Elektrikal, SKM Pengurusan Pejabat dan SKM Jahitan pakaian Lelaki.

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan sepanjang pengajian saya

Syukur Alhamdulillah

Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...