Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pada Hari ini adalah hari terakhir aku di Sabah, kerana sekitar 9.00pm akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Melaka untuk pulang ke rumah masing - masing.
Selepas check-out awal dari Hotel Maju, Inanam Sabah, Kami makan dahulu di restoran Melayu berhadapan Hotel sebelum bergerak ke Jeti Jesselton untuk pergi snorkelingggg di 3 pulau sekitar 9.00am kami berkumpul di jeti tersebut yang mana harga pakej kami sekitar RM70.00 seorang untuk tiga pulau setelah dapat diskaun.
Dalam perjalanan, kami berkenalan dengan seorang pelancong luar negara dari Jepun menyertai kami dengan bot yang sama.
Gambar 1: Perjalanan snorkeling 3 Pulau untuk ditawan berlepas dari Jeti Jesselton |
Tetapi yang bestnya, salah seorang kawanku bercakap Melayu dengan orang Jepun tu,....so apa lagi orang Jepun tu diam jer la sebab tidak paham...so aku kesian dengan kawan aku sebab macam tidak layan...aku apa lagi terus tolong tanya untuk dia dalam bahasa inggeris dengan bertanya "Where are you from sir?" dia pon menjawab dengan sopannya....dan disambung dengan gelak ketawa dengan kawanku berasa malu sebab bertanya dalam bahasa melayu tadi...so kami pun menyambung perbualan sehingga ke destinasinya.
Destinasi pertama kami ke pulau Gaya,
Pulau ini agak cantik dan berdekatan pulau sapi yang mana di pulau yang kami akan memulakan aktiviti snorkeling. Aku agak tertarik dengan pulau gaya sebab banyak ikan kecil-kecil berkumpul di kawasan jambatan yang kami lalui.
Gambar 2: Melihat gelagat Ikan di Pulau Gaya |
Gambar 3: Posed di Pulau Gaya Pulau Pertama |
Gambar 4: Entrance |
Gambar 5 |
Gambar 6: Peace Yoo |
Seterusnya, kami bergerak ke destinasi kedua iaitu, Pulau Sapi
Dini memang terbaik untuk aktiviti snorkeling sebab ramai sangat pengunjung disini untuk snorkeling....disinilah aku baru nak belajar snorkeling dengan menggunakan life jacket dan alat snorkeling yang lain...berkali-kali juga tertelan air masin....sehinggalah makin expert sedikit untuk snorkeling....best wooo....dapat melihat batu karang dan juga hidupan laut yang cantik - cantik hasil ciptaan Allah s.w.t.
Gambar 7: Reminder |
Gambar 8: Entrance Pulau Sapi |
Gambar 9: Berehat jap selepas entrance Pulau sapi |
Gambar 10: Welcome to Pulau Sapi |
Gambar 11: Termenung Sebentar |
Gambar 12 |
Disini juga ada set bufet termasuk dalam pakej yang kami ambil...makanan dia memamg terbaik lah, so kami makan la dulu sambil berborak dengan scuba trainer sebelum bergerak ke pulau yang terakhir, iaitu Pulau Manukan.
Di Pulau Manukan,
Di Pulau ini, kami rasa makin teruja sebab, pulau ini aku rasakan lagi cantik pemandangan dan kejernihan airnya setakat pulau-pulau yang kami sudah jejaki. Di pulau ini, kami teruskan aktiviti snorkeling sambil dibimbing oleh trainer tadi...freee wooo tapi sebenarnya dia soh masuk untuk pakej belajar scuba yang perlu dibayar...tapi biasa hari-hari terakhirkan....so kami pon sambung snorkeling. Aku pun semakin pandai snorkeling dan makin berani untuk menuju kawasan yang lebih jauh dari pesisir pantai.
Gambar 13: Entrance Pulau Manukan |
Gambar 14: Posing sebelum pesawat berlepas ke KLIA |
Gambar 15: Penangan snorkeling....Sunburn |
Setibanya kami di KLIA2 sekitar 12.00am, semua kepenatan sebab jauh perjalanan di malam hari yang mana percutian kami pun tamat sepanjang hampir 7 hari lamanya. Selepas keluar dari pintu arrival di KLIA kami terus ke bahagian bagggage untuk ambil packing beg kami yang kami beli bekalan dari sabah selepas melalui perjalanan yang agak panjang sebelum tiba di tempat pengambilan baggage dan seterusnya meneruskan perjalanan untuk ke tempat letak kereta.
Setibanya kami di tempat parking kereta, kami pun masukkan barang dalam kereta dan mengambil tiket untuk bayar parking....setibanya di mesin tiket, kami pun memasukkan tiket parking untuk mengetahui jumlah berapa perlu dibayar....kami dikenakan sebanyak sekitar RM46.00 untuk lebih kurang 8jam itu pun setelah salah seorang teman vacation kami yang menyuruh kawan untuk membawa balik kereta untuk tumpang keretaku....jika tidak mesti caj lagi mahal dari RM46.00.....KLIA oh KLIA kenapalah mahal sangat
Berjumpa lagi di vacation yang seterusnya
Yang pasti sepanjang 7 hari percutianku...banyaklah juga duit aku habis sekitar rm2, 000.00 itu pun banyak habis membeli bekalan untuk sedara-maraku di Melaka..dan tiket hanya habis sekitar RM264.00 sahaja dari KLIA-Kuching-KK, Sabah-KLIA.
Thanks and as salam
No comments:
Post a Comment