See Me!

Thursday, 10 February 2022

Experience Sharing : Peperiksaan Professional Certified Disability Management Professional (CDMP)

 


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Perkongsian kali ini berkenaan pengalaman menduduki Kursus dan Peperiksaan Certified Disability Management Professional (CDMP), International Disability Management Standard Council (IDMSC) iaitu pada Bulan Ogos 2021

Kali ini sedikit berbeza dari kali pertama menduduki peperiksaan CDMP, Tahun 2016 yang lepas. Masa ini memang tidak fokus sangat peperiksaan ini terutamanya sedang menyiapkan Thesis Master, Paper Conference dan VIVA serta projek  yang lain.

Gambaran Ambil Peperiksaan CDMP kali pertama, Tahun 2016:

Sebanyak 4 siri kursus perlu disertai, yang mana setiap siri adalah satu minggu kursus setiap bulan selama 4 bulan berturutan sehingga minggu peperiksaan.

Modul ada sangat banyak iaitu dari Modul A sehingga Modul Z, yang mana modul semua dalam bahasa inggeris daripada badan peperiksaan CANADA.

Yang paling konfius, semua teori adalah berkenaan konsep pengurusan disability  dan peperiksaan juga adalah berdasarkan sistem yang digunapakai di CANADA yang berlainan dengan bidang kepakaran/pendidikan. So, Maknanya jika ingin menjawab soalan peperiksaan CDMP tersebut, perlu anggap diri anda seorang pengurus kes yang berada di CANADA, jika tidak sukar untuk lulus.

Semasa peperiksaan, soalan perlu dijawab dari 8.00am sehingga 5.00pm (seharian) yang mana soalan terdiri 300 soalan yang dibuat sebanyak 2 sesi pagi dan petang yang mana soalan setiap sesi ada 150 soalan. Semua Soalan sangat konfius dan jawapan boleh dikatakan semua betul, cuma perlu pilih jawapan yang paling tepat atau tindakan awal  yang paling betul bagi setiap jawapan dari perspektif seorang pengurus kes disability dalam mengendalikan kes.

Dari statistik kelulusan yan diberitahu sejak CDMP diperkenalkan di Malaysia oleh PERKESO, statistik orang yang lulus sangat rendah lebih kurang hanya beberapa orang sahaja yang lulus dari ramai yang ambil peperiksaan setiap tahun dan mengikut kes ada yang pernah ambil exam 6 -10 kali baru lulus. Tambahan, sumber rujukan juga adalah terhad, hanya bergantung pada modul yang diberikan semata - mata serta apa yang trainer dari Malaysia  bagi syarahan (dari pengalaman dan pemahaman personel yang sudah lulus peperiksaan CDMP sebelum ini). Kursus juga dijalankan dalam dwibahasa yang mana pengajar adalah dari Malaysia yang mencuba memenuhi objektif kursus sebelum calon menghadapi soalan exam dan anda perlu memahami pendekatan yang betul untuk faham konsep CDMP sepenuhnya.

Gambaran peperiksaan CDMP kali Kedua, Tahun 2021:

Selepas 5 tahun, Tahun 2021 saya kena ambil juga semula peperiksaan CDMP apabila diminta berbuat demikian.


Berikut adalah contoh borang yang perlu diisi untuk menduduki peperiksaan CDMP ini dan kelulusan permohonan akan dimaklumkan melalaui emel beserta surat tawaran  kursus seperti ditunjukkan pada gambar dibawah.

Alhamdulillah, yuran kursus dan peperiksaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh organisasi saya bekerja tetapi calon luar lain perlu ditanggung oleh calon sendiri atau organisasi yang mana mereka perlu memenuhi syarat yang mana boleh mendapatkan info disini >> https://rtwsocso.weebly.com/cdmp-melayu.html dan makluman di link ini >> https://www.idmsc.org/news/cdmp-and-crtwc-graduation-ceremony-held-in-malaysia/. Anggaran yuran bagi calon luar dalam  RM 2000++ mengikut jadual kursus  yang akan diiklankan di laman web tersebut.




Selepas permohonan anda diluluskan, sekitar 1 -2 minggu sebelum kursus bermula anda akan di maklumkan secara  emel bagi jadual kursus untuk keseluruhan siri. Bagi kes saya dalam zaman pandemik covid19 kursus bagi semua siri dibuat secara online yang mana link diberikan dalam emel seperti ditunjukkan dibawah:

Anda juga akan diberikan secara  softcopy modul semua modul A- Z yang perlu anda hadiri. Bagi kes saya, kali ini ada sedikit perubahan dari segi sistem peperiksaan, jumlah modul dan pemarkahan yang mana lebih mudah untuk lulus bagi saya jika dibandingkan zaman sebelum tahun 2017 yang mana pemarkahan dan soalan lebih sukar.


Sebarang perubahan akan dimaklumkan semasa kursus mengikut batch anda. Bermula Tahun 2017, jumlah modul, sistem peperiksaan, dan pemarkahan sudah banyak berubah dan dipermudahkan yang saya boleh rumuskan seperti dibawah:
  • Sistem peperiksaan CDMP berubah bermula Tahun 2017, pihak penganjur bekerjasama dengan badan peperiksaan dan Universiti Malaya bagi penggubalan soalan, peralihan bahasa soalan kepada dwibahasa dan sistem pemarkahan.
  • Soalan juga lebih mudah yang mana dijalankan dalam dwibahasa, lebih ramai boleh lulus dengan menggunakan sistem baru dengan kerjasama Universiti Malaya itu dibuktikan oleh batch pertama tahun 2017 yang menggunapakai sistem ini.
  • Jumlah soalan pada zaman saya (2021) juga sudah dikurangkan kepada 250 soalan dari 300 soalan zaman dahulu.
  • Beberapa soalan tambahan dari sistem dan perundagan Malaysia dimasukkan dalam soalan , contoh modul tambahan adalah, Peranan Jabatan Hal Ehwal Kesatuah Sekerja, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Tenaga Kerja, Skim PERKESO dan Mahkamah Perusahaan Malaysia.
  • Peperiksaan dijalankan secara online dalam kes saya.

Hint:
Jika anda ingin menjawab peperiksaan CDMP, anda perlu betul - betul faham konsep kerja sebagai pengurus kes bagi pengurusan pekerja yang kehilangan upaya yang mana sistem tersebut hanya di praktiskan di CANANA dan di malaysia masih dalam proses ke arah tersebut hendaknya. 

Yang mana, jika anda bukan bekerja sebagai pengurus kes, anda perlu meletakkan diri sebagai pengurus kes yang berada di CANADA. Jawapan yang dipilih perlu tepat yang mana pilihan jawapan semuanya adalah betul dan hampir sama maksud, cuma anda perlu pilih apakah tindakan paling awal jika anda seorang pengurus kes akan lakukan jika berada dalam situasi senario yang diberikan. 

Anda perlu baca kesemua modul yang diberikan untuk faham keseluruhan modul CDMP dan sistem Malaysia atau boleh dapatkan maklumat tambahan disini >>> https://www.cspdm.ca/certification/certified-disability-management-professional-cdmp/ dan laman web yang berkenaan. Saya sarankan anda wajib baca dalam Modul Y CDMP jika mahu faham secara ringkas da pantas bagi pemahaman secara konklusif berkenaan CDMP, tetapi ingat baca juga modul lain ye!.

Berikut merupakan contoh emel yang anda akan dapat beberapa minggu selepas peperiksaan yang memaklumkan anda telah berjaya lulus peperiksaan CDMP beserta sijil.





Inilah contoh sijil yang akan diperolehi selepas lulus peperiksaan ini, selepas  menghadiri beberapa siri yang panjang dan membaca  modul-modul CDMP:



Alhamdulillah akhirnya saya berjaya, yeahhhh!!!

Sekian Perkongsian pengalaman mengambil peperiksaan CDMP 2021

Ts. sabar,CDMP











Tuesday, 1 February 2022

New Car 10H Ceramic Coating

 

Salam Sejahtera


Sangat penting bagi pembeli kereta baru untuk menjaga kenderaan pada tahap yang optimum. Oleh itu di Penghujung di Bulan  Mei 2021, saya telah membeli kereta di waktu pandemik COVID-19 dan ketika Perintah Kawalan Pergerakkan diperketatkan belum bermula (PKPD) semasa kereta keluar. Dukacitanya, seminggu selepas kereta keluar, kerajaan umumkan PKPD mengikut daerah dan macam-macam jenis PKP, sabar jer lah kan...

Selepas kerajaan longgarkan sedikit PKP sekitar bulan  August 2021 dan ketika itu kebetulan terpaksa pergi ke Kuala Lumpur atas urusan kerja... tetapi perlu minta pelepasan dari Balai Polis sebelum itu.

Selepas urusan kerja selesai, semasa dalam perjalanan pulang, saya terlihat ada satu signboard kereta coating  yang buka berhampiran laluan Pudu - Sungai Besi. Kemudian, sebelum pergi ke kedai tersebut sempatlah saya buat tinjauan/review secara online berkenaan syarikat tersebut untuk memastikan saya masuk di kedai yang benar - benar boleh dipercayai.

Nama kedai car detailing yang saya kunjungi dan menggunakan perkhidmatan untuk membuat coating adalah VanoTech Premium Coating Malaysia. Anda boleh google di Facebook mereka untuk mendapatkan maklumat samada memenuhi citarasa, terutama jenis coating yang dimahukan. Semasa saya sampai di kedai, pekerjanya memaklumkan saya perlu message di FB massenger jika mahu booking dan harga promo seperti yang saya baca di FB mereka seperti ditunjukkan rajah dibawah dan terus membuat booking di hari yang sama , kebetulan banyak kedai baru mula dibenarkan buka sacara berperingkat.



Kalau ikutkan harga pada August 2021 untuk 5 Layer Ceramic Coating 10H Ceramic Coating Pakej Gold dengan warranty 3 tahun, tetapi disebabkan saya berada  luar KL mereka bagi saya 5 Tahun warranty.

Untuk pakej Gold RM1,388, saya hanya bayar RM950.00 sahaja selepas buat booking di FB tak pasti terlahu mahal atau terlalu murah. Tetapi saya rasa mid-price jugalah untuk 10H Ceramic Coating. Pakej -Pakej lain boleh rujuk rajah dibawah:

Dalam Pakej Gold ini, saya inklusif :

  • Premium Wash & Vacuum
  • 6 Step Premium Polish
  • Windscreen/Window
  • Engine Bay Steam Wash
  • Leather/Fabric Clean
  • Interior Plastic/ Rubber
  • Ada voucher tambahan seperti Free Car Wash on Birthday, Coating Maintenance



Untuk pakej Gold harga sebenar RM1,388, saya hanya bayar RM950.00 sahaja selepas buat booking di FB tak pasti terlalu mahal atau terlalu murah. Tetapi saya rasa mid price jugalah kalau untuk 10H Ceramic Coating jika dibandingkan kedai - kedai lain yang pernah saya survey sebelum ini. 

Mereka juga menggunakan apps yang dipanggil sebagai Tunai bagi memudahkan anda menebus voucher. Gambar dibawah adallah contoh resit yang dikeluarkan melalui apps tersebut:

Resit Bayaran

Paparan Voucher dalam Apps Tunai

Proses Coating  memakan masa dalam 5 - 6 jam hampir satu hari mengikut jumlah lapisan dan berikut adalah proses untuk membuat coating yang saya rumuskan dibawah: 

  • Pertama, mereka akan basuh, bersikan mana yang patut dan keringkan kali pertama kereta anda bagi membuang habuk dan kotoran. Kemudian, mereka akan
  • Kedua, mereka akan polish dan wax keseluruhan kereta bagi mencantikkan permukaan warna kereta .
  • Ketiga, Mereka akan basuh dan keringkan kereta.
  • Keempat, Mereka akan letakkan 10H Ceramic Coating keseluruhan bandan kereta termasuk di windscreen, window dan enjin kereta.
  • Kelima, Mereka akan keringkan coating dengan menggunakan Lampu Infrared, jika tiada menggunakan infrared lambat kering dan coating tersebut akan hilang. Rujuk gambar dibawah, proses infrared sedang dijalankan:






Selepas menunggu 5 - 6 jam di kedai, akhirnya kereta saya siap akhirnya. Nasib baiklah kedai ada ruang menunggu di kedai so, bolehlah bungkus dan makan di ruangan kecil yang disediakan tersebut sebab waktu tersebut masih belum boleh makan di kedai. Inilah  gambar kereta yang siap coating:





Tujuan coating adalah bagi menjaga keadaan cat bagi tempoh yang lebih lama dan menutup kecacatan kecil atau calar sahaja dan bukannya menutup bekas calar yang dalam ye. Gambar dibawah adalah post dari syarikat VanoTech Berkernaan hasil kerja setiap project mereka siapkan:


Berikut adalah Do's and Don't atau pantang larang untuk memastikan coating yang dibuat dalam keadaan yang optimum:
  • Do's, Mencuci menggunakan hand wash atau touch-less wash tanpa, Mencuci menggunakan nano shampoo/ yang tiada chemical, tidak menggunakan wax/ polish lagi dan menggunakan kain microfiber serta basuh dibawah panas cahaya matahari.
  • Don't, Pastikan tidak mengunakan servis perkhidmatan cucian automatik, tidak menggunakan shampoo yang ada chemical, tidak  menggunakan wax/ polish dan dibawah matahari serta tidak menggunakan kain selain microfiber.
Apa yang boleh ditambahbaik, kedai tersebut boleh sediakan water dispenser/ coffee maker serta TV terutama waktu pandemik atau mereka yang datang dari luar kawasan, bolehlah basahkan tekak semasa menunggu.

Hati berasa senang kereta telah selamat coating, walaupun kereta yang baru keluar kedai sudah siap wax oleh pengilang tetapi jangka hayat wax tersebut boleh bertahan lebih kurang 3 bulan sahaja. Ianya terpulang pada anda untuk pilih samada untuk polish dan wax sahaja setiap 6 bulan atau buat Coating 9H/ 10H untuk tempoh penjagaan yang  lebih lama, lebih kurang 3 - 5 Tahun.


Sekian sahaja perkongsian kali ini, selamat membaca, menilai dan Membuat pilihan tepat!

Ts. sabar




Tuesday, 18 January 2022

Mengatasi Masalah " Earning at Risk" pada akaun Google Adsense yang telah diluluskan dan " Auto ads might not work well with the current theme. Please check whether ads are shown as intended on your blog pages"



Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Perkongsian kali ini, saya ingin berkongsi berkenaan bagaimana  mengatasi isu apabila akaun google adsense telah diluluskan bagi blog dan masalah theme yang berkemungkinan tidak berfungsi dengan baik.

Isu Pertama: "Earning at Risk" di akaun Google Adsense 

Anda boleh subscribe Google Adsense bagi hasilkan pendapatan secara pasif dalam blog bagi setiap klik yang pengunjung klik di setiap iklan di blog anda.

Langkah Mudah dibawah untuk menyelesaikan isu yang pertama, Anda akan mendapat email daripada google memaklumkan kelulusan Google Adsense seperti ditunjukkan rajah dibawah dalam tempoh 48 jam dan mungkin lebih lama bagi proses kelulusan sebelum iklan boleh dipaparkan di dalam blog anda.

Pastikan maklumat diri perlu dikemaskini termasuk maklumat bayaran yang mana anda perlu memuat naik pengenalan diri dan bukti alamat anda bagi proses kelulusan.



Didalam email anda boleh sign-in untuk view paparan Google adsense serta ditunjukkan rajah dibawah serta akan memaparkan error jika ada.

Dalam kes saya selepas kelulusan, ada 3 error iaitu:
  1. Earning at Risk Error
  2. Auto ads might not work well 
  3. Publish seller information Google.json file




Untuk mengatasi isu pertama iaitu Earning at Risk Error, klik pada Fix Now  seperti ditunjukkan rajah diatas dalam bulatan merah. Selepas ianya di klik, paparan dibawah akan muncul. Klik download untuk memuat turun koding json. file yang ditandakan dalam kotak merah.



Anda akan dapat koding nama fail json.file seperti ditunjukkan seperti dibawah. Anda perlu copy semua kod fail tersebut yang dimuat turun tadi.


Kemudian, Klik pada setting di paparan dashboard utama blog anda yang saya bulatkan dengan bulatan merah seperti ditunjukkan dibawah:



Kemudian, paparan dibawah akan dipaparkan, Skrol ke bawah sehingga jumpa menu Monetisation dan enablekan "Enable Custom ads.txt".




Seterusnya paste koding yang di copy tadi di ruangan Custom ads.txt di bawah tab yang anda enable tadi. Klik save untuk koding yang ada salin untuk menyimpanya seperti ditunjukkan rajah dibawah:



Paparan dibawah akan dipaparkan selepas koding tadi berjaya di salin di ruangan tadi di ruangan monetisation akan memaparkan koding tersebut.



Notifikasi error di dalam Google Adsense akan hilang  dalam tempoh seawal 24 jam.


Isu Kedua: "Auto ads might not work well with the current theme"

Error yang berkaitan ketidaksesuaian tema dipaparkan seperti rajah dibawah. Biasanya isu kedua ini disebabkan oleh tema blog ada setting yang anda setkan tidak mengikut kesesuaian untuk Google Adsense memaparkan iklan. Untuk menyelesaikan error ini, anda boleh setkan minimal custom setting theme atau mengikut kesesuaian yang membolehkan iklan Google Adsense dipaparkan di dalam blog  dengan klik Theme  seperti yang ditunjukkan bulatan merah dibawah: 




Selepas anda klik Theme, paparan dibawah akan dipaparkan untuk anda ubah/ pilih theme dari paparan ini.


Error akan hilang selepas anda tukar tema anda seperti ditunjukkan rajah dibawah: 




Sekian sahaja perkongsian kali ini, Selamat Mencuba!
Ts. sabar




Wednesday, 5 January 2022

Memohon pembaharuan Professional Technologist, Ts dengan Memenuhi 30 CPD Hours



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya akan fokuskan penerangan kepada Pembaharuan Professional Technologist, Ts yang boleh diperbaharui CPD secara online dengan menggunakan link ini  https://cpd.mbot.org.my/login . Yang mana untuk Ts. memerlukan 30 jam CPD dan Tc; 20 jam CPD sahaja. 

Setelah memenuhi jam 30, anda perlu perbaharui melalu portal CPD MBOT yang diberikan diatas , yang mana portal tersebut baru sahaja dilancarkan sekitar penghujung tahun 2021. Caj renewal adalah sebanyam RM200.00 bagi Ts. Yang berumur dibawah 60 tahun dan jadual kemaskini boleh rujuk link ini  https://cpd.mbot.org.my/cpd-assessment/renewal/ bagi caj pembaharuan bagi kes/ kategori lain.

*** If a Profesional Technologist or Certified Technicians fails to renew his registration after twelve months from the date of expiry of the certificate of registration, he shall not apply for renewal of registration under this section but instead apply for registration under section 21 and 22, as the case may be (extraction from MBOT Act Statement)

Saya cuba permudahkan pemahaman anda bagi pembaharuan professional ini. Dibawah ini saya sediakan langkah - langkah mudah untuk rujukan dari perspektif pemahaman saya dan untuk panduan lengkap boleh rujuk laman web MBOT di link ini  https://www.mbot.org.my/ :

LANGKAH 1:
Rancang dan Semak Program - Program bagi Memperolehi CPD yang disahkan MBOT

Boleh semak di laman web MBOT, terutama di musim pandemik COVID-19 samada apa - apa pengurangan CPD ataubkelonggaran yang diberikan.

CPD boleh diperolehi mengikut bidang professional anda. Malah, boleh juga merekod apa - apa aktiviti yang berkenaan untuk dikemukan bagi kelulusan MBOT. Aktiviti lain adalah seperti penglibatan dalam mesyuarat, jawatankuasa atau lain-lain program untuk dipertimbangkan.

Secara dasarnya, aktiviti - aktiviti bagi pengumpulan CPD ada beberapa kategori dari A1 sehingga C3, boleh rujuk link ini https://www.mbot.org.my/cpd-assessment/tupes-of-cpd-activities/ bagi maklumat terkini untuk setiap kategori dari A1 sehingga C3. Anda bolek klik pada bahagian yang saya tandakan dengan bulatan merah untuk penerangan setiap kategori dan entitlement CPD point.

sumber: MBOT website

Jika anda sudah mencukupi 30 jam CPD  bagi Ts. dan 20 jam bagi Tc. Bolehbrujuk di langkah seterusnya.

LANGKAH 2:
Merekod dan Menghantar Rekod Aktiviti bagi Kelukusan CPD melalyi Portal CPD MBOT

a) Log-in Akaun CPD MBOT
Langkah seterusnya, merekod CPD yang diperolehi dari semua aktiviti yang disertai yang mana ianya boleh dikemaskini secara terus atau mengikut masa anda melalui portal CPD MBOT di link ini   https://cpd.mbot.org.my/login.

Sebaiknya, rekod aktiviti perlu dihantar  untuk kelulusan 3 bulan sebelum profesional anda tamat. Ini bagi mengelakkan CPD anda lambat dikemaskini di dalamnportal yang mana memakan masa untuk diproses dan diluluskan sekitar kurang dari 3 bulan seperti yang dinyatakan di dalam portal MBOT.



Anda boleh sign-in portal CPD menggunakan username dan password sebelum ini semasa memohon professional Technologist secara online di portal MBOT. Selepas sign-in, paparan Dashboard akan dipaparkan seperti ditunjukkan gambar dibawah:


sumber: https://cpd.mbot.org.my/member/dashboard



Merujuk kepada gambar diatas memaparkan:
  • Di Tab berwarna Coklat Cerah, yang terletak di bahagian atas kiri memaparkan jumlah jam CPD semasa yang berjaya terkumpul dan telah diluluskan oleh MBOT bagi tujuan pembaharuan Ts.
  • Di tab berwarna Coklat Gelap, yang terletak di bahagian atas kanan memaparkan tarikhs professional berikutnya yang akan tamat yang perlu diperbaharui sebaiknya sebelum tarikh tamat.
  • Dibawah tab - tab yang dinyatakan diatas, memaparkan program - program yang telah mendapat kelulusan menjalankan program; dan
  • Jika anda skrol ke bawah lagi, senarai program - program yang akan datang akan di paparkan disini untuk tujuan anda sertai bagi perolehan CPD.

b) Menghantar rekod Aktiviti yang telah Dihadiri bagi kelukusan pihak MBOT
Selepas faham di langkah 1(a), anda boleh merekod semua aktiviti yang telah dihadiri di dalam portal CPD MBOT.

Dengan merujuk gambar dibawah, di paparan CPD MBOT di sebelah kiri iaitu di tab Menu CPD Point Application, klik di sub-menu Current (seperti yang dibulatkan merah di dalam gambar) untuk mula merekod CPD dan dibawah sub-menu tersebut iaitu History adalah akan memaparkan rekod-rekod CPD terdahulu yang telah diluluskan.


Paparan untuk menghantar rekod aktiviti CPD

Kemudian, klik di menu Add Activity untuk menambah rekod CPD seperti  ditunjukkan dalam gambar dibawah dengan bulatan merah:


Gambar dibawah memaparkan semua maklumat yang perlu diisi berkenaan kursus/ aktiviti yang telah dihadiri bagi kelulusan bilangan jam CPD yang layak. Maklumat yang bertanda asterisk adalah wajib diisi serta perlu melampirkan bukti-bukti sokongan yang berkenaan bagi kelulusan MBOT.

Di bahagian Name of Programme/ Training, anda boleh pilih program yang telah mendapat kelulusan MBOT jika program yang telah dihadiri sudah disenaraikan dalamnya. Jika program tiada dalam senarai, anda boleh tambah ikut kesesuaian dengan klil *Click Here if Programme is Not Listed untuk pertimbangan dan kelulusan MBOT.

Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan dokumen sokongan dilampirkan sebelum klik Submit, ini adalah fungsi edit belum disediakan buat masa ini ketika artikel ini diterbitkan di blog saya.


Gambar dibawah, menunjukkan semua rekod aktiviti  yang telah berjaya direkodkan dan dihantar untuk kelulusan. Untuk melihat status kelulusan dan berapa jumlah jam CPD yang diluluskan, di bahagian Action, klik View untuk melihatnya.




LANGKAH 3:
Memperbaharui dan Membayar Yuran Pembaruan selepas Diluluskan

Anda boleh mengemaskini dan melihat profil dengan klik di butang Personal Info seperti ditunjukkan gambar dibawah. 


Untuk memperbaharui professional, klik di bahagian Registration, di paparan utama CPD DASHBOARD anda. Kemudian, klik sub-menu Renewal di sebelah kiri atas yang dibulatkan merah untuk membuka paparan Professional Renewal Information seperti ditunjukkan dibawah:




Seterusnya, klik butang Renewal, paparan seperti gambar dibawah akan dipaparlan. Di paparan ini, akan memaparkan rekod - rwkod pembaharuan terdahuly dan maklumat jam CPD yang berjaya terkumpul untuk pembaharuan akan datang.

Untuk memohon pembaharuan professional, klik di Apply for Renewal yang dibulatkan dengan bulatan merah seperri dirunjukkan dalam gambar dibawah:





Selepas klil Apply for Renewal, paparan skrin seperti ditunjukkan dibawah akan dipaparkan... Seterusnya, klik Yes, Apply it! Untuk pihak MBOT membuat proses semakan.


Permohonan akan dihantar untuk semakan sebelum link pembayaran dihantar ke emel untuk tujuan pembayaran pembaharuan selepas semakan diluluskan.  Kaedah bagaimana  pembayaran dibuat boleh rujuk link disini.

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini.


Selamat Mencuba dan Selamat Tahun Baru 2022.

Ts. Sabar



Friday, 16 July 2021

Penguasaan Pembelajaran dan Kemahiran Menggunakan Modul "Task Based Practices"

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai penguasaan kemahiran dalam pembelajaran aplikasi komputer (Word/ Excel/ Powerpoint, etc.) menggunakan kaedah " Task Based Practices"  modul yang dihasilkan oleh saya.


Modul ini saya panggil sebagai "Task Based Practices" atau TBP yang saya bangunkan bagi menyesuaikan peringkat penguasaan pelajar saya. Modul ini bagi menguji tahap asas, pertengahan dan lanjutan berdasarkan penilaian awalan tahap pemahaman pelajar. Modul ini dibina, bagi mempercepatkan pemahaman, penggunaan dan perpindahan pengetahuan/ kemahiran mengikut pelbagai peringkat umur.

Pelajar akan dinilai tahap penguasaan dan pemahaman awalan bagi menentukan peringkat yang pelajar akan difokuskan berdasarkan minat.

Dari modul TBP ini pelajar berkebolehan untuk mengingat, memahami, menggunakan, analisa data/ menyemak, troubleshooting dan mengadaptasikan dari modul TBPini berdasarkan contoh - contoh penggunaan semasa bagi tujuan pekerjaan.  Modul ini juga dihasilkan berdasarkan kriteria Bloom Taxonomy dalam Prosess Pembelajaran dan Pengajaran yang mana boleh rujuk dokumen rujukan di link in atau sumber rujukan lain >>>  https://people.utm.my/shahrin/files/2017/08/slides-Developing-the-Generic-Skills-through-TL-at-Course-Level-%e2%80%93-The-Planning-Stage.pdf  atau dari laman web UTM.

sumber: https://people.utm.my/shahrin/files/2017/08/slides-Developing-the-Generic-Skills-through-TL-at-Course-Level-%e2%80%93-The-Planning-Stage.pdf


Untuk pengetahuan, dalam Bloom Taxonomy ada 3 kriteria/domain utama untuk tahap penilaian iaitu dari segi kognitif, psikomotor dan Afektif (Affective) bagi menentu aras tahap penguasaan pelajar  bagi sesuatu ilmu/ kemahiran telah dikuasai dengan baik.

sumber: https://people.utm.my/shahrin/files/2017/08/slides-Developing-the-Generic-Skills-through-TL-at-Course-Level-%e2%80%93-The-Planning-Stage.pdf


Secara asasnya, 

  • kriteria Kognitif adalah bagi memastikan pelajar berkebolehan untuk berfikir dan memahami/ menguasai.
  • kriteria Psikomotor, memastikan pelajar berkebolehan mengguna dan mempraktikkan ilmu/ kemahiran yang diperolehi.
  • kriteria Afektif/ Affective, bagi membolehkan pelajar mengekpresikan, berfikir dan mengolah secara baik sebelum melakukan tindakan/tugasan dari pengetahuan yang diperolehi.


Proses - proses ini perlu sentiasa dikemaskini bagi memastikan modul yang dihasilkan adalah releven dan sesuai untuk penggunaan semasa.


Berikut antara modul yang saya hasilkan sendiri dan saya namakan sebagai "Task Based Practices/ TBP" yang dihasilkan berdasarkan kriteria-kriteria yang sesuai untuk dicapai seperti yang diterangkan  secara ringkas diatas.



Modul - modul ini saya hasilkan berdasarkan kriteria asas diatas dan disesuaikan dengan peringkat umur serta kebolehan ingatan, tahap kemahiran dan fizikal pelajar saya. Ini disebabknan di pusat latihan saya, mempunyai pelbagai peringkat umur, kekurangan/kelemahan anggota fizikal, emosi dan pelbagai tahap memori. Agak lama juga untuk hasilkan modul ini kerana perlu fikirkan kesesuaian pelajar saya. Modulo ini juga, saya sediakan turutan arahan kerja (work instruction) dan bergambar untuk memudahkan pemahaman dan aplikasi oleh pelajar. Berikut antara contoh snapshot modul TBP yang dihasilkan.


Contoh 1: Modul Task Based Practices Excel




Contoh 2: Modul Task Based Practices Word



Contoh 3: Modul Task Based Practices PowerPoint



Sekian sahaja perkongsian saya kali ini.

Ts. Sabar



Monday, 12 July 2021

Penyelesaian Penuh Pinjaman Kereta, Semakan Harga Semasa Kereta Lama & Trade-In Matters etc.

 


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini saya ingin kongsikan sedikit rumusan hasil dari menelaah berkaitan urusan jual beli, trade-in, penyelesaian penuh pinjaman, semakan harga semasa kereta dan sebagainya.


Sebelum saya lanjutkan perkongsian ini, saya galakkan anda untuk daftar di mana - mana kiosk Bank Negara Malaysia (BNM) atau di AKPK sebelum boleh login di >>> https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml#! untuk memantau rekod kredit (eCCRIS) anda.

Bagi saya jika anda berfikir untuk jual atau trade-in kereta anda perlu sedikit ilmu yang mana perlu tahu perkara asas iaitu samada ingin:

  • menjual setelah full settlement untuk kurangkan bebanan
  • trade-in kereta lama dengan kereta yang baru
  • Pengiraan dan Harga semasa Kereta untuk dijual atau trade-in
  • Pengiraan berapa nilai deposit kereta baru bersama jumlah bulanan mampu bayar kereta baru


Pertama

Ianya adalah mudah jika membeli kereta baru/ trade-in kereta jika pinjaman kereta lama sudah dilangsaikan yang mana proses penjualan dan trade-in lebih mudah jika dibandingkan dengan yang masih ada baki pinjaman.


Bagi urusan penjualan/ trade-in kereta yang mempunyai baki pinjaman, seeloknya jualan/ trade-in perlu dilakukan selepas  4-5 tahun pinjaman berbayar bagi tempoh pinjaman 7 Tahun atau 9 Tahun dan lebih baik baki pinjaman adalah kurang dari 5 tahun jika tempoh pinjaman selama 9 tahun, boleh rujuk >>> https://www.carsome.my/news/item/tips-jual-trade-in-kereta-belum-habis-bayar. Ini adalah bagi mengelakkan penalti yang akan dikenakan oleh pihak bank yang mana  pinjaman yang perlu dilangsaikan jika ingin membuat full settlement di link >>> https://mypf.my/calculators/car-loan-settlement-calculator/ dan boleh juga rujuk mana - mana laman web lain yang berkenaan.


Kedua

Bagi memastikan harga pasaran kereta mempunyai nilai yang agak kompetetif, pastikan penjagaan (jadual penyelenggaraan) adalah di tahap optimum, bebas kemalangan, kerosakan fizikal yang ketara dan sebagainya. Antara faktor ini mempengaruhi penurunan nilai pasaran bagi urusan jualan/ trade-in kereta yang mana harga pasaran akan diambil oleh syarikat used car lebih rendah mengikut kondisi kereta dan nilai pasaran semasa. 

Jika harga kos membaikpulih lebih tinggi, tidak menguntungkan atau tiada impak besar, anda boleh sahaja trade-in kereta mengikut harga semasa bersama harga yang akan ditolak lagi mengikut kondisi kereta semasa anda.

Nilai anggaran harga pasaran kereta lama anda boleh diperolehi daripada syarikat used car atau sales advisor supaya anda boleh bajet untuk jumlah deposit untuk disediakan jika ingin mengambil kereta baru... antaranya RM4,000.00 - RM10, 000. Dalam pengalaman kes trade-in kereta saya yang sudah habis dibayar, syarikat used car ambil RM6,000.00 lebih rendah dari harga pasaran.

sumber: https://www.carsome.my/news/item/cara-mark-up-harga-kereta-terpakai

Anda juga boleh jual sendiri kereta  jika rajin memcari dan menguruskan jual beli kepada pembeli baru dengan harga yang dipersetujui.


Anda boleh semak harga pasaran di kebanyakan website secara kasar sebelum nilai sebenar boleh diperolehi melalui syarikat yang anda pilih untuk trade-in. Contoh website untuk semak harga semasa kereta anda anda secara percuma boleh klik di link ini >>> https://www.oto.my/tool/car-market-value-guide/ atau mana-mana laman carian used car seperti mudah.my / motortrader / carsome dan sebagainya.


Itu sahaja perkongsian kali ini dari ringkasan pemahaman saya.

Sekian.




Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...