See Me!

Saturday, 30 April 2016

Year 2016 Vacation 14-20 April 2016 to Sarawak and Sabah (Day 1; 14 April 2016)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pada 14 April 2016, selepas habis waktu kerja kami iaitu Aku, Fiza, Hajar dan Echa bersiap untuk bergerak ke KLIA untuk berlepas ke Kuching, Sarawak untuk destinasi pertama percutian kami.
Gambar 1: Dalam Perjalanan untuk Masuk Pintu masuk Pesawat

Yang paling menyedihkan, skirting keretaku telah terbarai disebabkan divider di kawasan tempat letak kereta KLIA terlalu tinggi sehingga aku terlanggar dapat pulak hari sudah makin gelap dan terburu-buru takut terlepas 'flight'.... Dalam hatiku sudah fikir duit akan bertambah melayang  sebab hendak repair skirting aku tu...kurang-kurang pun dalam RM100++ termasuk cat dan pasang.


uhhhh mengeluh panjang aku ketika itu dalam hatiku, spoilkan mood aku hendak bercuti di Kuching dan Kota Kinabalu jer grrr....huhuhhuhu.

Kami tiba di kuching lebih kurang pukul 12am disana, terus naik kereta sewa pergi makan dulu di RJ Ayam bakar di pekan Kuching....sedap sangat menu dia...kawan aku makan di rj ayam bakar tapi aku makan roti bakar ... memang terbaik serta kedai yang urban/ hipster design sesuai untuk golongan muda-mudi.
Gambar 2: Pintu masuk Kedai RJ Ayam Bakar
Gambar 3: Menu Special RJ Ayam Bakar
Gambar 4: Sedap gak roti niiiiii
Selepas kekenyangan kami, check in ke guest house untuk backpacker explore yang berhampiran tempat makan disitu.
Gambar 5: Tinggalkan memori disini

Gambar 6: Posing sekejap berhampiran guest counter

Gambar 7: Bilik aku untuk malam pertama


Pengalaman yang tidak mungkin ku lupakan bersama teman sepejabat di tempat kerja yang baru bercuti bersama-sama selama hampir seminggu lamanya.


Yahooooooooooo....seronoknya bercuti


Semoga perjalanan seterusnya berjalan lancar dan selamat hendak-NYA.

Amin

Year 2016 Birthday Celebration on 13 April 2016 at Pusat Rehabilitasi PERKESO


Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Syukur ke hadrat illahi yang tidak kuduga, pada tarikh ini; 13 April 2016 di usia umur ku mencecah 30++ aku menerima kejutan yang tidak disangka - sangka oleh officemate aku yang sangat akrab di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Melaka.

Gambar 1: Ulangtahun Kelahiranku

Officemate aku telah membuat aku rasa sangat terharu kerana mereka telah menyambut hari ulangtahun kelahiranku pada tarikh tersebut dengan membuat kek sendiri di opisku dengan mereka memberi nama "OPISMADE CAKE".... sure sangat sedap walaupun simple disebabkan keikhlasan merekan untuk menyambut ulangtahun kelahiranku....aku rasa terharu dan hiba disaat meniup lilin kek yang dicucuk diatasnya.


Thanks sahabatku, Aida,  Zhaf dan Daniel diatas kesungguhan anda!


***Syukur Selalu***

Monday, 4 April 2016

Ready for ACME Conference 30-31 May 2016 @ Berjaya Waterfront, Johor Bahru, malaysia




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Alhamdulillah, syukur sangat - sangat setelah IEEE conference paper berjaya dengan komen dari reviewer yang sangat positif walaupun menunggu agak lama setelah secretariat menunda dari satu tarikh ke tarikh yang lain....rasa seram gak yela first time rasa gugup, excited dan berkobar - kobar...hehehe


Tuntutan untuk bayaran  yuran ke conference ni pon dak settle setelah menghantar borang permohonan ke iRMC, UNITEN banyak gak la perlu ambil tanda tangan tetapi takpe janji semuanya selesai dilakukan dan beruntung sebab dengan bantuan geran penyelidikan yang ditawarkan dapatlah bayar yuran conferemce kalau hendak bayar sendiri mahal gak RM1000+++ hehehe... 


Ameen Ya Rabb


Thursday, 24 March 2016

Ditawarkan Geran Penyelidikan FRGS UNITEN




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Rasanya sudah lama tidak kemaskini blogku ini. Setelah lama menyepi disebabkan terlalu banyak kerja, hari ini aku ingin megabadikan  kegembiraanku di blog untuk memori diriku.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi diatas limpah kurnia-NYA.

Syukurku tidak terhingga untuk menggambarkan kegembiraan dan kegirangan apabila ditawarkan geran penyelidikan FRGS sebagai "Postgraduate Research Assistant" tajaan Universiti Tenaga Nasional dikala melihat kawan - kawanku yang pernah mendapat juga tawaran biasiswa buat pertama kali seperti ini baru dapat merasa semasa Masters. Alhamdulillah ini pun atas tawaran oleh supervisor Master ku, Dr Halimatun yang sangat - sangat terbaik, bermotivasi dan sangat menyokong sepanjang proses penyelidikan dalam bidang sistem kuasa elektrik di UNITEN

Gambar 1: Tawaran FRGS UNITEN

Dengan geran ini bolehlah aku gunakan untuk kegunaan pembayaran yuran untuk pembentangan Paper conference aku di ACME 2016 di UiTM pada bulan lima nanti. Insyallah, agar semuanya berjalan lancar hendak-NYA.

Banyak juga untuk proses untuk aku lakukan selepas mendapat tawaran ini seperti matikan setem, angkat sumpah dsbgnya... kira., macam kena daftar tempat kerja baru prosesnya :)....banyak juga elaun aku boleh dapat seperti termaktub dalam surat tawaran serta dalam terma pekeliling UNITEN. Kalau aku tamak boleh sahaja mohon semua bantuan tu...tapi cukuplah sekadar aku boleh mohon bantuan yuran conference nanti walaupun layak untuk aku dapat gaji secara bulanan sebanyak RM2K setiap bulan selama setahun. Janji apa yang aku hajatkan tercapai untuk menggengam Scroll Master menjadi suatu realiti...tapi PHD bila lagi??? nanti-nantilah kalau semangat masih kuat.

Sekarang ini pun, terlalu banyak sangat kerja, sampai tiap-tiap hari kerja termasuk sabtu dan ahad yang mana kena pergi kursus yang dihantar oleh PERKESO. Sampai penulisan thesis pun masih sedang berjalan, harap-harap semuanya berjalan lancar dan sempurna semuanya.

Diharap untuk langkah seterusnya, aku dapat memberi pembentangan yang terbaik untuk Viva Master selepas selesai penghantaran Thesisku.....harap semuanya berjalan dengan lancar hendak-NYA.


Syukur Selalu










Tuesday, 2 February 2016

Ceritera Tertangguh & Harapanku



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Liku demi liku ku tempuhi onak ranjau, bertahun juga...penat pun ada....stress lagi la banyak tidak terkira jari jemariku dan  macam-macam ku lalui beberapa tahun ini. Alhamdulillah aku masih tabah menempuhinya walaupun terbeban tetapi ku gigihkan diri hanya demi melunaskan sebuah harapan yang kuharapkan menjadi kepastian.

Tahun ini aku menunggu dua berita yang sangat aku tunggu-tunggukan setelah berhempas pulas memghabiskan banyak masaku dan wang untuk membuat penyelidikan, pembetulan demi pembetulan serta mengorbankan wang ringgit, masa, tenaga, emosi dan mentalku bagi mencapai apa yang ku hajatkan. Malah, pelbagai ikhtiar yang telah ku usahakan bagi memenuhi impianku selama beberapa tahun ini. Dugaan demi dugaan dan halangan demi halangan datang bertimpa-timpa tanpa ku duga tetapi ku kuatkan semangat tanpa jemu dan berputus harap bagi meneruskan perjuangan yang sudah ku mulakan bertahun lamanya. 

Aku berharap dapat menggenggam segulung Ijazah Sarjana (M.Eng.) pada tahun in dan sekaligus dapat bergraduat dalam tahun yang sama...agar impian ini akan menjadi realiti yang tidak dapat ku gambarkan rasa kegembiraan dan kesyukuran terhadap Allah S.W.T. yang sentiasa memberiku semangat, ketabahan, kecekalan, panduan ketika ku kehilangan fokus serta seorang guru yang sangat informatif, berdedikasi, pembimbing yang sangat baik di kala tersasar dari landasan... itulah supervisorku Dr Halimatun Hashim yang sangat sabar sepanjang menyelia penyelidikanku dalam "Power System Stability Analysis".

Satu lagi, berita yang aku tunggukan di akhir tahun ini paling cepat atau diawal tahun 2017.... apa yang aku rancangkan di tahun 2015 adalah menunggu rumah pertamaku siap sepenuhnya setelah membuat pelbagai 'study' sehinggalah berjaya melepasi semua proses pembelian rumah..Tidak sabar untuk aku jejakkan kaki ku pertama kali di rumahku sendiri diatas hasil titik peluhku....Amin Ya Rabbal Al Ameen.

Ku Harap di tahun 2016 dan tahun - tahun mendatang agar dipermudahkan segala perjalanan kerjaya, ekonomiku, pekerjaanku, kewangan, hidupku dan keluargaku serta dapat meneruskan sisa - sisa hidupku yang berbaki meneruskan hidup sebelum kembali ke maha penciptaKU.

Amin Ya Rabbal Al Ameen & Syukur Selalu


Thursday, 7 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Walaupun sedikit terlambat untuk menulis coretan ini tetapi Saya ingin Mengucapkan Selamat Tahun Baru Kepada Semua Rakyat Malaysia.

Cuti Tahun Baru yang Sangat Panjang dengan bercuti di rumah selama seminggu dan membuat kerja -kerja menyiapkan penulisan conference paper, thesis writing dan pengurusan fasa akhir untuk pembelian rumah baru dan selebihnya berehat di rumah untuk sepanjang tahun lepas yang penuh dugaan dan cabaran yang ditempuhi dengan jayanya dengan izin-NYA.

Tahun ini Insya Allah aku akan tamat belajar dan konvo pada tahun berikutnya untuk memperolehi Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Master) dan menanti rumah baru pada tahun ini serta mengukuhkan lagi ekonomi dan menempuhi hari-hari yang makin mencabar kini terutamanya golongan muda yang perlu bersedia dari banyak aspek terutama kos sara Hidup yang kian meningkat, kos rumah meningkat, kos-kos lain yang makin mencabar termasuk GST.

So dengan itu, diharap semua golongan muda perlulah bersedia untuk menempuhi tahun - tahun sukar yang penuh mencabar dengan menyiapkan dan kesediaan diri dengan keperluan-keperluan dengan ilmu, mental dan emosi dan sebagainya yang mencukupi serta tabah.

Assalam

Tuesday, 15 December 2015

Daft Paper Submitted on 2016 International Conference on Applied Computing, Mathematical Sciences and Engineering (ACME)



Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Alhamdulillah, After waiting few months and prepared myself for conference paper submission as part of completing my postgraduate studies in Master of Electrical Engineering at Universiti Tenaga Nasional sponsored by Ministry of Education, Malaysia scholar under MYMASTER-MYBRAIN Scheme.

Fig. 1: Conferenece Name

Fig. 2: Conference organised by and Technically co-sponsor
I'm very grateful with all the effort i put on this research study for a year doing research in electrical power stability after done a lot of assessment, correction and  editing, proofread and advised by very excellent supervisor on Power System Stability research. Hopefully this draft conference paper have been approved by the conference committee to proceed for the next stage.

Thanks Ya Allah,
give me the strength to stick what I am doing till now and future to face this journey and the the result of abstract is Accepted that i received on 12 Jan 2016 notified from ACME2016 secretariat :-).

Hopefully, i pass my conference proceeding, viva and graduate/convo on next year, 2017.

Thanks Ya Allah, Amin

***Syukur Selalu***

Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...