See Me!
Tuesday, 12 July 2022
Automotif: High Temperature (Proton Persona) Disebabkan oleh Masalah Hose Aircond Bocor
Tuesday, 7 June 2022
Pendawaian Elektrik Soket Kuasa Alir Keluar 13A
- Peralatan asas seperti alatan tangan, screw driver, drill, playar dan sebagainya
- Kabel Live (L), Neural (N) dan Earth (E) bersaiz 2.5mm, 4.0mm dan sebagainya serta mengikut standard.
- MCB (20A,32A)
- Peralatan Pengujian seperti test pen socket tester, multimeter dan sebagainya.
- dan lain-lain peralatan jika berkenaan
Sekian, Pastikan Selamat!
Ts. Sabar.
Thursday, 14 April 2022
Review: Pengalaman Penggunaan Dashcam 70mai A800s
Salam Sejahtera
Adalah sangat penting, perlu bersedia jika berlaku kemalangan yang bukan kesalahan anda terutamanya jika kenderaan tiada built-in dashcam yang tersedia.
Jika anda google pelbagai jenis dashcam yang bagus dan popular antaranya dashcam 70mai dan pelbagai lagi.
Post kali ini, saya ongin berkongsi pandangan berkenaan 70 mai sahaja yang saya sudah beli dan guna sekarang, untuk maklumat lanjut boleh rujuk link official laman webnya disini. Pelbagai jenis model boleh anda pilih yang bersesuaian dengan anda.
Saya, menggunakan brand 70mai model A800s+Rear Cam Set (model terbaru yang saya beli tahun 2021). Saya membeli di shopee iaitu 70mai.os official store semasa ada promosi jualan berharga RM525.00 (complete set berserta rear cam dan 128GB memori dan tidak termasuk Hardwarekits). Berikut adalah ciri - ciri dashcam yang saya pilih beserta perbandingan dengan model yang lain:
source: website 70mai |
Ciri - ciri yang terdapat pada 70mai model A800s mempunyai fungsi seperti resolusi 4K UHD (imej/video lebih jelas), mempunyai paparan LCD bersaiz 3", Boleh rakam depan dan belakang, mempunyai rakaman waktu malam yang jelas, mempunyai Built-in GPS dan ADAS iaitu Lane Departure Warning (memberitahu jika kereta bertukar laluan/ tersasar serta memberitahu jika kereta bergerak apabila kenderaan anda berhenti di traffic light), mempunyai rakaman 130 darjah wide angle, F2.0 aperture. Gambar dibawah gambaran kasar fungsi Dashcam 70mai A800s:
Anda juga boleh memambah fungsi tambahan iaitu Hardware kit yang boleh dibeli secara berasingan untuk merekod semasa kereta anda diletakkan dimana - mana dalam 24 jam (rujuk gambar dibawah alat yang perlu ditambah berserta cara sambungan di kereta anda yang boleh dibeli serendah berharga RM50 -70 ikut seller).
sumber:70mai.os |
Jika anda mahir boleh buat pemasangan sendiri, tetapi saya menghantar ke kedai aksesori kereta kerana ada buat pemasangan aksesori lain pada kereta. Untuk pemasangan dashcam saya dikenakan anggaran dalam RM80.00, anda boleh jimat jika anda buat sendiri.
Biasa pemasangan akan dibuat mengikut kesesuaian dan kebiasaan. Bagi kes saya pemasangan adalah seperti berikut:
- Mula - mula, jalankan kabel yang diberikan mengikut laluan yang anda inginkan dan mudah.
- Laluan kabel adalah melalaui dari point power berdekatan dengan music player mengikut laluan yang disembunyikan dari bawah pergi ke tepi-tepi dashboard melalui celah - celah windscreen dan pergi ke lokasi pertama Front Dashcam iaitu berdekatan cermin pandang belakang.
- Lagi satu kabel dari point Front Dashcam pertama, kabel akan ditarik lalu ke celah-celah windscreen ke celah-celah atas panel cover pintu dari depan pergi ke point Rear Dashcam.
- Tentukan kedudukan Front Dashcam, yang ingin dipasang iaitu berhampiran dan dibawah sedikit dari cermin pandang belakang dan Rear DashCam, dipasang ditengah - tengah di cermin belakang serta pastikan ianya dipasang tanpa ada gangguan (blocking) untuk tujuan rakaman yang terbaik.
- Tentukan kedudukan Front Dashcam dan kedudukan Rear Dashcam, kemudian lekat Electrostatic Sticker sebelum melekat Heat Resistant Adhesive bagi tujuan melekat tapak(Mount) Front & Rear Dashcam.
- Seterusnya, pasang dashcam mengikut tapak yang telah dipasang dan dilekatkan.
- Akhir sekali, boleh setkan tetapan yang anda mahukan mengikut manual yang diberikan dan muat turun apps.
Anda boleh download apps 70mai di playstore dan juga saluran lain dengan mengimbas (scan) QR code dari manual penggunaan dan pemasangan yang dilampirkan dalam kotak.
Berikut adalah contoh gambar dari hasil muat turun dari apps melalui Front Dashcam. Semua maklumat seperti tarikh, masa, koordinat GPS dan kelajuan akan direkodkan.
Dan berikut adalah video yang dimuat turun dari apps saya bagi view malam dan siang bagi kedua pandangan iaitu Front Dashcam dan Rear Dashcam:
Sekian sahaja perkongsian dari saya.
Ts. sabar
Friday, 1 April 2022
Membuat Pembayaran Yuran Tahunan Ts RM200 selepas permohonan melalui portal CPD MBOT di Tahun 2022
Wednesday, 23 March 2022
Top 6 Trusted Portal for Earning Online Passive Income by Answering Survey and paid in USD
Good Day & Salam Sejahtera
Post kali ini, saya ingin share cara untuk generate/ make passive income thru answering online survey.
Pendapatan anda boleh redeem dalam pelbagai bentuk iaitu boleh tukar kepada cash melalui akaun paypal, voucher dan sebagainya mengikut cara tebusan yang dimaklumkan oleh portal berkenaan. Dalam kes saya, saya masukkan ke dalam akaun paypal supaya boleh tunaikan ke dalam akaun bank saya.So,anda boleh register akaun paypal disini >>> https://www.paypal.com/my/webapps/mpp/account-selection dan perlu lengkap semua maklumat dalam akaun tersebut.
Wednesday, 2 March 2022
Pengisian dan Penghantaran Pengisytiharaan Borang Cukai Pendapataan LHDN Bagi Individu Bujang 2021/2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Perkongsian kali ini, saya ingin berkongsi berkenaan bagaimana untuk mengisi dan menghantar borang pengisytiharaan pendapatan LHDN bagi tahun 2021 yang mana tahun pengisytiharaan pada tahun 2022 yang mana bagi mereka yang sudah dan pernah buat akaun e-filing.
Portal LHDN Tahun 2022 banyak perubahan, tetapi bagi saya tetap samaiatu perlu bayar dan declare cukai pendapatan bagi pekerja yang wajib dikenakan cukai. Portal tersebut masih boleh ditambahbaik iaitu kebolehan memasukkan bukti resit untuk semua perkara yang diisytiharkan yang mana di dalam portal MASIH BELUM WUJUD di tahun 2022.
Di sini saya tunjukkan gambaran bergambar cara saya membuat pengisytiharaan menggunakan portal yang telah dikemaskini.
Pertama, anda perlu masuk ke laman web LHDN atau menggunakan link ini E-Filing. Apabila anda masuk ke link ini atau di portal E-Filing LHDN, paparan seperti dibawah akan dipaparkan. Anda perlu klik Log Masuk di link yang tadi, kemudian anda boleh pilih sama ada ingin login menggunakan Kad Pengenalan/ No Passport/ No Tentera/ No Polis seperti ditunjukkan gambar dibawah:
Dalam kes saya, saya pilih untuk log masuk menggunakan No Kad Pengenalan, kemudian anda akan dibenarkan masuk ke paparan password yang mana anda perlu pastikan kod keselamatan adalah sah dan betul sebelum memasukkan password dan klik Hantar seperti ditunjukkan gambar dibawah:
Jika maklumat log masuk anda sah dan betul, anda akan disambung ke paparan Dashboard menu utama profil anda seperti ditunjukkan gambar dibawah. Dalam dashboard, anda boleh rujuk dokumen-dokumen berkenaan pelepasan percukaian tahun semasa dan panduan yang terletak di sebelah kiri. Di bahagian tengah dashboard, memaparkan baki cukai jika belum dibayar, maklumat sekatan jika ada, jumlhan bayaran lebihan yang terdahulu dan juga infografik jumlah bayaran cukai tahun sebelumnya.
Di ruangan status borang e-filing yang mana anda boleh klik tahun semasa untuk pengisytiharaan contohnya Tahun 2021. Selepas anda klik di borang tahun semasa, ianya akan disambung ke paparan seperti ditunjukkan digambar dibawah dan anda perlu pilih tahun semasa yang ingin diisytiharkan borang cukai di bahagian e-BE (jika tiada punca pendapatan perniagaan).
Di paparan Pertama, Selepas memilih tahun semasa percukaian, anda akan disambungkan kepada paparan seperti gambar dibawah. Maklumat profil asas seperti nama, no cukai, jantina, warnganenara dan lain - lain yang berkenaan akan dipaparkan. Hanya ruangan yang berwarna putih sahaja boleh ubah/ edit, Klik Seterusnya, jika ingin ke paparan seterusnya.
Di skrin kedua, seperti ditunjukkan gambar dibawah memaparkan maklumat profil tambahan anda. Anda boleh edit/ ubah data di bahagian yang berwarna putih sahaja dan bahagian yang berwarna kelabu tidak dibenarkan diubah secara online. Di bahagian ini, maklumat seperti no telifon, maklumat bank dipaparkan jika ada lebihan/ terlebih bayar akan dikembalikan kepada pembayar cukai semula. Klik Seterusnya, jika ingin ke paparan seterusnya.
Di paparan ketiga, seperti ditunjukkan gambar dibawah memaparkan maklumat penggajian yang mana boleh rujuk borang cukai pendapatan EA/ EC yang dikeluarkan oleh majikan anda untuk isi bahagian ini. Masukkan maklumat yang berkenaan sahaja seperti pendapatan kanun penggajian, bilangan penggajian (jika kerja lebih dari satu syarikat dalam tahun semasa) serta maklumat lain yang berkenaan, boleh klik info untuk maklumat pengisian. Di bahagian bewarna kelabu akan secara automatik memaparkan apabila anda selesai masukkan maklumat penggajian. Klik Seterusnya, jika ingin ke paparan seterusnya.
Di paparan skrin ke empat seperti yang ditunjukkan gambar dibawah, perlu masukkan maklumat semua jenis pelepasan percukaian yang telah dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia bagi tahun percukaian semasa yang layak bagi anda. Anda boleh rujuk malumat pelepasan percukaian yang disediakan di dashboard atau di laman web LHDN.
Pastikan ruangan maklumat pelepasan percukaian perlu disimpan secara softcopy atau resit fizikal dan perlu diisi dengan maklumat sahih dan bukti resit yang perlu disimpan (dalam kes saya perlu simpan 5 tahun, yang pernah hantar maklumat resit percukaian yang telah dihantar sebelum ini).
Anda boleh isi ruangan pelepasan dengan merujuk EA/ EC untuk mengisi bagi pelepasan cukai KWSP/ SOCSO/ Zakat dan lain - lain dokumen yang berkenaan seperti borang penyata tahunan insuran. Klik Seterusnya, jika ingin ke paparan seterusnya.
Di paparan kelima (rujuk gambar dibawah), memaparkan rumusan jumlah cukai yang telah diisytiharkan dan patut dikenakan bagi tahun semasa, yang mana setelah mengambil kira maklumat penggajian dan pelepasan cukai yang anda isi di paparan skrin ke 3 hingga 4 . Lebihan bayaran atau terlebih dibayar akan di paparkan di skrin ini yang mana anda boleh rujuk dip enjuru kanan bawah atau di sebelah kanan atas akan memaparkan makluman cukai terlebih bayar atau terkurang bayar. Jika anda terlebih bayar bayar, wang anda akan dikembalikan ke akaun anda dalam tempoh 7-14 hari jika mengikut kes saya sebelum ini dan jika terkurang bayar anda perlu membayar secara atas talian.
Di paparan terakhir seperti ditunjukkan gambar dibawah, memaparkan makluman nama dan no kad pengenalan untuk anda sahkan sebelum klik butang Tandatangan & Hantar untuk pihak LHDN luluskan borang pengisytiharaan anda.
Selamat Mencuba
Ts. Sabar
Tuesday, 1 March 2022
Pendawaian & Pemasangan Water Heater Rumah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kali ini, saya ingin berkongsi bagaimana membuat pendawaian dan pemasangan Water Heatar di Rumah yang selamat dengan memenuhi standard spesifikasi dengan menggunakan langkah beregambar yang dinyatakan dibawah.
Berikut adalah langkanhnya:
Langkah 1:
Sebelum membuat pemasangan yang berkaitan elektrik terutama mereka yang tiada pengetahuan ilmu elektrik, Tolong pastikan anda sudah mempunyai ilmu berkaitan elektrik, faham, yakin dan berada dalam keadaan selamat sebelum melakukan kerja elektrikal dan jika tidak panggillah wiremen bertauliah untuk melakukan kerja - kerja elektrikal ini. Ini adalah penting!
Selepas itu, anda boleh cari spesifikasi water heater yang ingin dipasang terutama dari segi harga, penjimatan tenaga elektrik, model, jenama dan spesifikasi yang selamat untuk digunakan.
Perkara yang anda perlu sebelum pemasangan:
- Mesti ada Ilmu dan Selamat
- Pastikan Pendawaian elektrik untuk water heater sudah tersedia jika tidak perlu panggil wiremen bertauliah untuk membuat pendawaiannya, dalam kes saya pendawaian sudah ada (jika ingin pasang sendiri), mengikut standard saiz kabel perlulah menggunakan kabel 4.0mm dari DB hinggalah alat Water Heatar yang disambung kepada MCB 20A dan RCBO 10mA (Residual Current Breaker with Overcurrent) bagi perlindungan penuh. Berikut adalah contoh RCBO:
- Memilih Water Heater yang mempunyai spesifikasi perlindungan antara yang terbaik, penjimatan, model, jenama dan mengikut bajet. Dalam kes saya menggunakan Toshiba; Model TWH-38EXPMY(G) dengan Rain Shower yang berharga dalam RM600++(ikut harga shopee tetapi harga kedai lagi mahal), rujuk rajah dibawah bagi contoh water heater yang saya pakai:
sumber: Toshiba - Pastikan untuk selamat, pengambungan dari punca air hingga ke alat pemanas air menggunakan perkakasan yang bukan pengalir elektrik (e.g: PVC)
- Sediakan perkakasan kerja lain bagi pemasangan water heater termasuk perkakasan untuk sambungan dari punca air.
Langkah 2: Pendawaian dan Tetapan Lokasi Pemasangan Water Heater
Berikut adalah ilustrasi diagram bergambar bagi sambungan water heater iaitu pendawaian dari DB sehingga ke poin pemasangan peralatan:
Berikut adalah litar skematik standard bagi pendawaian water heater (biasanya litar ini hanya personel yang belajar elektrikal mudah untuk fahamnya):
Langkah 3: Pemasangan Water Heater
Sebelum pemasangan Water Heater, pastikan bekalan elektrik di DB (Distribution Board) bagi punca elektrik water heater dimatikan pada RCBO dan MCB water heater yang sudah tersedia.
Jika ingin lebih selamat dan yakin, Matikan RCCB (Residual Current Circuit Breaker atau ELCB nama lama) dan Main Switch utama di DB dimatikan serta diuji mengguna testpen bagi memastikan yang sumber elektrik benar -benar telah diputuskan/ tiada. Jika ingin menggunakan teknik ni, semasa buat kerja pastikan orang rumah tiada di rumah jika tidak merungutlah mereka sebab kepanasan dan tidak boleh buat kerja lain.
- Tandakan kedudukan dimana yang ingin ditempatkan beserta lubang skru untuk water heater serta pastikan kemas supaya ianya terletak cantik.
- Tebuk dengan mengunakan drill yang sesuai ditempat yang ditandakan tadi.
- Pasang kabel mengikut jenis warna kabel yang command iaitu Live (Merah/ Coklat/ Kuning), Neutral (Biasanya Hitam/ Biru) dan Earth (Hijau/ Hijau-Kuning). Pastikan warna kabel dari pendawaian dan pada perkakasan disambung dengan betul. Jika tidak mahir rujuk pada yang pakar dan manual pemasangan water heater yang dilampirkan dalam kotak.
- Guna PVC paip/ hose yang bersesuaian untuk menyambung dari punca air sediada ke poin masuk air di water heater. Pastikan sambunggan kuat dan selamat.
Gambar dibawah disebelah kiri, menunjukkan lokasi sediada bagi kabel sediada bagi water heater. Gambar disebelah kanan adalah water heater yang sy sudah siap pasang selepas menebuk dan memasukkan wallplug. Saya decide untuk tidak ikut laluan kabel yang disediakan bahagian tepi tetapi sy membuat lubang baru di tengah yang disediakan yang belum ditebuk yang lebih mementingkan keselamatan supaya kabel elektrik dilindungi dari percikan air nanti.
Gambar dibawah pula di sebelah kiri saya sambungkan dengan poin sambungan di water heater iaitu wayar kuning (Live) disambung ke sambungan wayar merah yang di label L, wayar hitam(Neutral) disambung kepada wayar biru dan wayar hijau (Earth) disambubg kepada wayar hijau-kuning. Gambar disebelah kanannya pula water heater yang telah siap dipasang dan covernya di skru semula di bahagian bawah.
Seterusnya, Gambar dibawah akan di sambung dari punca air yang mana ianya disambung pressure hose beewarna biru dengan pvc acetal street elbow dan niple 3/4", kemydian disambung ke inlet water heater yang tepah dilabelkan dibawah water heater (warna biru) dengan melalui valve yang diberikan. Kemudian, pasangkan pemegang rain shower mengikut manual yang diberikan dan sambungkan dari outlet water merah (label merah) kepada sistem pancuran air (rain shower set).
Akhir sekali, baru la saya buat samnung pada DB. Di gambar bawah di bahagian kiri, ada satu MCB bersaiz 20A untuk water heater, tetapi untuk lebih safety saya telah menambah RCBO 20, 10mA untuk lebih perlindungan seperti yang di tunjukkan di gambar dibawah di sebelah kanan yang telah siap dipasang (yang ditanda dengan anak panah merah). Cara pendawaian MCB ke RCBO ke Water Heater point saya telah terangkan di atas.
Langkah 4: Pengujian Pemasangan yang telah siap
Selepas semua pemasangan telah siap dan dipastikan selamat, anda boleh hidupkan bekalan di DB untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik dan selamat. Inilah gambar dan video pendek pemasangan yang telah siap dipasang dan diuji selamat:
Orang kebanyakan biasanya nampak kerja elektrikal sangat mudah, hakikatnya sedikit kesilapan boleh menyebabkan nyawa anda melayang. So, pastikan anda ada pengetahuan berkenaan elektrik sebelum melakuan kerja ini ye!, jika tidak panggil lah wireman/ orang yang benar - benar mahir dan kompeten untuk melakukan pendawaian elektrikal dan pemasangan tersebut. Malah, perlu ada ilmu asas-asas lain termasuk elektrikal yang konklusif yang berkenaan terutama apabila anda sudah mempunyai rumah sendiri untuk keuntungan anda.
Tips Tambahan***
Berdasarkan pengalaman, Jika anda rasakan tekanan air water heater mempunyai tekanan yang agak rendah selepas adjust kemasukan air, cuba tukar sediada toshiba stop valve kepada Centon Triple function Stop Valve, insyallah berhasil... itu yang berlaku kepada saya selepas menukarnya, tekanan air makin laju...so rasa best apabila mandi.
Pastikan Selamat!
Ts. Sabar.
Recent post
Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...
-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Title ini adalalah ikut tujuan dan keinginan individu dan mengikut keperluan bidang pekerjaan. Te...
-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Hari ini, saya ingin berkongsi berkenaan cara pemasangan photocell sensor dari pendawaian la...
-
A ssalamualaikum & Salam Sejahtera Untuk panduan pastikan jika ingin pergi kedai kereta, pergilah kedai yang boleh dipercay...