See Me!

Thursday, 7 December 2023

Perkongsian Dari Pengalaman Sebenar: Platform Memohon Kad Kredit Yang Boleh Dipercayai atau Tidak?

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Anda boleh guna semua kaedah-kaedah dicadangkan oleh saya dibawah jika anda telah ada asas pengetahuan jika ingin memohon secara atas talian(online) samada menggunakan lawan web bank atau lawan web kad kredit pihak ketiga yang berdaftar. Jika anda mahu maklumat lengkap atau tidak selesa memohon secara atas talian, anda boleh memohon terus ke mana-mana cawangan bank atau kios-kiosk yang boleh dijumpai berdekatan rumah anda atau di pusat membeli belah.

Kaedah 1: Melalui Fizikal Bank/ Kiosk/ Laman Web Bank
Bagi memohon menggunakan kaedah ini, cara paling senang boleh terus melawat laman web bank- bank yang menawarkan kad kredit, anda boleh baca manfaat setiap kad yang dikehendaki. Jika anda bijak, anda boleh buat perbandingan dengan laman web syarikat  ketiga (seperti ringgitplus.com atau sebagainya) untuk mendapat tawaran atau keuntungany yang lebih baik bagi setiap permohonanan kad buat kali pertama atau  kad seterusnya.

Bagi mereka yang kurang kepercayaan untuk memohon daripada syarikat ketiga ini anda boleh memohon terus dari lawan web bank. Selain itu anda juga masih boleh dapat manfaat untuk kad yang dimohon mengikut bank, anda juga boleh mendapat hadiah-hadiah yang menarik seperti wang tunai dari RM100-RM600 atau lebih mengikut promo bank bagi setiap kad yang dimohon. Proses kelulusan dalam 7 hari ke 14 hari, tetapi bagi pengalaman saya setakat ini, saya mendapat kelulusan kurang dari 7 hari dari tarikh permohonan menggunakan kaedah atas talian. Gambar dibawah adalah contoh kad yang boleh dimohon terus dari laman web bank berkenaan:

sumber: laman web cimb dan maybank



Jika anda ingin maklumat lanjut atau berhubung dengan pegawai bank atau dealer anda boleh walk-in terus ke bank atau kiosk bank yang berdekatan dengan tempat anda atau boleh pergi mana-mana pusat membeli belah yang ada kiosk bank. Anda juga boleh mendapat promo dari bank/ kiosk tetapi mengikut pengalaman saya kebiasaannya mereka akan memberi hadiah seperti luggage bag atau berbentuk barangan yang mana saya lebih suka wang tunai/e-walet atau barang yang lebih bernilai. Proses  kelulusan bagi permohonan menggunakan kaedah ini juga lebih pantas, yang mana anda boleh mendapat keputusan kelulusan secara terus sekiranya memenuhi kelayakan minimum bank. Kelemahan guna kaedah ini anda perlu melawati setiap bank atau kiosk-kiosk untuk mengetahui setiap kad yang ingin diketahui atau bakal dipilih untuk dimohon.

Kaedah 2: Laman Web Ringgitplus
Bagi saya yang jenis mencari maklumat sendiri dan suka urusan yang lebih menyenangkan, saya lebih suka memohon secara atas talian kerana tidak perlu berhubung terus dengan pegawai bank/ dealer yang mungkin terlalu memaksa anda membuat keputusan secara segera padahal anda perlu memilih kad kredit mengikut bank yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan harian anda. Anda juga boleh melihat manfaat atas penggunaan kad bagi pelbagai jenis kad untuk semua bank dalam satu platform.

ini adalah platform memohon kad kredit yang paling saya suka dan boleh dipercayai setakat ini menggunakan https://ringgitplus.com/en/. Ini adalah pengalaman sebenar saya, yang mana tidak pernah mengecewakan saya setakat ini. Setiap hadiah yang dijanjikan atau dinyatakan di laman web  syarikat ini betul - betul diterima jika mengikut syarat yang ditetapkan platform ini. 

Semua permohonan saya melalui ringgitplus.com boleh dipercayai yang mana kali pertama kali saya memohon pada tahun 2016 saya mendapat multi-rice cooker bersama vaucher lain (semasa itu saya memohon  kad kredit citibank yang sekarang diambil alih UOB, masih menggunakan kad ini kerana manfaat yang terbaik saya perolehi bagi setiap perbelanjaan harian setakat penggunaan sehingga hari ini yang mana saya akan mendapat pulangan tunai RM 20 hingga RM30++ sebulan). Terkini, saya memohon kad menggunakan laman web ini bagi kad standard chartered di tahun 2023, saya mendapat Touch N Go E-walet RM800.00 yang mana jika memohon terus dari laman web bank hanya boleh dapat RM600.00 sahaja. So, lebih untungkan?? Anda juga boleh mendapat hadiah-hadiah lain seperti IPAD, Apple Phone dan lain- lain jiga memenuhi syarat yang ditetapkan serta mengikut promo semasa.

sumber: https://ringgitplus.com/en



Pastikan jika anda ingin mendapatkan hadiah-hadiah ini, anda memenuhi syarat yang dinyatakan dalam terma ringgitplus.com dan bank yang telah ditetapkan seperti memuatnaik dokumen yang diperlukan, membuat transaksi kebiasaannya minimum 8 (sebarang amaun)  dalam tempoh 3 bulan selepas kad diterima dan diaktifkan serta syarat- syarat lain. Dalam kes saya, saya mendapat wang tunai secara e-walet dalam tempoh 2 bulan selepas kad diterima, diaktifkan dan melakukan minimum 8 transaksi pembelian.

Yang bagusnya jika memohon menggunakan ringgitplus.com, jika ada kad kredit yang ingin dimohon mengikut tuah atau kemenangan yang terpilih dan anda tidak berjaya tetapi platform ini tetap menyediakan guaranteed gift lain. Saya juga suka dengan paparan laman web platform ini yang lebih user friendly dan mudah untuk memohon serta khidmat pelanggan yang lebih baik dari platform lain setakat ini.

Kaedah 3: Laman Web CompareHero 
Anda juga boleh mencari dan memilih kelebihan setiap kad kredit menggunakan platform ini. Bagi permohonan menggunakan platform ini boleh ke https://www.comparehero.my/ . ini antara platform yang menawarkan berbentuk hadiah atau ganjaran kepada pemohon kad kredit. Jenis ganjaran yang ditawarkan adalah jenis Campaign Gift yang mana anda boleh cuba jika berminat dan bertuah dengan cabutannya. Secara peribadi apa yang saya paham dari platform ini adalah ganjaran yang seolah tidak dijanjikan langsung anda akan dapat dan lebih kepada bergantung nasib dan tuah anda serta keuntungan kepada platform ini sahaja.

sumber:website comparehero



Contoh kaedah hadiah anda boleh pilih  antara 2 pilihan iaitu Ganjaran A atau ganjaran B dan terhad kepada  contohnya pemohohon yang ke 10 sahaja. Jika anda tidak layak untuk dapat Ganjaran A atau B yang anda dipilih, anda hanya layak dapat consilidation gift RM200 atau kurang dari nilai ini atau mungkin tidak dapat bergantung jenis kad yang dipohon.


Ini adalah pengalaman sebenar menggunakan platform ini, memohon, so, anda boleh nilai sendiri ye dari bukti sebenar di rajah dibawah yang mana platform ini memberi pelbagai alasan seperti yang dijanjikan dalam tempoh 2 bulan. so saya terus terminate kad kredit yang saya mohon dari platform ini. 


Tetapi, hanya selepas 6 bulan (dari bulan mohon Julai 2023- Jan 2024) dan kad kredit ditamatkan, barulah saya mendapat perkhabaran yang hanya dapat  consilidation gift bernilai RM150 tngo e-walet. Bagi saya sangat mengecewakan servis platform ini.

Kaedah 4:  Laman Web IMoney
Bagi permohonan yang menggunakan web https://www.imoney.my/, kebanyakan hadiah  bagi permohonan kad adalah berbentuk peraduan dari laman web ini, contohnya jika anda ingin hadiah iphone anda perlu menjadi orang yang ke 20 bagi melayakkan mendapat hadiah tersebut, jika tidak memenuhi syarat anda akan dapat hadiah lain yang ditentukan oleh platform ini. Secara peribadi, saya belum pernah menggunakan platform ini bagi memohon  kad kredit tetapi secara teknikal prosesnya adalah sama dengan  platform-platform lain dan bezanya adalah cara pemberian hadiah sahaja.

Sesiapa yang suka  dan mempunyai tuah, boleh memohon menggunakan platform ini, terutamanya jika pilihan kad kredit ada ditawarkan di platform ini tetapi tiada di platform lain. Gambar dibawah adalah contoh hadiah - hadiah dari platform ini:

sumber: https://www.imoney.my/



Anda juga boleh melawati platform-platform lain yang boleh dipercayai dan menawarkan tawaran yang lebih baik dan menguntungkan.

Sekian sahaja perkongsian jujur dari pengalaman saya.

Thanks

Monday, 17 July 2023

Pemasangan CCTV Menggunakan sistem IP POE CCTV & PTZ



CCTV IP POE & PTZ


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Post kali ini, saya ingin berkongsi kaedah pemasangan dan pendawaian CCTV di rumah menggunakan kaedah sistem CCTV jenis IP POE & PTZ. Berikut merupakan peralatan yang perlu ada sebelum membuat kerja perpasangan:

  • Set Lengkap unit CCTV - 4K (8MP) (Auy.Vision) dengan two way audio termasuk POE NVR, IP Camera (Bullet/Dome) dan PTZ Camera, hardisk
  • Conduit 1 inch. T Junction, Elbow
  • Flexible pipe
  • PVC Enclosure Box 4"x4"x 2" or CCTV Outdoor Wall Mount Bracket if required
  • TV/ Monitor(untuk view & display recording)
  • HDMI/ VGA (untuk connection to TV)
  • POE RJ45 Network Cable
  • POE Splitter and Injector for PTZ Camera (if required)
  • Kabel Power Cable to supply PTZ Camera (if required)
set wifi / Internet Connectivity with Lan Connection (if required to access thru phone or web connection)
Alatan Pepasangan (e.g: Tangga, Tools Set, Handrill, hammer drill if required untuk conceal type, screw, cable cutter, Black tape, connector etc.)
Jenis Set dan Fungsi Set yang saya Gunakan



Set POE Camera dalam Kotak


Set IP POE PTZ dalam Kotak


Gambar Unit POE Camera dan PTZ


Pertama, Perlu kenalpasti lokasi tempat untuk kamera ingin dipasang yang mana merujuk kepada tujuan pemasangan CCTV di sesuatu tempat.


Antara lokasi Tempat Pemasangan CCTV


Kedua, Dalam kes saya, saya menggunakan POE Network Cable yang mana siap diberikan dalam set yang dibeli iaitu 20 meter setiap camera. Kabel POE akan dipasang terus dari poin kamera ke POE NVR menggunakan kabel network tersebut. Laluan pemasangan kabel boleh menggunakan kondiut bagi laluan di kawasan terbuka untuk melindungi POE kabel tersebut.


Sambungan Menggunakan POE Cable bagi POE Camera


Sambungan Menggunakan IP POE Cable bagi PTZ Camera




Setelah semua point ditarik kabel, sambungkan IP POE dan PTZ camera dengan menggunakan kabel POE( RJ45) yang ditarik dari POE NR ke point kamera. Kemasan pada penghujung kabel kamera boleh dikemaskan dengan menggunakan flexible pipe dan Enclosure Box bersaiz 4"x4"x2" (ikut keperluan) untuk meyorokkan kabel lebihan serta melindungi kabel.


Sambungan menggunakan menggunakan kabel POE (RJ45) lebih mudah kerana kabel POE (RJ45)tersebut membawa bersama kabel kuasa dengan injection kuasa 48V, 2.3A untuk menghidupkan kamera dan menyambungkan ke POE NVR, jadi tidak perlu poin kuasa yang berasingan atau kabel kuasa yang berasingan.


Tetapi, untuk kes saya, saya juga membeli unit tambahan kamera jenis PTZ bersesuain dengan set POE NVR yang dibeli yang mana sedikit berbeza sambungannya yang mana kamera perlu sambungan kabel LAN RJ45 dan Kabel kuasa DC 12V di set kamera IP POE PTZ. Dalam kes saya menggunakan kabel RJ45 untuk sambungan, yang mana PTZ camera tersebut boleh juga disambung menggunakan WIFI. Jadi untuk sambungan di kamera PTZ saya sambungkan menggunakan kabel network RJ45 dengan menggunakan POE Splitter untuk sambung ke kabel POE/RJ45 dari POE NVR.

POE Splitter


Ketiga, Setelah selesai semua pendawaian dan pemasangan pada bahagian penghujung point. Seterusnya, menyiapkan setup di kawasan POE NVR dan setup monitor.



Setup NVR dan Paparan melalui monitor


Untuk melihat dan akses CCTV melalaui telifon anda, muat turun apps yang dicadangkan oleh pembekal set untuk pemantauan menggunakan telifon. Gambar dibawah merupakan paparan malam melalui mobile app iaitu XMEYE App:






Paparan CCTV Waktu Malam


Gambar dibawah merupakan paparan siang hari melalui mobile app melalui XMEYE App. Paparan dibawah juga boleh akses semua setup untuk mengubahnya mengikut kesesuaian contohnya, record, talk, lighting snapshot, playback, console dan sebagainya.


Paparan Skrin untuk Tetapan



Paparan dalam App, Anda boleh Gerak PTZ menggunakan Apps atau secara auto apabila motion detected


Gambar dibawah merupakan paparan malam melalui mobile app yang mana anda boleh bercarap dengan orang memalaui apps walaupun anda tiada di dirumah iaitu kamera ini boleh rekod two way audio:


Paparan Skrin untuk Two Way Audio


Gambar dibawah pula, merupakan contoh paparan malam melalui mobile app bagi setup untuk memilih jenis lighting yang mana kamera yang saya beli ini boleh mengeluarkan cahaya secara infrared, double light alert dan full light. Ini bermaksud, jika ada motion atau human motion detected lampu akan menyala untuk merekod pergerakan.



Paparan skrin setkan Pencahayaan

Gambar dibawah merupakan paparan malam melalui mobile app yang mana kamera akan automatik menyalakan lampu di kamera jika motion detected:



Selain boleh menyimpan rekod CCTV anda di dalam hardisk di POE NVR, anda juga boleh membeli cloud storage tambahan untuk menyimpan maklumat rakaman CCTV , yang mana pakej harga seperti dibawah boleh dibeli (jika perlu):


Pakej Cloud Storage


Berikut adalah anggaran kos yang telah saya keluarkan. Kos dibawah ini adalah kos jika pasang sendiri yang mana tidak melibatkan kos tambahan untuk membayar pemasang CCTV. Anggaran Jumlah kos pemasangan CCTV jenis IP POE dan PRZ Camera iaitu 6 Bullet dan 1 PTZ ialah:




Pesanan Ringkas,
Dinasihatkan jika ingin membuat pendawaian dan pemasangan CCTV perlulah ada ilmu pendawaian elektrik.... jika tidak pasti belajarlah sehingga yakin di mana - mana pusat kemahiran jangka pendek yang bersesuaian bagi apa - apa sahaja kemahiran asas.

Sekian.



Tuesday, 11 July 2023

Pendaftaran dan Pembukaan Akaun Baru Public Gold

Salam Sejahtera

Pada post kali ini saya ingin berkongsi  kaedah pendaftaran dan pembukaan akaun baru Public Gold melalui web dan mobile apps bagi akaun dewasa dan akaun kanak - kanak bawah 18 tahun:

1. Untuk pembukaan akauan baru Public Gold, anda perlu melalui introducer, yang mana anda boleh daftar  dibawah saya dengan menggunakan link dibawah:
Paparan Pendaftaran Akaun Dewasa

Paparan Pendaftaran Akaun Kanak - Kanak ( perlu create emel khas untuk kanak-kanak sebelum daftar serta masukkan maklumat penjaga serta no MYKID di surat kelahiran)

Anda perlu isi semua maklumat di dalam paparan pendaftaran akaun  Public Gold untuk membolehkan akaun anda berjaya didaftarkan dengan jayanya.

Emel yang anda perolehi untuk login akaun anda buat kali pertama



2. Selepas anda mendaftar menggunakan link yang saya bagi diatas, Anda Perlu login di web atau download Public Gold Apps di telifon anda untuk Login akaun buat pertama kali dengan menggunakan usernama dan password sementara iaitu username: NO IC (Tanpa dash) & password: NO IC 
(Tanpa dash), ini adalah bagi mengesahkan akaun anda dengan memasukkan nombor TAC yg diberikan. Untuk paparan yang lebih jelas anda boleh login di Public Gold Web Portal di https://publicgold.com.my/index.php?route=account/login.

Paparan Login untuk First Time Login menggunakan web


Paparan Login untuk First Time Login menggunakan Mobile Apps



Anda boleh download mobile apps di Google Play Store (https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pgmapp.publicgold) dan App store (https://apps.apple.com/us/app/public-gold/id1591580964).

3. Selepas akaun telah  di verified, anda akan dibawa ke website public gold, pilih/ klik beli dan bayar  emas guna kaedah GAP Purchase dengan meletakkan jumlah amaun pembelian serendah RM100 untuk aktifkan akaun dalam tempoh 24 jam dari masa daftar.

Diparan ini juga, anda boleh lihat harga emas semasa per gram melalaui kaedah GAP



4. Selepas pembelian emas pertama serendah RM100 telah dibayar, anda akan dapat emel yang tertera PG Code anda yang menandakan akaun anda telah berjaya diaktifkan.

Paparan menunjukkan selepas anda telah membayar RM100 untuk aktifkan akaun


Anda akan dapat emel seterusnya, selepas pembelian pertama anda berjaya dilakukan, maklumat  introducer beserta no telifon saya jika berdaftar dibawah saya untuk mendapatkan maklumat berkenaan Public Gold

5. Selepas  pembelian pertama, untuk login akaun Public Gold anda boleh login menggunakan; username: PG CODE dan password: NO IC (anda boleh tukar password anda selepas itu jika mahu), untuk akses akaun anda.

Paparan profil anda



6. Update semua profil anda dan upload dokumen diri yang berkenaan seperti yang diminta di dalam web akaun Public Gold bagi melengkapkan maklumat diri di bahagian yang diwajibkan.

Paparan status akaun dan anda perlu kemaskini maklumat dibahagian ini



7. Anda boleh  mula membeli emas di Public Gold melalui web atau mobiles Apps  secara direct purchase/ GAP atau EPP di Public Gold Apps.

8. Anda juga boleh Download pgmall apps di telifon anda untuk shopping barang rumah, emas perhiasan, emas fizikal dan lain - lain dengan mengggunakan akaun yang sama, 

Jadi anda sudah boleh beli emas bila-bila masa mengikut kemampuan. Menabung dan menyimpanlah walaupun sedikit, Insyallah ianya akan dapat digunakan dikala waktu kecemasan.


9. Tahniah & anda sudah boleh mula melabur dan menyimpan.


10. Gambar dibawah adalah langkah ringkasan rumusanbagi pendaftaran dan pembukaan akaun Public Gold:




Sekian sahaja perkongsian saya buat kali ini.


Tuesday, 16 August 2022

Review Penggunaan Mesin Kopi Jenama Samu Giken CM25SS

  Salam Sejahtera


Topik kali ini saya ingin berkongsi berkenaan mesin kopi espresso bagi mereka yang baru berjinak atau mencuba untuk minum coffee seperti yang jual di kedai - kedai kopi.

Biasanya saya akan minum kopi instant berjenama Moccona dari Australia, yang mana rasa lagi sedap dari nescafee. Malah instant coffee juga mudah dan cepat bagi saya yang mempunyai kekangan masa terutama waktu pagi yang segera ke pejabat.

Tiba - tiba saya terjebak untuk mencuba membuat kopi dari biji kopi segar  dengan membeli mesin kopi khusus. Jadi, saya mulai mencari di platform online mesin - mesin yang sesuai untuk di cuba dan berbaloi bagi beginner . So, saya tertarik dengan satu jenis mesin yang berjenama Samu giken Model CM25SS yang saya beli dengan harga RM166++ harga asal RM190++ setelah menggunkan harga promo termasuk menggunakan voucher dan promo kad bank serta dapat percuma whole bean jenama samu giken signature 250g. Dalam set yang saya beli, akan diberikan dalam set tersebut adalah mesin espresso, coffee spoon, carafe dan portafilter with coffee filter cup. Berikut adalah model mesin espresso yang saya beli bersama spesifikasinya:





Gambar dibawah adalah bentuk model CM25SS yang saya beli dan berjaya  menghasilkan kopi latte:




Saya kongsikan pengalaman membuat kopi latte bermula dari grind biji kopi sehingga coffee latte yang siap untuk diminum yang mana, tempoh untuk dihasilkan dalam 10-20 minit jugalah untuk 2 cup coffee latte.


Langkah Pertama

Mula - mula anda perlu grind biji kopi dengan menggunakan coffee bean grinder. Jangan risau, jika anda tiada mesin grind biji kopi, boleh jer menggunakan blender  tetapi  menggunakan bekas dry mil yang biasanya ada diberikan bersama blender cili. Grind lah biji kopi ikut tahap halus yang  diingini yeah.



Langkah Kedua

Gunakan coffee spoon (seperti dalam gambar dibawah yang berwarna hitam) untuk mencedok dan memadat kopi yang telah di grind dari dry mil untuk dimasukkan ke dalam portafilter.


Gambar dibawah, adalah hasil kopi yang telah dipadatkan dengan menggunakan penghujung coffee spoon ( seperti gambar diatas )  mengikut sukatan yang anda ingin hasilkan  berapa banyak cawan kopi yang mana ada label pada  coffee filter  yang telah diletakkan dalam portafilter:



Langkah Ketiga

Seterusnya, masukan air dalam tangki mesin, dalam kes saya menggunakan air yang yang berpenapis serta suam ke dalam mesin iaitu dimasukkan dibahagian mesin yang ada tombol yang boleh dipulaskan untuk memasukkan air dan hidupkan mesin kopi untuk mula digunakan seperti ditunjukkan rajah dibawah:



Seterusnya,  masukkan serbuk kopi yang telah dipadatkan dalam portafilter ke port di Mesin kopi seperti ditunjukkan dalam gambar dibawah. Letakkan saiz cawan yang bersesuaian/ jug kopi yang diberikan di bawah portafilter tadi untuk air kopi mengalir masuk kedalamnya selepas serbuk kopi diproses menggunakan mesin kopi tersebut. Tunggulah mesin kopi memproses kopi sehingga habis, pada masa yang sama anda boleh standby untuk proses susunya pula.




Langkah Keempat

Kemudian, semasa serbuk kopi diproses menjadi air kopi selepas tombol tepi dipusingkan sehingga lampu menyala bagi mula memproses kopi . Pada masa sama, boleh sediakan susu yang dimasukkan dalam milk pitcher (jika ada)  untuk membuat milk frothing, dalam kes saya masukkan susu dalam cawan biasa jer... sebab mahu minum sendiri. 

Tetapi jika ingin buat art pada coffee,  boleh beli aksesori tambahan iaitu milk pitcher yeah (yang berharga RM9++ sehingga berpuluh harganya di platform online). Seperti disaran oleh sesetengan maklumat yang saya baca, perlu gunakan full cream milk/ fresh milk untuk hasil yang baik, tetapi dalam kes saya mencuba low fat milk jer.

Disebabkan mesin baru... saya steam keluarkan wap di alat frothing tube untuk bersihkanya sebelum saya masukkan cawan yang berisi susu tadi untuk memastikan tahap kebersihan.

Letakkan cawan yang berisi susu di tempat milk frothing tube seperti ditunjukkan dalam gambar dibawah. Boleh buat  milk frothing sehingga susu tersebut berkilat. untuk milk frothing lebih baik jangan letakkan frothing tip  terlalu ketengah dan pastikan cawan/ milk pitcher dicondongkan sedikit.


Setelah selesai membuat milk frothing, pastikan frothing tube dibersihkan bagi menjaga tahap bebersihan sebelum dan selepas digunakan serta tidak tersumbat seperti ditunjukkan rajah dibawah: 



Langkah Kelima

Inilah hasil kopi yang telah siap bagi cubaan kali pertama dan berikut adalah video yang sempat dirakam bagi menghasilkan kopi:.... yeah suksess




Sekian, Selamat mencuba

Ts. Sabar.



Tuesday, 12 July 2022

Automotif: High Temperature (Proton Persona) Disebabkan oleh Masalah Hose Aircond Bocor

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada satu hari, semasa saya ingin pulang kerja, saya rasa panas semacam di dalam kereta, so saya tengok di Meter Panel indikator bagi temperature naik melebihi separuh iaitu melebihi paras normal.

Ketika ini, saya rasa tidak sedap  hati sebab dalam kepala  tengah fikir ini mesti ada masalah berkaitan aircond. So, hendak sedapkan hati saya carilah maklumat kenapa temperature kereta naik... dan ini antara sebabnya: radiator tersumbat, kurang air, sensor temperature rosak, water pump rosak dan kipas rosak.

Kemudian, saya berhenti sekejap di tempat yang selamat di tepi jalan dan rehatkan kereta untuk periksa apa masalahnya. Selepas berhenti, saya cuba cek air radiator ada berkurang arau tidak tetapi PASTIKAN, jangan buka penutup radiator dalam keadaan panas, matikan enjin dan biarkan enjin sejuk dahulu sekitar 30 minit atau lebih. Sebelum buka cap radiator (seperti ditunjukkan rambar dibawah), pastikan ianya betul - betul sudah sejuk, buka penutup dengan kain tebal sebaiknya dan buka perlahan-lahan ye!.



So, confirm air berkurangan... so saya tidak pasti apa masalahnya tetapi dalam hati yakin ada yang bocor di mana-mana bahagian. Jadi, saya carilah kedai berhampiran untuk membeli beberapa botol air mineral supaya air dalam radiotor penuh sebelum pergi kedai aircond. Kemudian, saya cubalah drive semula dan ingin mencari kedai yang berhampiran, masa ini temperature naik semula selepas beberapa minit.

Seterusnya, saya googlelah kedai aircond kereta yang berhampiran lokasi semasa saya, So, saya jumpa kedai di kawasan industri Malim, Melaka (rujuk gambar dibawah kedai yang saya pergi). Sebelum pergi, saya tanyalah kedai apa yang saya perlu buat, so mereka bagitahu pastikan air ada jangan biar kosong ketika bergerak dan jika temperature naik semula mereka suruh berhenti dan isi semula serta bawa perlahan - lahan sebab takut kerosakan lebih teruk.



Sampai di kedai, foreman suruh saya matikan enjin dan biarkan supaya enjin sejuk dahulu. Kemudian, mereka memeriksa dan membaraikan serta menservis radiator kereta saya.  Selepas mereka cek, mereka dapati ada 2 hos yang bocor iaitu hose yang besar berada di bahagian atas berdekatan cap radiator dan hose yang agak tersembunyi di bahagian bawah yang bersambung dengan radiator. Rujuk gambar dibawah bahagian yang bocor.




Gambar dibawah adalah bahagian - bahagian radiator yang dibuka semasa mencari kebocoran hos - hos tadi serta mencuci radiator mengguna mesin khas.






Gambar dibawah yang dibulatkan dengan bulatan merah adalah kawasan dimana hos bocor yang menyebabkan air radiator berkurang. Yang menyebabkan air berkurang dengan cepat adalah hos dibahagian bawah bocor juga.



Selepas semua hos yang bocor diganti, foreman memasang semula barang - barang yang dibuka dan memasukkan coolant yang baru serta memeriksa semula supaya temperature kembali normal

Yeah, lega temperature engin kembali normal

Ts. Sabar



Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...