Assalamualaikum & Salam Sejahtera
sumber: laman web cimb dan maybank |
sumber: https://ringgitplus.com/en |
sumber:website comparehero |
sumber: https://www.imoney.my/ |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
sumber: laman web cimb dan maybank |
sumber: https://ringgitplus.com/en |
sumber:website comparehero |
sumber: https://www.imoney.my/ |
Salam Sejahtera
Pada post kali ini saya ingin berkongsi kaedah pendaftaran dan pembukaan akaun baru Public Gold melalui web dan mobile apps bagi akaun dewasa dan akaun kanak - kanak bawah 18 tahun:
Paparan Pendaftaran Akaun Dewasa |
Paparan Pendaftaran Akaun Kanak - Kanak ( perlu create emel khas untuk kanak-kanak sebelum daftar serta masukkan maklumat penjaga serta no MYKID di surat kelahiran) |
Salam Sejahtera
Topik kali ini saya ingin berkongsi berkenaan mesin kopi espresso bagi mereka yang baru berjinak atau mencuba untuk minum coffee seperti yang jual di kedai - kedai kopi.
Biasanya saya akan minum kopi instant berjenama Moccona dari Australia, yang mana rasa lagi sedap dari nescafee. Malah instant coffee juga mudah dan cepat bagi saya yang mempunyai kekangan masa terutama waktu pagi yang segera ke pejabat.
Tiba - tiba saya terjebak untuk mencuba membuat kopi dari biji kopi segar dengan membeli mesin kopi khusus. Jadi, saya mulai mencari di platform online mesin - mesin yang sesuai untuk di cuba dan berbaloi bagi beginner . So, saya tertarik dengan satu jenis mesin yang berjenama Samu giken Model CM25SS yang saya beli dengan harga RM166++ harga asal RM190++ setelah menggunkan harga promo termasuk menggunakan voucher dan promo kad bank serta dapat percuma whole bean jenama samu giken signature 250g. Dalam set yang saya beli, akan diberikan dalam set tersebut adalah mesin espresso, coffee spoon, carafe dan portafilter with coffee filter cup. Berikut adalah model mesin espresso yang saya beli bersama spesifikasinya:
Gambar dibawah adalah bentuk model CM25SS yang saya beli dan berjaya menghasilkan kopi latte:
Saya kongsikan pengalaman membuat kopi latte bermula dari grind biji kopi sehingga coffee latte yang siap untuk diminum yang mana, tempoh untuk dihasilkan dalam 10-20 minit jugalah untuk 2 cup coffee latte.
Langkah Pertama
Mula - mula anda perlu grind biji kopi dengan menggunakan coffee bean grinder. Jangan risau, jika anda tiada mesin grind biji kopi, boleh jer menggunakan blender tetapi menggunakan bekas dry mil yang biasanya ada diberikan bersama blender cili. Grind lah biji kopi ikut tahap halus yang diingini yeah.
Langkah Kedua
Gunakan coffee spoon (seperti dalam gambar dibawah yang berwarna hitam) untuk mencedok dan memadat kopi yang telah di grind dari dry mil untuk dimasukkan ke dalam portafilter.
Langkah Ketiga
Seterusnya, masukan air dalam tangki mesin, dalam kes saya menggunakan air yang yang berpenapis serta suam ke dalam mesin iaitu dimasukkan dibahagian mesin yang ada tombol yang boleh dipulaskan untuk memasukkan air dan hidupkan mesin kopi untuk mula digunakan seperti ditunjukkan rajah dibawah:
Seterusnya, masukkan serbuk kopi yang telah dipadatkan dalam portafilter ke port di Mesin kopi seperti ditunjukkan dalam gambar dibawah. Letakkan saiz cawan yang bersesuaian/ jug kopi yang diberikan di bawah portafilter tadi untuk air kopi mengalir masuk kedalamnya selepas serbuk kopi diproses menggunakan mesin kopi tersebut. Tunggulah mesin kopi memproses kopi sehingga habis, pada masa yang sama anda boleh standby untuk proses susunya pula.
Langkah Keempat
Kemudian, semasa serbuk kopi diproses menjadi air kopi selepas tombol tepi dipusingkan sehingga lampu menyala bagi mula memproses kopi . Pada masa sama, boleh sediakan susu yang dimasukkan dalam milk pitcher (jika ada) untuk membuat milk frothing, dalam kes saya masukkan susu dalam cawan biasa jer... sebab mahu minum sendiri.
Tetapi jika ingin buat art pada coffee, boleh beli aksesori tambahan iaitu milk pitcher yeah (yang berharga RM9++ sehingga berpuluh harganya di platform online). Seperti disaran oleh sesetengan maklumat yang saya baca, perlu gunakan full cream milk/ fresh milk untuk hasil yang baik, tetapi dalam kes saya mencuba low fat milk jer.
Disebabkan mesin baru... saya steam keluarkan wap di alat frothing tube untuk bersihkanya sebelum saya masukkan cawan yang berisi susu tadi untuk memastikan tahap kebersihan.
Letakkan cawan yang berisi susu di tempat milk frothing tube seperti ditunjukkan dalam gambar dibawah. Boleh buat milk frothing sehingga susu tersebut berkilat. untuk milk frothing lebih baik jangan letakkan frothing tip terlalu ketengah dan pastikan cawan/ milk pitcher dicondongkan sedikit.
Langkah Kelima
Inilah hasil kopi yang telah siap bagi cubaan kali pertama dan berikut adalah video yang sempat dirakam bagi menghasilkan kopi:.... yeah suksess
Sekian, Selamat mencuba
Ts. Sabar.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...