Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdulillah syukur sangat - sangat sebab keadaan progress rumah aku semakin menampakkan progress yang baik yang mana paling awal aku akan dapat kunci bulan October 2016 dan paling lewat awal tahun 2017.
Disebabkan pemaju sudah claim kepada pembiayaan pinjaman disebabkan mengikut progress ini.. aku sudah dikena membayar imbuhan pinjaman untuk bulan pertama iaitu bermula Mei 2016 sekitar RM500.00 untuk tuntutan insuran rumah dan pada bulan Jun 2016 untuk imbuhan rumah iaitu sekitar RM800.00 sebelum aku perlu membayar penuh seperti termaktub dalam perjanjian jual beli.
Aku bersyukur sangat sebab melihat progress ini dan saat yang dinanti setelah perangan teliti telah aku buat selama bertahun-tahun sehingga dapat aku submit permohonan sekitar penghujung tahun 2015.
Aku juga, berpuas hati dengan cara pembangunan rumah ini yang berciri moden, berkualiti dan accessories dalam rumah yang baik oleh pemaju yang aku pilih ini...syukur sangat-sangat kerana membuat pilihan yang BIJAK.
Gambar 1: Pandangan Depan Rumah Ku |
Gambar 2: Susur Masuk Rumahku |
***sYUKUR sELALU***
No comments:
Post a Comment