See Me!

Monday, 12 July 2021

Penyelesaian Penuh Pinjaman Kereta, Semakan Harga Semasa Kereta Lama & Trade-In Matters etc.

 


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini saya ingin kongsikan sedikit rumusan hasil dari menelaah berkaitan urusan jual beli, trade-in, penyelesaian penuh pinjaman, semakan harga semasa kereta dan sebagainya.


Sebelum saya lanjutkan perkongsian ini, saya galakkan anda untuk daftar di mana - mana kiosk Bank Negara Malaysia (BNM) atau di AKPK sebelum boleh login di >>> https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml#! untuk memantau rekod kredit (eCCRIS) anda.

Bagi saya jika anda berfikir untuk jual atau trade-in kereta anda perlu sedikit ilmu yang mana perlu tahu perkara asas iaitu samada ingin:

  • menjual setelah full settlement untuk kurangkan bebanan
  • trade-in kereta lama dengan kereta yang baru
  • Pengiraan dan Harga semasa Kereta untuk dijual atau trade-in
  • Pengiraan berapa nilai deposit kereta baru bersama jumlah bulanan mampu bayar kereta baru


Pertama

Ianya adalah mudah jika membeli kereta baru/ trade-in kereta jika pinjaman kereta lama sudah dilangsaikan yang mana proses penjualan dan trade-in lebih mudah jika dibandingkan dengan yang masih ada baki pinjaman.


Bagi urusan penjualan/ trade-in kereta yang mempunyai baki pinjaman, seeloknya jualan/ trade-in perlu dilakukan selepas  4-5 tahun pinjaman berbayar bagi tempoh pinjaman 7 Tahun atau 9 Tahun dan lebih baik baki pinjaman adalah kurang dari 5 tahun jika tempoh pinjaman selama 9 tahun, boleh rujuk >>> https://www.carsome.my/news/item/tips-jual-trade-in-kereta-belum-habis-bayar. Ini adalah bagi mengelakkan penalti yang akan dikenakan oleh pihak bank yang mana  pinjaman yang perlu dilangsaikan jika ingin membuat full settlement di link >>> https://mypf.my/calculators/car-loan-settlement-calculator/ dan boleh juga rujuk mana - mana laman web lain yang berkenaan.


Kedua

Bagi memastikan harga pasaran kereta mempunyai nilai yang agak kompetetif, pastikan penjagaan (jadual penyelenggaraan) adalah di tahap optimum, bebas kemalangan, kerosakan fizikal yang ketara dan sebagainya. Antara faktor ini mempengaruhi penurunan nilai pasaran bagi urusan jualan/ trade-in kereta yang mana harga pasaran akan diambil oleh syarikat used car lebih rendah mengikut kondisi kereta dan nilai pasaran semasa. 

Jika harga kos membaikpulih lebih tinggi, tidak menguntungkan atau tiada impak besar, anda boleh sahaja trade-in kereta mengikut harga semasa bersama harga yang akan ditolak lagi mengikut kondisi kereta semasa anda.

Nilai anggaran harga pasaran kereta lama anda boleh diperolehi daripada syarikat used car atau sales advisor supaya anda boleh bajet untuk jumlah deposit untuk disediakan jika ingin mengambil kereta baru... antaranya RM4,000.00 - RM10, 000. Dalam pengalaman kes trade-in kereta saya yang sudah habis dibayar, syarikat used car ambil RM6,000.00 lebih rendah dari harga pasaran.

sumber: https://www.carsome.my/news/item/cara-mark-up-harga-kereta-terpakai

Anda juga boleh jual sendiri kereta  jika rajin memcari dan menguruskan jual beli kepada pembeli baru dengan harga yang dipersetujui.


Anda boleh semak harga pasaran di kebanyakan website secara kasar sebelum nilai sebenar boleh diperolehi melalui syarikat yang anda pilih untuk trade-in. Contoh website untuk semak harga semasa kereta anda anda secara percuma boleh klik di link ini >>> https://www.oto.my/tool/car-market-value-guide/ atau mana-mana laman carian used car seperti mudah.my / motortrader / carsome dan sebagainya.


Itu sahaja perkongsian kali ini dari ringkasan pemahaman saya.

Sekian.




Wednesday, 30 June 2021

Proses Pembelian Kereta Baru Dan Trade-In Kereta Lama


 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rasanya agak lama sudah tidak kemaskini blog ini. Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman berkenaan pembelian kereta baru dengan trade-in kereta lama saya.


Pertama,

Pastikan anda buat kajian secara menyeluruh dari segi kemampuan dan keperluan untuk bertukar kereta terutamanya semasa pandemic COVID19 masih belum reda lagi. Tujuan saya menukar kereta adalah kerana kereta yang diguna sekarang sudah terpaksa ditukar dan mula timbul pelbagai masalah yang agak kerap dan kos penyelenggaraan meninggi.

Pastikan tujuan paling kuat untuk membeli/ memilih kereta baru dengan mengikut kemampuan bukan kemahuan. Pastikan bulanan mampu dibayar dan mengikut jumlah deposit kereta baru termasuk harga trade-in kereta lama yang boleh dikeluarkan bagi meringgankan bulanan pinjaman anda. Kaji juga baik buruk model kereta yang ingin dibeli ye untuk kepuasan anda juga.


Kedua,

Saya membuat survey berapa dealer bagi pilihan jenama kereta yang sama dan juga jenama kereta lain yang termasuk dalam senarai pilihan.


So, saya sudah membuat pilihan dari satu jenama bukan dari Malaysia. 

Kemudian, saya memilih sales advisor selepas buat sedikit semakan profil bagi  urusan pembelian kereta dan urusan trade-in kereta. Disini anda boleh tanya semua pertanyaan berkenaan kereta yang anda kehendaki termasuklah rebat, sales tax, insuran, interest bank dan sebagainya. Pastikan kalau boleh sales advisor boleh mencari bank yang boleh memberi interest bank yang terendah sebab itu menentukan jumlah pinjaman bulanan kereta anda. 

Pastikan anda menyuruh sales advisor menyediakan beberapa anggaran kos mengikut jumlah tahun pinjaman (5/ 7/ 9 tahun) yang anda mahukan sebelum membuat keputusan termasuklah setelah menolak semua rebat jika ada, trade- in kereta dan kos-kos lain yang layak seperti yang diberitahu oleh sales advisor termasuklah perpindahan NCD kereta lama anda kepada kereta baru. 

Contoh salah satu Anggaran Kiraan Bulanan Harga Kereta


Saya jelaskan sedikit bulanan tersebut diperolehi setelah mengambil kira jika interest bank sebanyak 2.25% dikenakan, tolak rebat dari Dealer Honda Semabok, Melaka iaitu sebanyak RM2, 000.00, perpindahan NCD insurans kereta lama dan juga deposit tambahan yang anda ingin bayar (ikut kemampuan jika ingin ditambah ekstra selain dari harga trade-in kereta lama) Pastikan juga, anggaran dan kiraan harga kereta setelah menolak semua rebat jika ada, trade-in kereta dan kos-kos lain yang layak seperti yang diberitahu oleh sales advisor termasuklah perpindahan NCD kereta lama kepada kereta baru.

Untuk pengetahuan, anggaranawal harga trade-in kereta lama saya adalah antara RM8 -12, 000.00 mengikut anggaran harga semasa tahun 2021 bagi kereta Proton Persona H-Line 2011. Harga akhir akan diberikan setelah kereta lama di lepaskan kepada syarikat Used Car. Harga akhir trade-in diperolehi setelah Used Car membuat inspection anggaran kereta anda. Macam kes saya syarikat Used car hanya mengambil RM9, 0000.00 sahaja setelah melikat kondisi kereta saya yang mana 100% diuruskan oleh sales advisor saya sebab komitmen kerja.


Ketiga,

Untuk permohonan pinjaman bank anda diluluskan, macam biasa dokumen asas perlu dikemukakan kepada sales advisor seperti 3 bulan slip gaji, salinan kad pengenalan, penyata KWSP (optional) dan salinan polisi insuran untuk tujuan perpindahan NCD.


Macam kes saya, proses kelulusan pinjaman saya diketahui dalam beberapa hari bekerja sahaja dari tarikh permohonan saya dihantar iaitu pada 4 April 2021 tetapi kelulusan mengikut kes-kes anda.... jika tiada isu cepatlah lulus dan berapa cepat sales advisor anda uruskannya. Sebelum kelulusan, pihak bank akan menelifon anda untuk buat verifikasi sebelum pinjaman diluluskan.

Lama juga saya perlu menunggu untuk saya dapat mengambil kereta lebih kurang 6 minggu selepas pinjaman diluluskan. Kelewatan ini adalah disebabkan oleh masalah pandemik COVID19 (isitu asyik PKP jerrrr) dan stok pengeluaran kereta Honda terhad.


Keempat,

Dalam kes saya, selepas pinjman kereta diluluskan... sales advisor saya menguruskan urusan menandatangani pinjaman kereta 2 minggu sebelum kereta keluar dan sales advisor saya juga menjadi wakil syarikat used car membuat inspection assessment yang mana beliau mengambil gambar - gambar yang berkenaan seperti: di dashboard meter, bonet depan dan belakang, kawasan tayar, engin dan kawasan yang ada dented/ bekas kemalangan.

Sebelum kereta keluar, anda perlu mengetahui beberapa perkera penting antara:

  • Sales advisor (SA) yang amanah , mereka tidak ambil sebarang deposit sebelum kereta confirm keluar iaitu setelah SA anda dapat no chasis kereta dengan model dan warna yang anda mahukan.
  • Deposit hanya perlu dibayar setelah kereta anda sudah ready untuk keluar dan sudah ada no chasis
  • Pastikan SA anda memberikan no akaun syarikat bukan no akaun individu
  • Tiada caj tersembunyi yang ditambah selepas jumlah yang dipersetujui
  • Jika anda ingin membeli no plat pilihan, boleh beli di portal MySIKAP JPJ iaitu caj serendah RM300.00 sahaja yang mana boleh daftar secara online.


Kelima,

Sales Advisor akan memberikan no akaun syarikat dealer kereta (pastikan akaun Dealer syarikat kereta anda ye) untuk bayar baki deposit secara transfer melalui online setelah menolak jumlah harga trade-in. Pastikan simpan bukti bayaran dan dapatkan official resit.

Selepas ini hanya tunggu sahaja kereta untuk diambil setelah semua sudah lengkap dan didaftarkan cukai jalan dan insurans.

Menyebut kerkenaan pasal insuran kereta lama, sales advisor sudah memberi tahu awal kepada saya, untuk memudahkan urusan perpindahan NCD kereta lama. Saya perlu membayar premium insuran kereta lama yang sudah dapat waived. Duit insurans pendahuluan ini bagi memudahkan perpindahan NCD kereta lama kepada klereta baru lebih cepat yang mana akan dikembalikan semula duit anda itu. Pastikan no akaun bank anda diberikan kepada sales advisor bagi tujuan pembayaran balik nanti bagi pendahuluan insuran dan sentiasa follow-up ye!

Alhamdulillah, tidak sampai seminggu, duit pendahuluan insuran yang dibayar sebelum ini telah dibayar kembali termasuk lebihan premium kereta lama yang berbaki. Yang mana bayaran baki premium dibayar mengikut bilangan hari yang masih tidak digunapakai berdasarkan caj premium tahunan kereta lama anda.


Keenam,

Pada 25 May 2021, saya mengambil kereta idaman saya di Honda Semabok, Melaka, rasa sedih pon ada sebab ingin melepaskan kereta kesayangan saya iaitu persona. 

Dalam kes saya, semasa hari mengambil kereta saya di dealer Honda Semabok, Melaka, saya perlu thumb print untuk batalkan hak milik kereta lama saya di syarikat used car.

Sebelum kereta dibawa balik, saya diterangkan berkenaan kereta dan maintenance schedule dan sebagainya beserta diberi honda gift sahaja serta semua resit bayaran yang berkenaan diberikan beserta polisi insuran kereta baru.


Sebagai ringkasan bayaran yang saya keluarkan bagi proses pembelian kereta baru dengan trade-in kereta lama adalah seperti dibawah:


  1. Bayaran Baki Deposit Kereta - Setelah tolak harga trade-in kereta lama dan rebet HONDA)
  2. Bayaran Pendahuluan Insurans (Jika ada)

     – bayaran ini akan dikembalikan/ dibayar semula oleh pihak insurans kereta lama


Tiada lain - lain kos selain bayaran diatas  yang dikenakan, syukur alhamdulillah urusan dipermudahkan denga seorang sales advisor yang amanah.


So, anda bolehlah gunakan sebagai panduan jika berhadapan kes seperti saya ye!


Sekian sahaja, perkongsian saya kali ini



Thursday, 11 March 2021

Simpanan Emas & Pelaburan Jangka Panjang | PG00325092 - Part 3 (Beli Emas Pertama guna GAP Public Gold & Seterusnya)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Membeli emas menggunakan akaun GAP (Gold Accumulation Program) bertujuan:

  1. Membeli emas untuk mengaktifkan akaun selepas mendaftar akaun dengan Public Gold dalam tempoh 24 jam serendah RM100 dan,
  2. Membeli emas menggunakan akaun ini bagi mengumpul emas mengikut gram dan kemampuan sebelum ditukarkan kepada emas fizikal.
  3. Pembeli juga boleh menjual emas kembali kepada Public Gold melalui akaun tersebut.
  4. Tiada caj simpanan untuk semua emas yang dibeli melalui GAP selagi tidak dikeluarkan kepada emas fizikal. Premium akan dikenakan mengikut gram yang dikeluarkan semasa mengambil di cawangan Public Gold.

Untuk pastikan akaun GAP sentiasa aktif, pastikan dalam akaun GAP perlu ditinggalkan sekurang-kurangnya 1 gram. Jika anda mengeluarkan semua emas dalam akaun GAP, akaun anda akan menjadi tidak aktif (forfeited)

Jika ingin mengaktifkan semula akaun yang forfeited, pemilik akaun perlu membayar penalti sebanyak RM50 untuk aktifkan semula dan boleh membeli seperti biasa menggunakan akaun GAP.


Berikut ditunjukkan kaedah untuk membeli emas menggunakan akaun GAP:

  • Selepas akaun anda didaftarkan, Login di laman https://www.publicgold.com.my/,  kemudian klik login dan masukkan username dan password yang didaftarkan seperti ditunjukkan rajah dibawah:
    Skrin Login 

  • Seterusnya, Klik Pada MY GAP, Klik pada Go to New Site seperti ditunjukkan rajah dibawah. Selepas klik  pada Go to New Site, akaun dashboard anda akan dipaparkan seperti rajah dibawah:
    Link ke GAP account

  •  Untuk mula membeli klik Buy GAP Purchase untuk mula membeli emas untuk aktifkan akaun atau menambah emas dalam akaun. Diatas butang tersebut dipaparkan harga emas mengikut gram pada masa pembelian.
    GAP Dashboard

  •  Selepeas butang Buy GAP Purchase di klik, skrin kaedah bayaran akan dipaparkan yang mana, anda perlu pilih kaedah bayaran (samada secara FPX/Bank in) contohnya secara online melalaui kaedah FPX dan klik Next seperti ditunjukkan dibawah:
    Skrin Beli Emas

Skrin Link ke Pembayaran

Selepas skrin diatas, anda akan di hubungkan ke skrin pembayaran menggunakan FPX kepada akaun bank anda untuk membayar jumlah emas yang dibeli.

 

  • Menyemak penyata akaun GAP

Klik pada account, penyata akaun GAP akan dipaparkan semua maklumat emas yang dibeli melalui akaun ini seperti ditunjukkan rajah dibawah:

Paparan Penyata Akaun


Jom ikuti post saya seterusnya dan mohon tunggu yeah... berkenaan kaedah - kaedah membeli emas public gold.


Sekian, 

Dealer Code    : PG00325092

Telegram          : https://t.me/Ts_Sabar_EngrParkSuSBlog

 

Wednesday, 10 March 2021

Simpanan Emas & Pelaburan Jangka Panjang | PG00325092 - Part 2 (Mendaftar Akaun Public Gold)

 



Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ada pelbagai cara untuk melabur emas, salah satu melabur dengan Public Gold. Melabur dalam emas, perlu setkan minda bahawa melabur emas adalah untuk simpanan jangka panjang, menyimpan apabila ada duit lebih dan menyimpan bagi mengelakkan kita boros pada diri kita sendiri.


Berikut saya, tunjukkan  secara ringkas cara - cara membuka akaun Public Gold yang mudah:


A. Kaedah Mendaftar akaun bersama Public Gold

1)    Masuk di laman web Public Gold di https://www.publicgold.com.my/index.php/login.

·   Klik pada Register Account (Jika tidak faham boleh mohon bantuan daripada saya dengan meninggalkan komen atau Introducer anda)



Paparan Pendaftaran akaun


2)   
Paparan CUSTOMER REGISTRATION seperti dibawah akan dipaparkan  selepas klik pada Register Account atau anda boleh klik link ini >>>https://eform.publicgold.com.my/index.php/registration/reg/dealer/PG00325092/1

·         Isi semua ruang maklumat seperti dipaparkan.



Isi semua maklumat serta PG Code Introducer: PG00325092 seperti ditunjukkan dibawah:

·         Untuk daftar akaun, anda perlu memasukkan Introducer Code yang mana wajib dimasukkan bagi semua  klien yang ingin membuka akaun bersama Public Gold seperti ditunjukkan gambar dibawah. Anda boleh Masukkan Introducer code saya iaitu PG00325092 (https://eform.publicgold.com.my/index.php/registration/reg/dealer/PG00325092/1). untuk mendaftar jika mahu. Anda juga boleh tinggalkan menghantar chat di telegram saya di akhir post ini untuk saya guide dan mengetahui lebih maklumat... saya akan bantu anda.

 

Masukkan PG Code saya jika mahu daftar dengan menggunakan kod saya
iaitu PG00325092

3)    Akhir sekali klik Submit 


B. Kemaskini Profil

Anda akan mendapat email notifikasi pendaftaran akaun anda. Selepas akaun berjaya didaftarkan, anda perlu melengkapkan  atau mengemaskini profile yang lain sepert Maklumat Bank Account dan Alamat seperti ditunjukkan dibawah:

Penuhkan Maklumat Personal termasuk perlu memuat naik salinan kad pengenalan depan dan belakang anda.




Perlu masukkan NO TAC yang dihantar kepada Telefin anda untuk mengemaskini profil anda


Kemaskini juga maklumat bank anda seperti ditunjukkan paparan dibawah:

Lengkapkan Maklumat Bank

 Pastikan klik butang Submit untuk mengemaskini profil anda!


C. Buat Pembelian Emas dalam Tempoh 24 Jam untuk Aktifkan Akaun


Seterusnya, untuk mengaktifkan akaun anda selepas mendaftar akaun... anda perlu membuat pembelian pertama dalam tempoh 24 jam, jika tidak akaun anda akan dibekukan. Anda boleh membuat pembelian pertama serendah RM100 (menggunakan kaedah Gold Accumulation Program (GAP)) atau membeli emas fizikal secara tunai serendah 1g yang mana lebih sesuai dengan situasi anda.


Jom ikuti post saya seterusnya di Simpanan Emas dan Pelaburan Jangka Panjang | PG00325092 - Part 3 (Cara Membeli Emas menggunakan Portal Public Gold) >>>https://engr-sabar.blogspot.com/2021/03/simpanan-emas-dan-pelaburan-jangka.html


Sekian, 

Dealer Code    : PG00325092

Telegram          : https://t.me/Ts_Sabar_EngrParkSuSBlog



Thursday, 4 March 2021

Simpanan Emas & Pelaburan Jangka Panjang - Part 1 (Public Gold)

 


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Tanyalah pada diri anda, apa jenis bentuk simpanan anda ingini? Ikut kemampuan jika ada lebihan kewangan, persediaan simpanan hari tua atau kegunaan kecemasab apabila ia sanat - sangat diperlukan.

Ada pelbagai bentuk jenis simpanan berisiko, kurang berisiko atau tidak berisiko... semuanya tetap ada risikonya yang tersendiri pada pandangan saya.

Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang sebelum ini tidak pernah terfikir untuk menabung dalam emas.... yang mana sebelum ini saya asyik fikir tidak mampulah, mahal lah..... dan saya juga beranggapan menyimpan dari segi tunai lagi menguntungkan... Mungkin ramai yang mempunyai pendapat awal sperti saya ini...

Tetapi di Tahun 2020 saya terbuka hati, tambahan disebabkan oleh kesan pandemik wabak yang melanda kita di tahun 2020 iaitu Coronavirus2019.

Apa jua jenis simpanan adalah penting  bagi kita terutama apabila ketika kecemasan. Simpanan boleh berlaku dalam bentuk simpanan tunai, pelaburan, emas, tabung haji, asb, public mutual dan sebagainya.

Bagi saya semua jenis bentuk simpanan adalah perlu mengikut kemampuan. Di penghujung Tahun 2020, saya terdetik untuk belajar dan mencari ilmu berkenaan menyimpan dalam bentuk emas yang mana saya rasa pada masa akan datang boleh membantu saya apabila diperlukan.

Jadi menabunglah dari sekarang tidak kira apa bentuk atau berapa banyak nilai yang ingin disimpan pada ketika itu. Menyimpanlah dalam apa bentuk walau sedikit.

Tetapi ingat menyimpan emas boleh juga dijadikan sebagai pelaburan akan datang tetapi perlu berhemah dan pandai caranya. Menyimpan dalam emas juga nilainya lebih bernilai dari dalam bentukntunai di masa akan datang mahupun darurat.

Untuk saya lebih berminat menyimpan / membeli emas Public Gold kerana nampak lebih telus dan dipercayai oleh saya setelah mencari maklumat berkenaan jenis - jenis emas. 


sumber: https://www.publicgold.com.my/index.php

Jika anda berminat menabung dalam emas ada tiga jenis untuk membeli emas dalam Public Gold. iaitu secara:


  • Beli emas fizikal secara tunai (jika anda mempunyai tunai yang banyak).
  • Beli emas fizikal mengikit gram secara ansuran iaitu ansuran secara bayaran 4 bulan atau 10 bulan.
  • Membeli emas fizikal secara mengumpul emas dalam akaun program akumulatif emas atau dipanggil Gold Accumulation Programme (GAP)


Ikut kemampuan anda apabila membeli atau mengikut lebihan kewangan anda untuk menyimpan. Anda juga perlu tahu dan mempunyainilmu tujuan simpanan apa bentuk simpanan mahupun dalam bentuk emas.


Jom ikuti post seterusnya berkenaan emas di bahagian 2 nanti yeah (....cara - cara membuka akaun emas bersama Public Gold... di >>>> https://engr-sabar.blogspot.com/2021/03/simpanan-dalam-bentuk-emas-dan_4.htm


Sekian, 

Dealer Code    : PG00325092

Telegram          : https://t.me/Ts_Sabar_EngrParkSuSBlog




Wednesday, 5 August 2020

Masalah Disebabkan Lampu Amaran Brek Kereta Menyala


Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini saya ingin berkongsi permasalahan yang baru - baru ini terjadi pada kereta saya. Ianya adalah normal apabila lampu amaran brek menyala apabila brek tangan ditarik tetapi ia menjadi tidak normal apabila lampu ini menyala ketika brek tangan dilepaskan dan sedang kereta dipandu.


Simbol Lampu Amaran Brek


Kebiasaan lampu amaran brek ini akan menyala semasa kereta bergerak adalah disebabkan salah satu daripada berikut:

  • Lampu brek tidak berfungsi/terbakar
  • Keupayaan membrek gagal/ bermasalah

Jika mengalami masalah sepertio ini, segeralah memberhentikan kereta di tempat yang selamat dan periksalah paras minyak brek yang mana berdekatan dengan enjin kereta yang kebiasaan tangkinya berwarna putih dan berbentuk silinder mengikut dalam kes saya.

Saya dapati minyak brek berkurangkan, tetapi dengan yakin.... saya memandu ke bengkel berdekaatan untuk foreman memeriksa kereta dan membaikpulih masalah tersebut.

Mengikut foreman, kereta saya didapati kekurangan minyak brek...saya pun minta tukar baru jer yang di caj RM40.00... jika hendak tambah minyak pun boleh jika baru ditukar. 


Bahagian Brake pump yang leaking




Selepas itu, foreman memeriksa semua point sistem break di setiap bahagian roda... dan nasib baik foreman saya periksa di setiap roda.....malangnya bukan disebabkan minyak brek berkurangkan tetapi terdapat leaking/minyak bocor di salah sat ubahagian  brake pump. 

Kebetulan, brake pump yang original bru tiada stol yang ada cuma recond sahaja yang ada stok. Saya pon tanya la berkenaan brang recond tu okay ke tak... foreman bagitahu barang tersebut baru dan baik cuma diambil dari kereta potong. Caj yang dikenakan untuk Recond Brake pump set berhara RM280.00 dan jika baru harga lagi mahal dari harga ini.


Bahagian set Brake Pump yang akan ditukar


Sekian sahaja perkongsian kali ini.


Thursday, 9 July 2020

Smart Home - Pemasangan Wifi Smart Switch



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan untuk menukar rumah anda menjadi smart home. Ia dinamakan smart home adalah menukar suis rumah dari suis konvensional kepada suis yang lebih intelligent iaitu ia mempunyai  fungsi seperti berikut:

  • Suis boleh dikendalikan hanya menggunakan butang sentuh atau touch switch
  • Boleh dihidupkan suis dengan menggunakan apps di dalam telefon.
  • Boleh menghidupkan suis lampu misalnya dengan menggunaka voice command dengan menggunakan applikasi tambahan seperti google assistant, IFTTT, alexa, amazon dan sebagainya.
  • Boleh mengawal semua suis dan remote dengan menggunaka apps dengan melalui modem perantara seperti sonoff bridge wifi, tmall genie, broadlink,  dan sebagainya.
  • Boleh menghidup dan mematikan suis lampu misalnya dari luar rumah/ dari jauh dengan menggunakan internet connectivity di rumah yang telah disambung melalui apps di telefon.

Pemasangan Smart suis adalah seperti berikut:

1. Smart switch boleh di beli di semua saluran yang di yakini seperti kes saya membeli di shopee yang mana beli terus dari china dalam harga RM36 untuk suis satu gang dan  suis 4 gang berharga RM63 yang mana siap kapasitor diberikan jenama Norklmes tetapi ada juga barang ready di Malaysia tetapi harga mahal sedikit lebih dalam RM8-RM15++. Pastikan anda membeli suis yang sesuai dan mengikut bajet.  Smart switch ada 2 jenis:

    • Smart Switch yang tidak menggunakan Neutral
      • Suis hanya menggunakan wayar live  sahaja di suis dan tidak perlu wayar Neutral tetapi pada sambungan akhir lampu perlu disambung dengan kapasior untuk mengoperasikan suis ini.
    • Smart Switch yang menggunakan Neutral
      • Suis memerlukan wayar live dan neutral di suis untuk menghidupkan lampu tersebut.


Gambar 'Wifi Smart Switch'



2. Pastikan kerja pemasangan dibuat dalam keadaan selamat iaitu litar bekalan dimatikan dahulu sebelum kerja pemasangan dilakukan dan diuji tiada pengaliran arus elektrik, jika tidak yakin panggil wiremen untuk membuat pemasangan tersebut.


3. Seperti contoh gambar dibawah ialah suis Wifi Smart Switch jenis 2 gang perlu dipasang mengikut label iaitu wire L pada suis ialah Live dari kotak Fius(DB), L1 disambung kepada lampu pertama dan L2 disambung kepada lampu kedua. Pastikan sambungan di L1 disambung kepada perkakasan elektrik yang mempunyai sambungan kapasitor bagi sambungan yang betul terutamanya bagi mengelakkan contohnya lampu anda berkelip-kelip jika L1 tidak disambung point yang betul...




4. Seterusnya, dalam kes saya menggunakan suis 2 gang dalam satu suis, jadi pilih salah satu point lampu sahaja untuk disambungkan dengan kapasior antara terminal Live dan Neutral. Cara sambungan kapasitor adalah seperti ditunjukkan dalam rajah dibawah:





5. Hidupkan bekalan elektrik yang dimatikan tadi selepas siap pemasangan. Jika tidak mahu smart switch dikawal menggunakan apps di telefon, anda boleh terus menggunakan suis tersebut dengan menekan touch pad pada suis tersebut untuk menghidupkan lampu.


6. Dalam kes saya, saya menggunakan smart switch bagi memudahkan jika saya berkursus di luar kawasan dalam jangka masa lama.... so saya perlu link kan suis dengan apps dalam phone tetapi saya perlu wifi modem untuk sumber internet pada suis. Saya membeli wifi router modem 4G LTE berharga RM185.00 jenama CPE dari china jika beli ready item di Malaysia pon ada tetapi harga dalam RM300++.  Kemudian saya membeli simkad prepaid berharga RM30 sebulan... kalau rumah sudah ada internet lagi mudah, boleh dijadikan wifi terus.


7. Install apps yang bersesuaian, contoh dalam kes saya menggunakan Smart Life apps yang boleh di muat turun dari play store serta daftar dahulu apps tersebut seperti contoh gambar dibawah. Semua suis tadi boleh dikumpulkan mengikut zon/ kawasan atau bilik. Ia juga boleh dilabel menggikut kesesuaian anda. Saya melabel seperti dibawah untuk rumah saya.

Pastikan internet ter pasang dan pastikan lampu wifi berkelip laju pada suis untuk tujuan sambungan dengan apps pada telifon. Seterusnya, Klik button add dalam apps tadi selepas password wifi modem dimasukkan dalam apps tersebut dan pastikan phone ditujukan ke point terhampir smart switch anda. Proses sambungan apps dengan semua suis - suis akan disambung jika melebihi satu suis digunakan mengambil masa beberapa saat ke minit mengikut kelajuan internet. Jika proses berjaya ianya akan memaparkan sambungan berjaya dan suis - suis tersebut boleh dilihat di dalam apps anda.







So, semua suis boleh digunakan samada menggunakan touch pad atau menggunakan apps dimana - mana sahaja walaupun melancong keluar kawasan janji pastikan wifi internet tersambung dan dihidupkan. Sekian sahaja perkongsian ilmu dari saya untuk manafaat semua.




Sekian.

Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...