Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Rasanya agak lama sudah tidak kemaskini blog ini. Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman berkenaan pembelian kereta baru dengan trade-in kereta lama saya.
Pertama,
Pastikan anda buat kajian secara menyeluruh dari segi kemampuan dan keperluan untuk bertukar kereta terutamanya semasa pandemic COVID19 masih belum reda lagi. Tujuan saya menukar kereta adalah kerana kereta yang diguna sekarang sudah terpaksa ditukar dan mula timbul pelbagai masalah yang agak kerap dan kos penyelenggaraan meninggi.
Pastikan tujuan paling kuat untuk membeli/ memilih kereta baru dengan mengikut kemampuan bukan kemahuan. Pastikan bulanan mampu dibayar dan mengikut jumlah deposit kereta baru termasuk harga trade-in kereta lama yang boleh dikeluarkan bagi meringgankan bulanan pinjaman anda. Kaji juga baik buruk model kereta yang ingin dibeli ye untuk kepuasan anda juga.
Kedua,
Saya membuat survey berapa dealer bagi pilihan jenama kereta yang sama dan juga jenama kereta lain yang termasuk dalam senarai pilihan.
So, saya sudah membuat pilihan dari satu jenama bukan dari Malaysia.
Kemudian, saya memilih sales advisor selepas buat sedikit semakan profil bagi urusan pembelian kereta dan urusan trade-in kereta. Disini anda boleh tanya semua pertanyaan berkenaan kereta yang anda kehendaki termasuklah rebat, sales tax, insuran, interest bank dan sebagainya. Pastikan kalau boleh sales advisor boleh mencari bank yang boleh memberi interest bank yang terendah sebab itu menentukan jumlah pinjaman bulanan kereta anda.
Pastikan anda menyuruh sales advisor menyediakan beberapa anggaran kos mengikut jumlah tahun pinjaman (5/ 7/ 9 tahun) yang anda mahukan sebelum membuat keputusan termasuklah setelah menolak semua rebat jika ada, trade- in kereta dan kos-kos lain yang layak seperti yang diberitahu oleh sales advisor termasuklah perpindahan NCD kereta lama anda kepada kereta baru.
|
Contoh salah satu Anggaran Kiraan Bulanan Harga Kereta |
Saya jelaskan sedikit bulanan tersebut diperolehi setelah mengambil kira jika interest bank sebanyak 2.25% dikenakan, tolak rebat dari Dealer Honda Semabok, Melaka iaitu sebanyak RM2, 000.00, perpindahan NCD insurans kereta lama dan juga deposit tambahan yang anda ingin bayar (ikut kemampuan jika ingin ditambah ekstra selain dari harga trade-in kereta lama) Pastikan juga, anggaran dan kiraan harga kereta setelah menolak semua rebat jika ada, trade-in kereta dan kos-kos lain yang layak seperti yang diberitahu oleh sales advisor termasuklah perpindahan NCD kereta lama kepada kereta baru.
Untuk pengetahuan, anggaranawal harga trade-in kereta lama saya adalah antara RM8 -12, 000.00 mengikut anggaran harga semasa tahun 2021 bagi kereta Proton Persona H-Line 2011. Harga akhir akan diberikan setelah kereta lama di lepaskan kepada syarikat Used Car. Harga akhir trade-in diperolehi setelah Used Car membuat inspection anggaran kereta anda. Macam kes saya syarikat Used car hanya mengambil RM9, 0000.00 sahaja setelah melikat kondisi kereta saya yang mana 100% diuruskan oleh sales advisor saya sebab komitmen kerja.
Ketiga,
Untuk permohonan pinjaman bank anda diluluskan, macam biasa dokumen asas perlu dikemukakan kepada sales advisor seperti 3 bulan slip gaji, salinan kad pengenalan, penyata KWSP (optional) dan salinan polisi insuran untuk tujuan perpindahan NCD.
Macam kes saya, proses kelulusan pinjaman saya diketahui dalam beberapa hari bekerja sahaja dari tarikh permohonan saya dihantar iaitu pada 4 April 2021 tetapi kelulusan mengikut kes-kes anda.... jika tiada isu cepatlah lulus dan berapa cepat sales advisor anda uruskannya. Sebelum kelulusan, pihak bank akan menelifon anda untuk buat verifikasi sebelum pinjaman diluluskan.
Lama juga saya perlu menunggu untuk saya dapat mengambil kereta lebih kurang 6 minggu selepas pinjaman diluluskan. Kelewatan ini adalah disebabkan oleh masalah pandemik COVID19 (isitu asyik PKP jerrrr) dan stok pengeluaran kereta Honda terhad.
Keempat,
Dalam kes saya, selepas pinjman kereta diluluskan... sales advisor saya menguruskan urusan menandatangani pinjaman kereta 2 minggu sebelum kereta keluar dan sales advisor saya juga menjadi wakil syarikat used car membuat inspection assessment yang mana beliau mengambil gambar - gambar yang berkenaan seperti: di dashboard meter, bonet depan dan belakang, kawasan tayar, engin dan kawasan yang ada dented/ bekas kemalangan.
Sebelum kereta keluar, anda perlu mengetahui beberapa perkera penting antara:
- Sales advisor (SA) yang amanah , mereka tidak ambil sebarang deposit sebelum kereta confirm keluar iaitu setelah SA anda dapat no chasis kereta dengan model dan warna yang anda mahukan.
- Deposit hanya perlu dibayar setelah kereta anda sudah ready untuk keluar dan sudah ada no chasis
- Pastikan SA anda memberikan no akaun syarikat bukan no akaun individu
- Tiada caj tersembunyi yang ditambah selepas jumlah yang dipersetujui
- Jika anda ingin membeli no plat pilihan, boleh beli di portal MySIKAP JPJ iaitu caj serendah RM300.00 sahaja yang mana boleh daftar secara online.
Kelima,
Sales Advisor akan memberikan no akaun syarikat dealer kereta (pastikan akaun Dealer syarikat kereta anda ye) untuk bayar baki deposit secara transfer melalui online setelah menolak jumlah harga trade-in. Pastikan simpan bukti bayaran dan dapatkan official resit.
Selepas ini hanya tunggu sahaja kereta untuk diambil setelah semua sudah lengkap dan didaftarkan cukai jalan dan insurans.
Menyebut kerkenaan pasal insuran kereta lama, sales advisor sudah memberi tahu awal kepada saya, untuk memudahkan urusan perpindahan NCD kereta lama. Saya perlu membayar premium insuran kereta lama yang sudah dapat waived. Duit insurans pendahuluan ini bagi memudahkan perpindahan NCD kereta lama kepada klereta baru lebih cepat yang mana akan dikembalikan semula duit anda itu. Pastikan no akaun bank anda diberikan kepada sales advisor bagi tujuan pembayaran balik nanti bagi pendahuluan insuran dan sentiasa follow-up ye!
Alhamdulillah, tidak sampai seminggu, duit pendahuluan insuran yang dibayar sebelum ini telah dibayar kembali termasuk lebihan premium kereta lama yang berbaki. Yang mana bayaran baki premium dibayar mengikut bilangan hari yang masih tidak digunapakai berdasarkan caj premium tahunan kereta lama anda.
Keenam,
Pada 25 May 2021, saya mengambil kereta idaman saya di Honda Semabok, Melaka, rasa sedih pon ada sebab ingin melepaskan kereta kesayangan saya iaitu persona.
Dalam kes saya, semasa hari mengambil kereta saya di dealer Honda Semabok, Melaka, saya perlu thumb print untuk batalkan hak milik kereta lama saya di syarikat used car.
Sebelum kereta dibawa balik, saya diterangkan berkenaan kereta dan maintenance schedule dan sebagainya beserta diberi honda gift sahaja serta semua resit bayaran yang berkenaan diberikan beserta polisi insuran kereta baru.
Sebagai ringkasan bayaran yang saya keluarkan bagi proses pembelian kereta baru dengan trade-in kereta lama adalah seperti dibawah:
- Bayaran Baki Deposit Kereta - Setelah tolak harga trade-in kereta lama dan rebet HONDA)
Bayaran Pendahuluan Insurans (Jika ada)
– bayaran ini akan dikembalikan/ dibayar semula oleh pihak insurans kereta lama
Tiada lain - lain kos selain bayaran diatas yang dikenakan, syukur alhamdulillah urusan dipermudahkan denga seorang sales advisor yang amanah.
So, anda bolehlah gunakan sebagai panduan jika berhadapan kes seperti saya ye!
Sekian sahaja, perkongsian saya kali ini