See Me!

Tuesday 12 July 2022

Automotif: High Temperature (Proton Persona) Disebabkan oleh Masalah Hose Aircond Bocor

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada satu hari, semasa saya ingin pulang kerja, saya rasa panas semacam di dalam kereta, so saya tengok di Meter Panel indikator bagi temperature naik melebihi separuh iaitu melebihi paras normal.

Ketika ini, saya rasa tidak sedap  hati sebab dalam kepala  tengah fikir ini mesti ada masalah berkaitan aircond. So, hendak sedapkan hati saya carilah maklumat kenapa temperature kereta naik... dan ini antara sebabnya: radiator tersumbat, kurang air, sensor temperature rosak, water pump rosak dan kipas rosak.

Kemudian, saya berhenti sekejap di tempat yang selamat di tepi jalan dan rehatkan kereta untuk periksa apa masalahnya. Selepas berhenti, saya cuba cek air radiator ada berkurang arau tidak tetapi PASTIKAN, jangan buka penutup radiator dalam keadaan panas, matikan enjin dan biarkan enjin sejuk dahulu sekitar 30 minit atau lebih. Sebelum buka cap radiator (seperti ditunjukkan rambar dibawah), pastikan ianya betul - betul sudah sejuk, buka penutup dengan kain tebal sebaiknya dan buka perlahan-lahan ye!.



So, confirm air berkurangan... so saya tidak pasti apa masalahnya tetapi dalam hati yakin ada yang bocor di mana-mana bahagian. Jadi, saya carilah kedai berhampiran untuk membeli beberapa botol air mineral supaya air dalam radiotor penuh sebelum pergi kedai aircond. Kemudian, saya cubalah drive semula dan ingin mencari kedai yang berhampiran, masa ini temperature naik semula selepas beberapa minit.

Seterusnya, saya googlelah kedai aircond kereta yang berhampiran lokasi semasa saya, So, saya jumpa kedai di kawasan industri Malim, Melaka (rujuk gambar dibawah kedai yang saya pergi). Sebelum pergi, saya tanyalah kedai apa yang saya perlu buat, so mereka bagitahu pastikan air ada jangan biar kosong ketika bergerak dan jika temperature naik semula mereka suruh berhenti dan isi semula serta bawa perlahan - lahan sebab takut kerosakan lebih teruk.



Sampai di kedai, foreman suruh saya matikan enjin dan biarkan supaya enjin sejuk dahulu. Kemudian, mereka memeriksa dan membaraikan serta menservis radiator kereta saya.  Selepas mereka cek, mereka dapati ada 2 hos yang bocor iaitu hose yang besar berada di bahagian atas berdekatan cap radiator dan hose yang agak tersembunyi di bahagian bawah yang bersambung dengan radiator. Rujuk gambar dibawah bahagian yang bocor.




Gambar dibawah adalah bahagian - bahagian radiator yang dibuka semasa mencari kebocoran hos - hos tadi serta mencuci radiator mengguna mesin khas.






Gambar dibawah yang dibulatkan dengan bulatan merah adalah kawasan dimana hos bocor yang menyebabkan air radiator berkurang. Yang menyebabkan air berkurang dengan cepat adalah hos dibahagian bawah bocor juga.



Selepas semua hos yang bocor diganti, foreman memasang semula barang - barang yang dibuka dan memasukkan coolant yang baru serta memeriksa semula supaya temperature kembali normal

Yeah, lega temperature engin kembali normal

Ts. Sabar



Tuesday 7 June 2022

Pendawaian Elektrik Soket Kuasa Alir Keluar 13A

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan pendawaian elektrik bagi soket kuasa litar gelang. Bagi pendawaian soket kuasa keluaran boleh menggunakan kaedah litar jejari atau litar gelang. Kali ini saya fokuskan kepada pendawaian elektrik bagi soket kuasa menggunakan litar gelang. Bagi membuat pendawaian soket kuasa alir keluar perlu menggunakan RCCB yang mempunyai kepekaan 30mA mengikut peraturan yang ditetapkan berdasarkan Peraturan 36, Peraturan -Peraturan Elektrik 1994 dan Suruhanjaya Tenaga (MS IEC 60364).

Berikut merupakan  peralatan asas yang perlu bagi membuat pendawaian tambahan dari pendawaian sediaada:
  • Peralatan asas seperti alatan tangan, screw driver, drill, playar dan sebagainya
  • Kabel Live (L), Neural (N) dan Earth (E) bersaiz 2.5mm, 4.0mm dan sebagainya serta mengikut standard.
  • MCB (20A,32A)
  • Peralatan Pengujian seperti test pen socket tester, multimeter dan sebagainya.
  • dan lain-lain peralatan jika berkenaan
Pastikan sebelum melakukan kerja - kerja elektrik, perlu titik beratkan berkenaan keselamatan, jika anda tidak mahir, sila dapatkan khidmat yang pakar dan authorized!

Litar Jejari/Radial:
Bagi membuat pendawaian litar jejari, bahasa mudahnya adalah kabel yang dijalankan adalah satu arah iaitu kabel dari DB terus pergi ke point soket alir keluar. Untuk selamat, gunalah MCB bersaiz 16/ 20A yang mana disambung kepada 2 point soket alir keluar sahaja dengan menggunakan saiz kabel 2.5mm yang mempunyai SIRIM approved

Ianya adalah penting supaya anda tidak sambung lebih dari 2 point  jika anda menggunakan MCB 20A dengan kabel bersaiz 2.5mm dalam satu MCB, kerana ia penentu keselamatan anda dan kecepatan pemutusan litar apabila berlaku kerosakan elektrik. Gambar dibawah memaparkan pendawaian jenis ini:



Jika ingin menyambung soket alir keluar sehingga 4 soket, anda perlu menggunakan kabel bersaiz  4.0mm dan disambung kepada MCB bersaiz 32A bagi keluasan bilik 50m2Gambar dibawah memaparkan pendawaian jenis ini:





Litar Gelang/ Ring:
Bagi membuat pendawaian litar gelang, ia biasanya adalah untuk pendawaian litar bagi litar soket kuasa alir keluar sahaja. Bahasa mudahnya bagi pemahaman litar gelang adalah semua kabel (Live, Neutral dan Earth) yang datang dari DB (Distribution Board) mesti kembali semula ke tempat datang (iaitu di DB semua).  Bagi keselamatan, gunakan MCB bersaiz 32A yang mana disambung kepada 4-6 point soket alir keluar sahaja bagi ruangan  berkeluasa 100myang menggunakan kabel bersaiz minimum 2.5mm yang mempunyai SIRIM approvedGambar dibawah memaparkan pendawaian jenis ini:




Sekian, Pastikan Selamat!

Ts. Sabar.






Thursday 14 April 2022

Review: Pengalaman Penggunaan Dashcam 70mai A800s

 Salam Sejahtera


Adalah sangat penting, perlu bersedia jika berlaku kemalangan yang bukan kesalahan anda terutamanya jika kenderaan tiada built-in dashcam yang tersedia.

Jika anda google pelbagai jenis dashcam yang bagus dan popular antaranya dashcam 70mai dan pelbagai lagi.



Post kali ini, saya ongin berkongsi pandangan berkenaan 70 mai sahaja yang saya sudah beli dan guna sekarang, untuk maklumat lanjut boleh rujuk link official laman webnya disini. Pelbagai jenis model boleh anda pilih yang bersesuaian dengan anda.



Saya, menggunakan brand  70mai model A800s+Rear Cam Set (model terbaru yang saya beli tahun 2021). Saya membeli di shopee iaitu 70mai.os official store semasa ada promosi jualan berharga RM525.00 (complete set berserta rear cam dan 128GB memori dan tidak termasuk Hardwarekits). Berikut adalah ciri - ciri dashcam yang saya pilih beserta perbandingan dengan model yang lain:

source: website 70mai

Ciri - ciri yang terdapat pada 70mai model A800s mempunyai fungsi seperti resolusi 4K UHD (imej/video lebih jelas), mempunyai paparan LCD bersaiz 3", Boleh rakam depan dan belakang, mempunyai rakaman waktu malam yang jelas, mempunyai Built-in GPS dan ADAS iaitu Lane Departure Warning (memberitahu jika kereta bertukar laluan/ tersasar serta memberitahu jika kereta bergerak apabila kenderaan anda berhenti di traffic light), mempunyai rakaman 130 darjah wide angle, F2.0 aperture.  Gambar dibawah gambaran kasar fungsi Dashcam 70mai A800s:



Anda juga boleh memambah fungsi tambahan iaitu Hardware kit yang boleh dibeli secara berasingan untuk merekod semasa kereta anda diletakkan dimana - mana dalam 24 jam (rujuk gambar dibawah alat yang perlu ditambah berserta cara sambungan di kereta anda yang boleh dibeli serendah berharga RM50 -70 ikut seller).



sumber:70mai.os


Jika anda mahir boleh buat pemasangan sendiri, tetapi saya menghantar ke kedai aksesori kereta kerana ada buat pemasangan aksesori lain pada kereta. Untuk pemasangan dashcam saya dikenakan anggaran dalam RM80.00, anda boleh jimat jika anda buat sendiri.

Biasa pemasangan akan dibuat mengikut kesesuaian dan kebiasaan. Bagi kes saya pemasangan adalah seperti berikut:

  • Mula - mula, jalankan kabel yang diberikan mengikut laluan yang anda inginkan dan mudah. 
  • Laluan kabel adalah melalaui dari point power berdekatan dengan music player mengikut laluan yang disembunyikan dari bawah pergi ke tepi-tepi dashboard melalui celah - celah windscreen dan pergi ke lokasi pertama  Front Dashcam iaitu berdekatan cermin pandang belakang. 
  • Lagi satu kabel dari point Front Dashcam pertama, kabel akan ditarik lalu ke celah-celah windscreen ke celah-celah atas panel cover pintu dari depan pergi ke point Rear Dashcam.
  • Tentukan kedudukan Front Dashcam, yang ingin dipasang iaitu berhampiran dan dibawah sedikit dari cermin pandang belakang dan Rear DashCam, dipasang ditengah - tengah di cermin belakang serta pastikan ianya dipasang tanpa ada gangguan (blocking) untuk tujuan rakaman yang terbaik.  
  • Tentukan kedudukan Front Dashcam dan kedudukan Rear Dashcam, kemudian lekat Electrostatic Sticker sebelum melekat Heat Resistant Adhesive bagi tujuan melekat tapak(Mount) Front & Rear Dashcam.
  • Seterusnya, pasang dashcam mengikut tapak yang telah dipasang dan dilekatkan.
  • Akhir sekali, boleh  setkan  tetapan yang anda mahukan mengikut manual yang diberikan dan muat turun apps.

Anda boleh download apps 70mai di playstore dan juga saluran lain dengan mengimbas (scan) QR code dari manual penggunaan dan pemasangan yang dilampirkan dalam kotak.


Berikut adalah contoh gambar dari hasil muat turun dari apps melalui Front Dashcam. Semua maklumat seperti tarikh, masa, koordinat GPS dan kelajuan akan direkodkan.



Dan berikut adalah video yang dimuat turun dari apps saya bagi view malam dan siang bagi kedua pandangan iaitu Front Dashcam dan Rear Dashcam:



Rakaman Waktu Siang (Front Cam)


Rakaman Waktu Malam (Front Cam)

Rakaman  (Back Cam)



Sekian sahaja perkongsian dari saya.

Ts. sabar

Friday 1 April 2022

Membuat Pembayaran Yuran Tahunan Ts RM200 selepas permohonan melalui portal CPD MBOT di Tahun 2022

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini saya ingin berkong si bagaimana membuat bayaran selepas pihak MBOT memberikan link bayaran di emel anda.

Rujuk post saya sebelum ini disini , selepas anda memohon permohonan bagi tujuan pembaruan professional, anda perlu tunggu... mengikut kes saya perlu tunggu 2 bulan juga lah, itu pun selepas saya emel pertanyaan kenapa tidak mendapat link bayaran...barulah link pembayaran diberikan.  

Berikut merupakan langkah yang saya sediakan untuk membuat bayaran selepas mendapatkan link pembayaran dari MBOT:

Langkah 1
Setelah menerima Link Pembayaran dari MBOT, Klik pada Proceed to Pay untuk di sambung ke platform pembayaran



Langkah 2
Anda akan di sambung seperti paparan dalam gambar dibawah, yang mana perlu pilih jenis mod pembayaran... dalam kes saya pilih pembayaran melaui FPX dan pilih jenis bank pembayar (e.g: maybank2u).



Langkah 3
Selepas memilih bank pilihan anda contohnya maybank2u, anda akan disambung ke platform bank pembayar seperti ditunjukkan gambar dibawah... so login seperti biasa.

Langkah 4
Seterusnya, klik continue untuk disambungkan ke step 2 of 3 bagi pembayaran anda.



Langkah 5
Di step 2 of 3 anda akan diminta untuk request dan memasukkan TAC yang dihantar di Phone anda.


Langkah 6
Setelah anda memasukkan Tac, sckrin dibawah akan dipaparkan menunjukkan anda berjaya membuat pembayaran.

Langkah 7
Paparan seperti dibawah akan dipaparkan selepas bayaran selesai dibayar yang mana anda akan di kembalikan ke skrin FPX.



Langkah 8
Seterusnya, skrin seperti gambar dibawah akan dipaparkan yang menunjukkan  selesai membuat pembayaran dan MBOT telah menerimanya.


Langkah 9
Anda boleh membuka portal CPD MBOT pembaharuan professional anda telah dikemaskini. Anda boleh memuat turun e-cert dan resit di dalam portal berkenaan



Selamat Bejaya

Thanks
Ts. Sabar


Wednesday 23 March 2022

Top 6 Trusted Portal for Earning Online Passive Income by Answering Survey and paid in USD

Good Day & Salam Sejahtera


Post kali ini, saya ingin share cara untuk generate/ make passive income thru answering online survey.

Pastikan anda ada cukup minat, sabar dan komited jika ingin menghasilkan pendapatan pasif tambahan secara online. Pendapatan pasif ini anda boleh perolehi dengan menggunakan perkakasan sediada yang anda ada sahaja misalnya smartphone/ tablet mahupun laptop.

Berikut adalah portal - portal yang saya pilih dan senaraikan yang mana saya telah uji dan berjaya memperolehi pendapatan pasif selepas lebih dari sebulan create akaun.

For your information, sebelum register akaun online survey ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat persediaan.

Pendapatan anda boleh redeem dalam pelbagai bentuk iaitu boleh tukar kepada cash melalui akaun paypal, voucher dan sebagainya mengikut cara tebusan yang dimaklumkan oleh portal berkenaan. Dalam kes saya, saya masukkan ke dalam akaun paypal supaya boleh tunaikan ke dalam akaun bank saya.

So,
anda boleh register akaun paypal disini >>> https://www.paypal.com/my/webapps/mpp/account-selection dan perlu lengkap semua maklumat dalam akaun tersebut.

Di bawah saya senaraikan dan terangkan serba sedikit berkenaan portal yang trusted dan saya sudah uji berkenaan ketelusan serta berjaya redeem. Untuk makluman saya telah membuka akaun di kesemua portal ini  bagi meningkatkan pasif income dengan lebih banyak, tambahan soalan survey pelbagai dan kemungkinan berlainan.

1. Ysense

Setakat ini saya sangat berpuas hati mengguna portal ysense ini, ia disebabkan soalan survey boleh dikatakan hampir setiap hari ada iaitu melebih 5 soalan survey mengikut padanan profil anda dan kadar keberjayaan juga sangat tinggi. Anda boleh daftar dan membuka akaun secara percuma ikut link ini >>> https://www.ysense.com/. Yang  best, anda boleh menjawab soalan survey menggunakan ysense app yang boleh dimuat turun dari smartphone.



Soalan survey menjelang weekend (sabtu & ahad waktu malaysia) agak perlahan dan boleh dikatakan macam tiada survey, ianya rancak bermula isnin hingga jumaat.

Kadar keberjayaan juga adalah penting bagi membenarkan anda mendapat bayaran dari jawapan yang anda jawab mengikut tempoh yang ditetapkan.

Anda perlu jawab ikut tempoh yang dianggarkan yang bersesuaian dengan profil semasa anda melengkapkan profil selepas buka akaun. Soalan pre-qualification sebelum melayakkan soalan survey yang sebenarnya diberikan, yang mana semua portal melalui proses yang sama. So, maknanya tidak boleh terlalu cepat sangat menjawab, jika tidak akan keluarlah ayat yang mendukacitakan seperti not qualified dan sebagainya.

Mengikut pengalaman selepas mendaftar akaun dengan portal ni lebih kurang 6 Minggu lepas (Pertengahan Dec 2021) dari post ini di hasilkan, saya telah redeem duit yang diperolehi dalam USD masuk ke dalam akaun paypal saya. Anggaran sekitar RM250++/USD60++ (menggunakan 4 portal utama iaitu ysense, triaba, lifepoints dan toluna). Jika anda rajin you can earn even more but its depend on your luck...

Yang bestnya, anda boleh convert duit ke dalam akaun paypal tanpa dikenakan Caj tambahan, contoh jika anda redeem USD10, so akan masuk akaun paypal anda USD10 per transaction juga mengikut kadar tukaran wang semasa.

2. Triaba
Bagi Portal triaba, keberkesanan dan ketelusan hampir sama dengan portal ysense. Setakat ini portal dari triaba dan ysense yang banyak memberikan income pasif yang banyak dengan memberikan jumlah soalan survey yang memberangsangkan.

Anda boleh membuka akaun secara percuma di link ini >>> https://www.triaba.com/my. Anda boleh redeem USD anda selepas  duit USD terkumpul anda bermula USD6.25 keatas serta akan dikenakan caj perkhidmatan sekitar 1-2% dan mengikut kadar tukaran wang semasa. Anda juga boleh menjawab soalan survey menggunakan Triaba app yang dipanggil OpinionApp yang boleh dimuat turun dari smartphone.



Bayaran dalam USD setiap soalan survey juga dibayar agak tinggi compare dengan ysense atau portal lain.

3. Lifepoints
Bagi portal ini, untuk mandapatkan wang dalam USD agak lambat tetapi boleh dapat yang mana anda boleh daftar dan lengkapkan profil anda di link ini >>> https://www.lifepointspanel.com/en-my.



Setiap soalan anda akan dapat dalam bentuk point yang mana setiap soalan survey anda akan dapat sekitar 200 hingga 800++ point mengikut berapa panjang soalan tersebut. Point tersebut boleh ditukarkan kedalam bentuk vaucher atau wang melalui akaun paypal  jika anda berjaya memperolehi point terkumpul minimum 4933++. Iaitu, untuk tukar USD10 (ikut tukaran semasa) jika anda ada point terkumpul sebanyak 4933 dan wang anda akan dikreditkan ke dalam akaun paypal sekitar 5 - 10 hari selepas permohonan dibuat tetapi dari pengalaman saya memang kena tunggu lah, cuma dari portal ysense dan triaba jer dapat bayaran lebih cepat ke paypal sekitar 2-4 hari berbanding portal lain dan yang paling lambat portal dari toluna menghampiri 2 minggu processing.


4. Toluna
Bagi portal ini,  kaedah pengumpulan mata lebih kurang seperti portal lifepoints cuma mata point yang akan diperolehi lebih besar tetapi untuk redeem kepada cash paypal juga lebih banyak point perlu dikumpulkan. Untuk membuka akaun  boleh daftar dan lengkapkan profil anda di link ini >>> https://enmy.toluna.com/ dan anda boleh menjawab soalan survey menggunakan toluna app yang boleh dimuat turun dari smartphone.



Setiap soalan anda akan dapat dalam bentuk point yang mana setiap soalan survey akan dapat sekitar 1400 hingga 5000++ point mengikut berapa panjang soalan tersebut. Point tersebut boleh ditukarkan kedalam bentuk vaucher atau wang melalui paypal.

Jika anda berjaya memperolehi point terkumpul 16000++. Iaitu, untuk tukar kepada USD4.46 (ikut tukaran semasa), anda perlu kumpul point terkumpul sebanyak 16,320 point bersamaan RM20.000 dan wang akan dikreditkan ke dalam akaun paypal sekitar 6 - 14 hari dan mengikut jenis mod tebus anda selepas permohonan dibuat.


5. Zoombucks
Anda juga boleh menghasilkan income pasif dengan membuka dan melengkap profil  akaun menggunakan portal zoombuck serta boleh klik ni link ini >>> https://zoombucks.com/.



Anda boleh try menggunakan portal ini, cuma soalan survey agak sukar bagi saya untuk lepas ke soalan survey yang akan mendapat bayaran kerana tapisan ketat yang mana akan diberikan kepada yang betul - betul menuhi kriteria sahaja mengikut profil anda. 

Setiap survey anda akan mendapat mata point terkumpul bermula dari 195 hingga 1235. Boleh redeem bayaran serendah USD5 (bersamaan 5100++ point) yang mana anda akan dapat USD di dalam akan paypal anda dalam masa sekita 1 minggu akan dikreditkan.


6. Viewfruit
Sejak guna portal ini, saya hanya berjaya redeem sekali, ini kerana success rate untuk dapat point dalam portal ini agak rendah tetapi boleh dapat cuma lambat mengumpul point, cuma perlu kesabaran yang sangat tinggi. Anda juga perlu bersedia portal ini kerap suka menolak poin anda setiap survey yang lengkap isi dengan alasan macam-macam mereka berikan.

Anda boleh membuka akaun di link ini >>>> https://my.viewfruit.com/. Anda juga boleh menjawab soalan survey menggunakan viewfruit app yang boleh dimuat turun dari smartphone.


Anda boleh mengumpul point 100 hingga 300++ bagi setiap soalan survey. Portal ini juga memberikan 1 peluang cabutan bertuah untuk setiap soalan survey yang berjaya dijawab dengan jayanya yang membolehkan anda berpeluang mendapat point extra.

Point boleh ditebus bermula 2500 point yang bersamaan USD5 yang akan dimasukkan ke akaun paypal yang di link kan dengan akaun portal anda.

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Anda boleh nilai dan cari portal - portal lain yang berkenaan bagi meningkatkan pendapat pasif anda, mengisi masa dengan bernilai $$$.

Sekurang - kurangnya bolehlah dapat menabung secara senyap, menggunakan teknologi yang ada, hanya guna smartphone dan data yang anda bayar sahaja untuk hasilkan pendapatan sampingan anda.

Thanks
Ts. Sabar


Wednesday 2 March 2022

Pengisian dan Penghantaran Pengisytiharaan Borang Cukai Pendapataan LHDN Bagi Individu Bujang 2021/2022

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Perkongsian kali ini, saya ingin berkongsi berkenaan bagaimana untuk mengisi dan menghantar borang pengisytiharaan pendapatan LHDN  bagi tahun 2021 yang mana tahun pengisytiharaan pada tahun 2022 yang mana bagi mereka yang sudah dan pernah buat akaun e-filing.

Portal LHDN Tahun 2022 banyak perubahan, tetapi bagi saya tetap samaiatu perlu bayar dan declare cukai pendapatan bagi pekerja yang wajib dikenakan cukai. Portal tersebut masih boleh ditambahbaik iaitu kebolehan memasukkan bukti resit untuk semua perkara yang diisytiharkan yang mana di dalam portal MASIH BELUM WUJUD di tahun 2022.

Di sini saya tunjukkan gambaran bergambar cara saya membuat pengisytiharaan menggunakan portal yang telah dikemaskini.

Pertama, anda perlu masuk ke laman web LHDN atau menggunakan link ini E-Filing. Apabila anda masuk ke link ini atau di portal E-Filing LHDN, paparan seperti dibawah akan dipaparkan. Anda perlu klik Log Masuk  di link yang tadi, kemudian anda boleh pilih sama ada ingin login menggunakan Kad Pengenalan/ No Passport/ No Tentera/ No Polis seperti ditunjukkan gambar dibawah:



Dalam kes saya, saya pilih untuk log masuk menggunakan No Kad Pengenalan, kemudian anda akan dibenarkan masuk ke paparan password yang mana anda perlu pastikan kod keselamatan adalah sah dan betul sebelum memasukkan password dan klik Hantar seperti ditunjukkan gambar dibawah:




Jika maklumat log masuk anda sah dan betul, anda akan disambung ke paparan Dashboard menu utama profil anda seperti ditunjukkan gambar dibawah. Dalam dashboard, anda boleh rujuk dokumen-dokumen  berkenaan pelepasan percukaian tahun semasa dan panduan yang terletak di sebelah kiri. Di bahagian tengah dashboard, memaparkan baki cukai jika belum dibayar, maklumat sekatan jika ada, jumlhan bayaran lebihan yang terdahulu dan juga infografik jumlah bayaran cukai tahun sebelumnya. 



Di ruangan status borang e-filing yang mana anda boleh klik tahun semasa untuk pengisytiharaan contohnya Tahun 2021. Selepas anda klik di borang tahun semasa, ianya akan disambung ke paparan seperti ditunjukkan digambar dibawah dan anda perlu pilih tahun semasa yang ingin diisytiharkan borang cukai di bahagian e-BE (jika tiada punca pendapatan perniagaan).



Di paparan Pertama, Selepas memilih tahun semasa percukaian, anda akan disambungkan kepada paparan seperti gambar dibawah. Maklumat profil asas seperti nama, no cukai, jantina, warnganenara dan lain - lain yang berkenaan akan dipaparkan. Hanya ruangan yang berwarna putih sahaja boleh ubah/ edit, Klik Seterusnya, jika ingin ke paparan seterusnya.



Di skrin kedua, seperti ditunjukkan gambar dibawah memaparkan maklumat profil tambahan anda. Anda boleh edit/ ubah data di bahagian yang berwarna putih sahaja dan bahagian yang berwarna kelabu tidak dibenarkan diubah secara online. Di bahagian ini, maklumat seperti no telifon, maklumat bank dipaparkan jika ada lebihan/ terlebih bayar akan dikembalikan kepada pembayar cukai semula. Klik Seterusnya, jika ingin ke paparan seterusnya.



Di paparan ketiga, seperti ditunjukkan gambar dibawah memaparkan maklumat penggajian yang mana boleh rujuk borang cukai pendapatan EA/ EC yang dikeluarkan oleh majikan anda untuk isi bahagian ini. Masukkan maklumat yang berkenaan sahaja seperti pendapatan kanun penggajian,  bilangan penggajian (jika kerja lebih dari satu syarikat dalam tahun semasa) serta maklumat lain yang berkenaan, boleh klik info untuk maklumat pengisian. Di bahagian bewarna kelabu akan secara automatik memaparkan apabila anda selesai masukkan maklumat penggajian. Klik Seterusnya, jika ingin ke paparan seterusnya.



Di paparan skrin ke empat seperti yang ditunjukkan gambar dibawah, perlu masukkan maklumat semua jenis pelepasan percukaian yang telah dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia bagi tahun percukaian semasa yang layak bagi anda. Anda boleh rujuk malumat pelepasan percukaian yang disediakan di dashboard atau di laman web LHDN. 

Pastikan ruangan maklumat pelepasan percukaian perlu disimpan secara softcopy atau resit  fizikal dan perlu diisi dengan maklumat sahih dan bukti resit yang perlu disimpan (dalam kes saya perlu simpan 5 tahun, yang pernah hantar maklumat resit percukaian yang telah dihantar sebelum ini). 

Anda boleh isi ruangan pelepasan  dengan merujuk EA/ EC untuk mengisi bagi pelepasan cukai KWSP/ SOCSO/ Zakat dan lain - lain dokumen yang berkenaan seperti borang penyata tahunan insuran. Klik Seterusnya, jika ingin ke paparan seterusnya.




Di paparan kelima (rujuk gambar dibawah), memaparkan rumusan jumlah cukai yang telah diisytiharkan dan patut dikenakan bagi tahun semasa, yang mana setelah mengambil kira maklumat penggajian dan pelepasan cukai yang anda isi di paparan skrin ke 3 hingga 4 . Lebihan bayaran atau terlebih dibayar akan di paparkan di skrin ini yang mana anda boleh rujuk dip enjuru kanan bawah atau di sebelah kanan atas akan memaparkan makluman cukai terlebih bayar atau terkurang bayar. Jika anda terlebih bayar bayar, wang anda akan dikembalikan ke akaun anda dalam tempoh 7-14 hari jika mengikut kes saya sebelum ini dan jika terkurang bayar anda perlu membayar secara atas talian.



Di paparan terakhir seperti ditunjukkan gambar dibawah, memaparkan makluman nama dan no kad pengenalan untuk anda sahkan sebelum klik butang  Tandatangan & Hantar untuk pihak LHDN luluskan borang pengisytiharaan anda.



Selamat Mencuba

Ts. Sabar


Tuesday 1 March 2022

Pendawaian & Pemasangan Water Heater Rumah

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kali ini, saya ingin berkongsi bagaimana membuat pendawaian dan pemasangan Water Heatar di Rumah yang selamat dengan memenuhi standard spesifikasi dengan menggunakan langkah beregambar yang dinyatakan dibawah.


Berikut adalah langkanhnya:

Langkah 1:

Sebelum membuat pemasangan yang berkaitan elektrik terutama mereka yang tiada pengetahuan ilmu elektrik, Tolong pastikan anda sudah mempunyai ilmu berkaitan elektrik, faham, yakin dan berada dalam keadaan selamat sebelum melakukan  kerja elektrikal dan jika tidak panggillah wiremen bertauliah untuk melakukan kerja - kerja elektrikal ini. Ini adalah penting!

Selepas itu, anda boleh cari spesifikasi  water heater yang ingin dipasang terutama dari segi harga, penjimatan tenaga elektrik, model, jenama dan spesifikasi yang selamat untuk digunakan.

Perkara yang anda perlu sebelum pemasangan:

  • Mesti ada Ilmu dan Selamat
  • Pastikan Pendawaian elektrik untuk  water heater sudah tersedia jika tidak perlu panggil wiremen bertauliah untuk membuat pendawaiannya, dalam kes saya pendawaian sudah ada (jika ingin pasang sendiri), mengikut standard saiz kabel perlulah menggunakan kabel 4.0mm dari DB hinggalah alat Water Heatar yang disambung kepada MCB 20A dan RCBO 10mA (Residual Current Breaker with Overcurrent) bagi perlindungan penuh. Berikut adalah contoh RCBO:

  • Memilih Water Heater yang mempunyai spesifikasi perlindungan antara yang terbaik, penjimatan, model, jenama dan mengikut bajet. Dalam kes saya menggunakan Toshiba; Model TWH-38EXPMY(G) dengan Rain Shower yang berharga dalam RM600++(ikut harga shopee tetapi harga kedai lagi mahal), rujuk rajah dibawah bagi contoh water heater yang saya pakai:
    sumber: Toshiba

  • Pastikan untuk selamat, pengambungan dari punca air hingga ke alat pemanas air menggunakan perkakasan yang bukan pengalir elektrik (e.g: PVC)
  • Sediakan perkakasan kerja lain bagi pemasangan water heater termasuk perkakasan untuk sambungan dari punca air.

Langkah 2: Pendawaian dan Tetapan Lokasi Pemasangan Water Heater


Pendawaian bagi pemanas air elektrik/ Water Heater mesti mengikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga (ST) mengikut standarard IEC 60364-7-701:2006 dan Klausa 544.2, MS IEC 60364-5-54;2004 (Guideline for Design, Installation, Inspection, Testing, Operation and Maintenance of Water Heater Systems, kemaskini Tahun 2016), boleh rujuk link ini 

Pastikan pendawaian elektrik bagi Water Heater menggunakan saiz kabel yang selamat yang ditetapkan oleh ST iaitu 4.0mm dan mempunyai kelulusan SIRIM. Dengan itu anda boleh meminta pendawai elektrik (authorized wireman) untuk menggunakan saiz kabel ini, tetapi harganya juga agak mahal tetapi berbaloi demi keselamatan anda dan keluarga.

Kemudian, pastikan perkakasan tersambung dengan menggunakan MCB 20A dan memasang RCCB 25A (Residual Current Circuit Breaker , nama lama ELCB) yang menpunyai sensitiviti 10mA (untuk kegunaan tempat basah/ beair) atau boleh menggunakan RCBO (Residual Current Breaker with Overcurrent), 20A,10mA. Ianya perlu dipasang untuk keselamatan maksimum, walaupun anda membeli Water heater dengan Built-in  ELCB).

Pastikan kedudukan water heater yang hendak dipasang ditentukan mengikut ketinggian yang sesuai dan selamat.

Jika boleh untuk lebih selamat, kabel yang ditarik dari DB ke Suis 20A dan disambung terus ke poin Water heater tanpa melalui plug/ wayar trico (wayar warna kelabu). Jika anda hendak selamat, anda tentukan kosnya! Bagi saya,  keselamatan diri dan keluarga adalah penting. So, saya sanggup keluarkan duit lebih yang perlu dibelanjakan sekali sahaja semasa pemasangan dengan menggunakan khidmat wireman yang dipercayai, jujur dan harga yang berpatutan.

Berikut adalah  ilustrasi diagram bergambar bagi sambungan water heater iaitu pendawaian dari DB sehingga ke poin pemasangan peralatan:


Berikut adalah  litar skematik standard bagi pendawaian water heater (biasanya litar ini hanya personel yang belajar elektrikal mudah untuk fahamnya):


Langkah 3: Pemasangan Water Heater

Sebelum pemasangan Water Heater, pastikan bekalan elektrik di DB (Distribution Board) bagi punca elektrik water heater dimatikan pada RCBO dan MCB water heater yang sudah tersedia.

Jika ingin lebih selamat dan yakin, Matikan RCCB (Residual Current Circuit Breaker atau ELCB nama lama) dan Main Switch utama di DB dimatikan serta diuji mengguna testpen bagi memastikan yang sumber elektrik benar -benar telah diputuskan/ tiada. Jika ingin menggunakan teknik ni, semasa buat kerja pastikan orang rumah tiada di rumah jika tidak merungutlah mereka sebab kepanasan dan tidak boleh buat kerja lain.

  • Tandakan kedudukan dimana  yang ingin ditempatkan beserta lubang skru untuk  water heater serta pastikan kemas supaya ianya terletak cantik.
  • Tebuk dengan mengunakan drill yang sesuai  ditempat yang ditandakan tadi.
  • Pasang kabel mengikut jenis warna kabel  yang command iaitu Live (Merah/ Coklat/ Kuning), Neutral (Biasanya Hitam/ Biru) dan Earth (Hijau/ Hijau-Kuning). Pastikan warna kabel dari pendawaian dan pada perkakasan disambung dengan betul. Jika tidak mahir rujuk pada yang pakar dan manual pemasangan water heater yang dilampirkan dalam kotak.
  • Guna PVC paip/ hose yang bersesuaian untuk menyambung dari punca air sediada ke poin masuk air di water heater. Pastikan sambunggan kuat dan selamat.

Gambar dibawah disebelah kiri, menunjukkan lokasi sediada bagi kabel sediada bagi water heater. Gambar disebelah kanan adalah water heater yang sy sudah siap pasang selepas menebuk dan memasukkan wallplug. Saya decide untuk tidak ikut laluan kabel yang disediakan bahagian tepi tetapi sy membuat lubang baru di tengah yang disediakan yang belum ditebuk yang lebih mementingkan keselamatan supaya kabel elektrik dilindungi dari percikan air nanti.


Gambar dibawah pula di sebelah kiri saya sambungkan dengan poin sambungan di water heater iaitu wayar kuning (Live) disambung ke sambungan wayar merah yang di label L, wayar hitam(Neutral) disambung kepada wayar biru dan wayar hijau (Earth) disambubg kepada wayar hijau-kuning. Gambar disebelah kanannya pula water heater yang telah siap dipasang dan covernya di skru semula di bahagian bawah.


Seterusnya, Gambar dibawah akan di sambung dari punca air yang mana ianya disambung pressure hose beewarna biru dengan pvc acetal street elbow dan niple 3/4", kemydian disambung ke inlet water heater yang tepah dilabelkan dibawah water heater (warna biru) dengan melalui valve yang diberikan. Kemudian, pasangkan pemegang  rain shower mengikut manual yang diberikan dan sambungkan dari outlet water merah (label merah) kepada sistem pancuran air (rain shower set).

Akhir sekali, baru la saya buat samnung pada DB. Di gambar bawah di bahagian kiri, ada satu MCB bersaiz 20A  untuk water heater, tetapi untuk lebih safety saya telah menambah RCBO 20, 10mA untuk lebih perlindungan seperti yang di tunjukkan di gambar dibawah di sebelah kanan yang telah siap dipasang (yang ditanda dengan anak panah merah). Cara pendawaian MCB ke RCBO ke Water Heater point saya telah terangkan di atas.



Langkah 4: Pengujian Pemasangan yang telah siap

Selepas semua pemasangan telah siap dan dipastikan selamat, anda boleh hidupkan bekalan di DB untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik dan selamat. Inilah gambar dan video pendek pemasangan yang telah siap dipasang dan diuji selamat:




Orang kebanyakan biasanya nampak kerja elektrikal sangat mudah, hakikatnya sedikit kesilapan boleh menyebabkan nyawa anda melayang. So, pastikan anda ada pengetahuan berkenaan elektrik sebelum melakuan kerja ini ye!, jika tidak panggil lah wireman/ orang yang benar - benar mahir dan kompeten untuk melakukan pendawaian elektrikal dan pemasangan tersebut. Malah,  perlu ada ilmu asas-asas lain termasuk elektrikal yang konklusif yang berkenaan terutama apabila anda sudah mempunyai rumah sendiri untuk keuntungan anda.


Tips Tambahan***

Berdasarkan pengalaman, Jika anda rasakan tekanan air water heater mempunyai tekanan yang agak rendah selepas adjust kemasukan air, cuba tukar sediada toshiba stop valve kepada Centon Triple function Stop Valve, insyallah berhasil... itu yang berlaku kepada saya selepas menukarnya, tekanan air makin laju...so rasa best apabila mandi.


Pastikan Selamat!

Ts. Sabar.



Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...