See Me!

Sunday 5 June 2016

Year 2016 Vacation 14-20 April 2016 to Sarawak and Sabah (Day 4; 17 April 2016)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pada tarikh ini iaitu 17 April 2016, aku berada di Sabah pula untuk tempat destinasi percutian yang kedua selepas Kuching. Pada hari ini juga banyak berjalan - jalan sekitar Pekan Kraf tangan di Kota Kinabalu.

Hari ini kami bangun sedikit lewat sedikit sebab semua keletihan tambahan lagi aku tetiba diserang selesema...sejuk sangat kot bilik hotel.

Kami keluar atau check out dari hotel Inanam di Kota Kinabalu sekitar 11am terus makan di retoran pertama betul-betul berhadapan hotel Megah Inn, Inanam yang mana menawarkan makanan rasa orang Sabah dan kadar hotel di megah inn sekitar RM80++ semalam untuk queen bed.
Gambar 1: Restoran  Minum Pagi berhadapan Megah inn, inanam
Kami juga bergerak pergi ke muzium marin di dalam kawasan Universiti Malaysia Sabah yang terletak tidak jauh dari hotel kami menginap iaitu di Kota Kinabalu tetapi malangnya kami tidak dapat masuk kerana tidak buka pada hari ahad so...kami pergilah bergambar ditempat lain selepas menunaikan solat fardhu di Masjid UMS yang sangat indah dan tersergam indah serta bergambar di persekitaran masjid


Gambar 2: Persekitaran Kawasan Masjid

Gambar 3: Pose kejap  selepas solat zohor

Gambar 4

Selepas bergambar di sekitar kawasan masjid kami bergerak untuk bergambar di kawasan yang penuh dengan kawasan pokok yang popular disebabkan rimbunannya penuh dengan bunga-bunga seperti berada di kawsan korea yang mana kelopak-kelopak bunga jatuh bertaburan di jalan- jalan kawasan UMS.
Gambar 6: dah macam kt korea plak banyak bunga bertaburan

Gambar 7: Posed tgh jalan utk view pokok2 yang indah

Gambar 8

Gambar 9: Melompat lebih tinggi menikmati keindahan ciptaan Allah

Kami juga sempat melawat di UMS Yard yang mana ada pantai yang indah dan juga bot milik UMS yang terletak di sana.




Gambar 10: Posed kejap di Bot milik UMS

Gambar 11: Posed di kawasan Pantar UMS

Lewat petang selepas check in di servis apartment di sekitar kota kinabalu city yang mana rate bilik semalam agak mahal sekitar RM200++ tetapi boleh cuba kerana agak selesa serta kedudukan service aprtment berada di bandar yang agak sibuk dengan manusia dan kenderaan di kawasan ini. Selepas check in, kami ke Pantai Tanjung Aru untuk melihat sunset...lama jugalah kami melepak disini sambil melihat pengunjung mandi manda dan kami cuma berjalan di pesisir pantai sahaja sambil menunggu sunset kunjung tiba untuk melihat kekuasaan ciptaan Maha Pencipta.

Gambar 12: Indahnya sunset di Pantai Tanjung Aru

Gambar 13: Panorama di Pantai Tangjung Aru

Gambar 14

Gambar 15

Gambar 16; Panoramaku

Gambar 17: Sunset

Gambar 18: Pandangan Sunset

Alhamdulillah dapat melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t di bumi Kota Kinabalu, Sabah disaat aku masih bernafas.


Alhamdulillah


***Syukur Selalu***




Monday 2 May 2016

Year 2016 Vacation 14-20 April 2016 to Sarawak and Sabah (Day 2; 15 April 2016)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini bermulalah perjalanan percutian kami yang pertama di Kuching Sarawak. Kami check-out dari gust house hotel sekitar 8am selepas sarapan pagi. Walaupun simple sarapan pagi di guest house tetapi agak best.

Gambar 1: Bfast di Guest Hause

Gambar 2: Posing jap di pintu keluar guest house


Selepas sarapan, kami berempat menuju ke destinasi pertama iaitu tempat sarapan iaitu di KOPI 'O' Corner di kawasan kuching sebelum bergerak ke destinasi seterusnya dan kami bergerak mnggunakan kereta sewa yang disewa sekitar RM90 sehari.

Gambar 3: Gerai Sarapan Pagi Popular Kopi 'O' Corner

Gambar 4: Mesti cuti makanan menarik ini

Gambar 6: Tak ingat nama tetapi sangat sedap must try

Gambar 7: Ini yang popular di Sarawak "Mee Kolok" Sedap wooo

Gambar 8: Buah Dabai, Tak sedap tapi anda boleh cuba jika suka

Selepas makan di gerai Kopi 'O' Corner kami ke Sarawak Cultural Village, entry RM15 untuk student price kena tunjuk kad pelajar tetapi orang awam mahal lagiiii la

Gambar 9: Pintu masuk Sarawak Cultural Village (SCV)

Gambar 10: Posing Jap Depan SCV Theater  hall selepas pementasan Persembahan Budaya-Budaya yang terdapat di Sarawak

Gambar 11: Posing Selepas pementasan persembahan Teater

Gambar 12: Jalan - jalan rumah-rumah budaya yang terdapat di Sarawak

Gambar 13: Makan di Medan Selera SCV
Sedap juga makan di SCV, yang mana bermacam-macam makanan tradisi, must try yeah antaranya umai dan sebagainya. selepas itu kami pulang semula ke pekan kuching untuk check-in di hotel seterusnya sebelum makan malam.
Gambar 14: Top Spot Foodcourt

Boleh cuba makan disini, terlalu banyak kedai makan disini tetapi banyak tulisan cina tetapi ramai jer orang muslim makan disini.....cubalah yeah

Tamatlah hari pertama percutian ku.....sambung keesokan harinya.


***Syukur Selalu***

Saturday 30 April 2016

Year 2016 Vacation 14-20 April 2016 to Sarawak and Sabah (Day 1; 14 April 2016)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pada 14 April 2016, selepas habis waktu kerja kami iaitu Aku, Fiza, Hajar dan Echa bersiap untuk bergerak ke KLIA untuk berlepas ke Kuching, Sarawak untuk destinasi pertama percutian kami.
Gambar 1: Dalam Perjalanan untuk Masuk Pintu masuk Pesawat

Yang paling menyedihkan, skirting keretaku telah terbarai disebabkan divider di kawasan tempat letak kereta KLIA terlalu tinggi sehingga aku terlanggar dapat pulak hari sudah makin gelap dan terburu-buru takut terlepas 'flight'.... Dalam hatiku sudah fikir duit akan bertambah melayang  sebab hendak repair skirting aku tu...kurang-kurang pun dalam RM100++ termasuk cat dan pasang.


uhhhh mengeluh panjang aku ketika itu dalam hatiku, spoilkan mood aku hendak bercuti di Kuching dan Kota Kinabalu jer grrr....huhuhhuhu.

Kami tiba di kuching lebih kurang pukul 12am disana, terus naik kereta sewa pergi makan dulu di RJ Ayam bakar di pekan Kuching....sedap sangat menu dia...kawan aku makan di rj ayam bakar tapi aku makan roti bakar ... memang terbaik serta kedai yang urban/ hipster design sesuai untuk golongan muda-mudi.
Gambar 2: Pintu masuk Kedai RJ Ayam Bakar
Gambar 3: Menu Special RJ Ayam Bakar
Gambar 4: Sedap gak roti niiiiii
Selepas kekenyangan kami, check in ke guest house untuk backpacker explore yang berhampiran tempat makan disitu.
Gambar 5: Tinggalkan memori disini

Gambar 6: Posing sekejap berhampiran guest counter

Gambar 7: Bilik aku untuk malam pertama


Pengalaman yang tidak mungkin ku lupakan bersama teman sepejabat di tempat kerja yang baru bercuti bersama-sama selama hampir seminggu lamanya.


Yahooooooooooo....seronoknya bercuti


Semoga perjalanan seterusnya berjalan lancar dan selamat hendak-NYA.

Amin

Year 2016 Birthday Celebration on 13 April 2016 at Pusat Rehabilitasi PERKESO


Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Syukur ke hadrat illahi yang tidak kuduga, pada tarikh ini; 13 April 2016 di usia umur ku mencecah 30++ aku menerima kejutan yang tidak disangka - sangka oleh officemate aku yang sangat akrab di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Melaka.

Gambar 1: Ulangtahun Kelahiranku

Officemate aku telah membuat aku rasa sangat terharu kerana mereka telah menyambut hari ulangtahun kelahiranku pada tarikh tersebut dengan membuat kek sendiri di opisku dengan mereka memberi nama "OPISMADE CAKE".... sure sangat sedap walaupun simple disebabkan keikhlasan merekan untuk menyambut ulangtahun kelahiranku....aku rasa terharu dan hiba disaat meniup lilin kek yang dicucuk diatasnya.


Thanks sahabatku, Aida,  Zhaf dan Daniel diatas kesungguhan anda!


***Syukur Selalu***

Monday 4 April 2016

Ready for ACME Conference 30-31 May 2016 @ Berjaya Waterfront, Johor Bahru, malaysia




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Alhamdulillah, syukur sangat - sangat setelah IEEE conference paper berjaya dengan komen dari reviewer yang sangat positif walaupun menunggu agak lama setelah secretariat menunda dari satu tarikh ke tarikh yang lain....rasa seram gak yela first time rasa gugup, excited dan berkobar - kobar...hehehe


Tuntutan untuk bayaran  yuran ke conference ni pon dak settle setelah menghantar borang permohonan ke iRMC, UNITEN banyak gak la perlu ambil tanda tangan tetapi takpe janji semuanya selesai dilakukan dan beruntung sebab dengan bantuan geran penyelidikan yang ditawarkan dapatlah bayar yuran conferemce kalau hendak bayar sendiri mahal gak RM1000+++ hehehe... 


Ameen Ya Rabb


Thursday 24 March 2016

Ditawarkan Geran Penyelidikan FRGS UNITEN




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Rasanya sudah lama tidak kemaskini blogku ini. Setelah lama menyepi disebabkan terlalu banyak kerja, hari ini aku ingin megabadikan  kegembiraanku di blog untuk memori diriku.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi diatas limpah kurnia-NYA.

Syukurku tidak terhingga untuk menggambarkan kegembiraan dan kegirangan apabila ditawarkan geran penyelidikan FRGS sebagai "Postgraduate Research Assistant" tajaan Universiti Tenaga Nasional dikala melihat kawan - kawanku yang pernah mendapat juga tawaran biasiswa buat pertama kali seperti ini baru dapat merasa semasa Masters. Alhamdulillah ini pun atas tawaran oleh supervisor Master ku, Dr Halimatun yang sangat - sangat terbaik, bermotivasi dan sangat menyokong sepanjang proses penyelidikan dalam bidang sistem kuasa elektrik di UNITEN

Gambar 1: Tawaran FRGS UNITEN

Dengan geran ini bolehlah aku gunakan untuk kegunaan pembayaran yuran untuk pembentangan Paper conference aku di ACME 2016 di UiTM pada bulan lima nanti. Insyallah, agar semuanya berjalan lancar hendak-NYA.

Banyak juga untuk proses untuk aku lakukan selepas mendapat tawaran ini seperti matikan setem, angkat sumpah dsbgnya... kira., macam kena daftar tempat kerja baru prosesnya :)....banyak juga elaun aku boleh dapat seperti termaktub dalam surat tawaran serta dalam terma pekeliling UNITEN. Kalau aku tamak boleh sahaja mohon semua bantuan tu...tapi cukuplah sekadar aku boleh mohon bantuan yuran conference nanti walaupun layak untuk aku dapat gaji secara bulanan sebanyak RM2K setiap bulan selama setahun. Janji apa yang aku hajatkan tercapai untuk menggengam Scroll Master menjadi suatu realiti...tapi PHD bila lagi??? nanti-nantilah kalau semangat masih kuat.

Sekarang ini pun, terlalu banyak sangat kerja, sampai tiap-tiap hari kerja termasuk sabtu dan ahad yang mana kena pergi kursus yang dihantar oleh PERKESO. Sampai penulisan thesis pun masih sedang berjalan, harap-harap semuanya berjalan lancar dan sempurna semuanya.

Diharap untuk langkah seterusnya, aku dapat memberi pembentangan yang terbaik untuk Viva Master selepas selesai penghantaran Thesisku.....harap semuanya berjalan dengan lancar hendak-NYA.


Syukur Selalu










Tuesday 2 February 2016

Ceritera Tertangguh & Harapanku



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Liku demi liku ku tempuhi onak ranjau, bertahun juga...penat pun ada....stress lagi la banyak tidak terkira jari jemariku dan  macam-macam ku lalui beberapa tahun ini. Alhamdulillah aku masih tabah menempuhinya walaupun terbeban tetapi ku gigihkan diri hanya demi melunaskan sebuah harapan yang kuharapkan menjadi kepastian.

Tahun ini aku menunggu dua berita yang sangat aku tunggu-tunggukan setelah berhempas pulas memghabiskan banyak masaku dan wang untuk membuat penyelidikan, pembetulan demi pembetulan serta mengorbankan wang ringgit, masa, tenaga, emosi dan mentalku bagi mencapai apa yang ku hajatkan. Malah, pelbagai ikhtiar yang telah ku usahakan bagi memenuhi impianku selama beberapa tahun ini. Dugaan demi dugaan dan halangan demi halangan datang bertimpa-timpa tanpa ku duga tetapi ku kuatkan semangat tanpa jemu dan berputus harap bagi meneruskan perjuangan yang sudah ku mulakan bertahun lamanya. 

Aku berharap dapat menggenggam segulung Ijazah Sarjana (M.Eng.) pada tahun in dan sekaligus dapat bergraduat dalam tahun yang sama...agar impian ini akan menjadi realiti yang tidak dapat ku gambarkan rasa kegembiraan dan kesyukuran terhadap Allah S.W.T. yang sentiasa memberiku semangat, ketabahan, kecekalan, panduan ketika ku kehilangan fokus serta seorang guru yang sangat informatif, berdedikasi, pembimbing yang sangat baik di kala tersasar dari landasan... itulah supervisorku Dr Halimatun Hashim yang sangat sabar sepanjang menyelia penyelidikanku dalam "Power System Stability Analysis".

Satu lagi, berita yang aku tunggukan di akhir tahun ini paling cepat atau diawal tahun 2017.... apa yang aku rancangkan di tahun 2015 adalah menunggu rumah pertamaku siap sepenuhnya setelah membuat pelbagai 'study' sehinggalah berjaya melepasi semua proses pembelian rumah..Tidak sabar untuk aku jejakkan kaki ku pertama kali di rumahku sendiri diatas hasil titik peluhku....Amin Ya Rabbal Al Ameen.

Ku Harap di tahun 2016 dan tahun - tahun mendatang agar dipermudahkan segala perjalanan kerjaya, ekonomiku, pekerjaanku, kewangan, hidupku dan keluargaku serta dapat meneruskan sisa - sisa hidupku yang berbaki meneruskan hidup sebelum kembali ke maha penciptaKU.

Amin Ya Rabbal Al Ameen & Syukur Selalu


Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...