See Me!

Monday, 30 April 2018

Travelog - Let's Songkran @ Bangkok Thailand 10-15 April 2018





Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini percutian di bangkok, thailand bagi merasai suasana  acara tahunan atau Sambutan Tahun Baru Thailand iaitu Songkran Festival di setiap pertengahan bulan April. Tambahan lagi, pada hari acara ini jatuh pada tarikh ulang tahun kelahiranku yang ke 34 iaitu 13 April setiap tahun.

Day 1 (10 April 2018): 
Berangkat dari Melaka ke KLIA2 ke Bangkok, Thailand... Hari pertama sampai di Bangkok terus check-in dan berehat sebelum meneruskan perjalanan selama  5 Hari di Bangkok.




Hotel penginapan


Day 2 (11 April 2018): 
Melawat muzium bersejarah Thailand di Grand Palace, Sleeping Buddha, Wat Arun dan Wat Pho, Makan Seafood di China Town, Thailand


Hari Kedua dipenuhi dengan sesi melawat muzium-muzium bersejarah di bangkok serta sesi menggelapkan kulit hahah....so get ready dengan 'Sun Block' bagi yang takut dengan pertukaran warna kulit hahahahaha... Lagi satu kalau hendak makan seafood boleh pergi di sekitar Chinatown...memang terbaik.... tapi nak makan terpaksa redha lah sebab memang susah hendak cari Kedai makanan Halal sekitar bangkok... hendak senang anda boleh google awal2 ye... So kami order menu yang kami rasa takde was-was hendak makan la.... peace yooo


Gambar 1: Melawat Muzium bersejarah sekitar Bangkok antaranya Sleeping Budha, Wat Arun, Wat Pho dan makan Seafood di China Town

Gambar 2: Bergambar sekitar Grand Palace, entry masuk berharga THB500


Day 3 (12 April 2018): 
MBK Center, Terminal 21, Hard Rock Bangkok, Caberet Show at Asiatique

Hari Ketiga, kami penuh berjalan pelbagai tempat...di sini ada banyak tempat shopping yang boleh anda pilih dan beli sebab banyak kedai di disini yang mana harga sangat berpatutatan....boleh juga tempah full set blazer serendah THB2000  berdekatan dengan MBK Center siap baju dan seluar serta ada kemeja  (harga ikut kualiti kain...untuk kualiti bagi harga ini kain dari Wool)...Untuk makanan Halal, Anda boleh singgah di Yana restaurant...menu dia banyak dan berbaloi dengan harga.

Terminal 21 di Asoka,
Kemudian Kami ke Terminal 21 di Asoka... istimewanya tempat ini ialah setiap tingkat shopping complex ini mempunyai tema toilet yang berbeza mengikut negara...so, bagi penggemar tandas boleh lah lawat cni yeah...Anda juga boleh singgah di MBK Foodcourtnya ....makanan agak murah tapi kena neli topup kad sebelum membeli serta pandai-pandai cari makanan yang rasa tak was-was untuk makan yeahhh.

Disebelah malam, kami menaiki boat tambang yang mana sudah dibeli awal tiketnya dari agen pelancongan berharga THB900 untuk menonton Caberet Show dan  tiket-tiket lain yang telah dibeli berjumlah THB1200 bagi melawat Amphawa Market, Floating Market, Fire Flies View dan Perjalanan Pergi Balik Hotel.

Persembahan Cabaret Show, anda kena pergi menonton memang menarik dan akan terpegun dengan sinematografi setiap babak tarian dan lakonan yang disampaikan oleh penari-penari lembut yang semuanya lelaki...memang berbaloi la dengan harga tiket dan dapat juga 1 glass/cup air minuman....Penontonnya juga terdiri pelbagai bangsa, agama, kaum, jantina dan negara......Must TRY yeahhhh!!!


Gambar 3: Terminal 21 @Asoka

Gambar 4: MBK Center


Day 4 (13 April 2018)
My Birthday celebration at The Coffee Club House, Amphawa Floating Market, Maeklong railway Station, Fire Flies

Hari Keempat, Rasa terperanjat sekejap sebab My Group trip menyambut ulangtahun kelahirankua bersama Twin Slice cake....Thanks for the surprised...terharu dan terkedu juga lah hehehhe

Seterusnya, kami melihat suasana kawasan deretan kedai di maeklong Railway Station yang berniaga di laluan keretapi lama mereka... Disini ada juga demonstrasi bagaimana mereka mengemas dan membuka kedai ketika keretatapi bergerak di sepanjang laluan keretapi dan pada masa sama mereka berniaga di kawasan tersebut.

Destinasi seterusnya adalah di Amphawa Floating market, ini adalah tempat untuk memborong oleh-oleh/ souvenier tetapi pastikan anda simpan untuk berbelanja di Chatuchak Market nanti ye lagi menarik dan banyak pilihan.

Selepas itu, melihat fire flies sekitar jam 7.30 waktu thailand (waktu Malaysia 8.30pm)...jauh juga menyusuri sungai dengan bot semata-mata untuk melihat fire flies yang  pada pandangan saya tidak berapa menarik sebab fire flies tak meriah hehehe.....



Gambar 5: My Surprised BirthDay Celebration on 13 April 2018 at The Coffee Gouse Club, Thailand

Gambar 6: Maeklong Railway Station & Amphawa Floating Market


Day 5 (14 April 2018):
Ber 'shopping' di Chatuchak Night Market dan Bermain air di Songkran Festival @Silom


Hari Kelima Kami bershopping sakan di Chatuchak Market dari pelbagai pilihan yang terdiri lebih dari 2000 kedai di kawasan ini dengan sambutan pesta air berlansung disitu.... Anda boleh memborong dari barangan baju, beg, kasut, seluar, peralatan rumah dan sebagainya...yang mana harga murah-murah dan kena pandai tawar-menawar yer untuk harga terbaik hehehehhe. Jangan Lupa singgah makan di Salam restaurant...yang menawarkan pelbagai makan halal yang perlu dicuba.


Gambar 7: Chatuchak market
Selepas pulang bershopping di Chatuchak Market, Kami pun menyerbu kawasan tumpuan Pesta Air di Silom berdekatan Hotel yang kami Inap dengan pantauan pihak Polis Thailand.... lama juga main di Pesta Air tersebut dengan menggunakan sehabisnya Pistol Air yang dibeli dengan harga THB400 masa itu.... semasa main air  akan abis... so boleh beli refill air dengan harga bermula THB20. Di situ kena redha jer kena tembak dengan air ye.... sebab memang nak main air kan...

Gambar 8: Songkran @ Silom


Day 6 (15 April 2018): 
Berangkat Pulang Dari Dong Mueng Airport, Bangkok,  Thailand ke Malaysia ke Melaka




Jumlah Budget:
1. Airport Fees                          : RM238 (beli tiket awal)
2. Hotel                                    : RM317 seorang (Twin Bedded)
3. Belanja makan untuk 6 hari   : + RM400.00
4. Shopping & Miscellaneous      : RM1, 400.00

Alhamdulillah, best gila main air 


Friday, 2 March 2018

Implikasi Kenaikan Overnight Policy Rate/Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada Pinjaman di Malaysia



Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ketahui mengapa, dan bagaimana peningkatan OPR akan menjejaskan anda.

Apakah OPR?

Overnight Policy Rate (OPR) adalah kadar faedah semalaman yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ia adalah kadar bank peminjam terpaksa membayar kepada bank utama untuk dana yang dipinjam. OPR, mempunyai kesan ke atas pekerjaan, pertumbuhan ekonomi dan inflasi. Ia merupakan penunjuk kepada kesihatan keseluruhan ekonomi negara dan sistem perbankan.

Kebanyakan bank akan meminjamkan wang sebanyak mungkin dari segi pinjaman sementara dengan mengekalkan tunai minimum yang diperlukan oleh Bank Negara. Walau bagaimanapun, sekiranya pengeluaran tunai melebihi jumlah tunai yang ada di bank, bank tersebut perlu meminjam wang tunai dari bank lain dan membuat kadar faedah, di mana OPR akan dikenakan. Peningkatan kadar OPR akan terus meningkatkan kos peminjaman untuk bank, dan dengan itu, akan membawa kepada kesan kepada peminjam secara langsung. OPR juga berfungsi untuk Bank Negara mengawal institusi kewangan dan bank-bank.

Mengapa Bank Negara Meningkatkan atau menurunkan OPR?
Antara sebab penurunan kadar OPR disebabkan oleh ketidakpastian dalam persekitaran global yang boleh memberi kesan negatif kepada prospek pertumbuhan Malaysia. Bank-bank pusat juga cenderung meningkatkan kadar faedah untuk menangani inflasi berdasarkan senario pertumbuhan yang terlalu kuat dan ketakutan bahawa terdapat ketidakseimbangan aset dalam sistem. Apabila kadar faedah terlalu rendah terlalu lama, kos untuk mendapatkan pembiayaan lebih murah dan oleh itu, orang mungkin cenderung untuk meminjam atau kelembapan sistemik boleh berlaku yang kemudian meletakkan ekonomi dalam keadaan buruk.

Walau bagaimanapun, kenaikan kepada kadar OPR akan membawa kepada peningkatan kadar faedah pinjaman. Ini bermakna ia lebih banyak untuk meminjam dan kemudian dapat membendung pengumpulan hutang peribadi dan isi rumah.

Oleh itu, peningkatan dan penurunan OPR juga boleh menjadi satu bentuk untuk mengurus ekonomi negara dan juga untuk menguruskan keadaan monetari negara.

Malah, kenaikan atau penurunan kadar OPR bergantung pada pertumbuhan ekonomi Maaysia iaitu Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar semasa yang kian mengukuh.

Apakah kenaikan OPR di Malaysia?
Kenaikan OPR bermaksud bank akan menambah kadar pinjaman asas (Based Landing rate/ BLR) dan kadar pembiayaan asas (Based Financing rate/BFR) kerana kenaikan secara langsung mempengaruhi kedua-duanya. BLR adalah kadar yang ditentukan oleh bank konvensional berdasarkan kos pemberian pinjaman kepada pengguna. Walaupun BFR adalah kadar yang ditentukan oleh bank Islam berdasarkan kos pemberian pinjaman kepada pengguna.

Oleh itu pertumbuhan OPR akan menghasilkan kadar faedah yang lebih tinggi atau kadar keuntungan untuk pinjaman yang dikenali sebagai BLR atau BFR.

Akibatnya, mengambil pinjaman selepas kenaikan OPR akan lebih banyak untuk pengguna Malaysia kerana kenaikan kadar faedah pinjaman. Oleh itu, membeli kereta akan lebih mahal, dan servis pinjaman perumahan yang ada juga mungkin lebih mahal apabila kadar faedah meningkat.

Sebagai peminjam, apabila kadar faedah naik, anda perlu membayar lebih dari segi ansuran. Atau, tempoh pinjaman anda akan meningkat jika anda tidak ingin meningkatkan jumlah pembayaran ansuran anda mengikut kadar semasa. Tetapi jika anda seorang pendeposit, anda akan dapat menikmati kadar faedah yang lebih baik pada simpanan anda sebagai hasil peningkatan OPR. Kenaikan nilai OPR menyebabkan bank akan melepaskan kos dalam bentuk kadar pinjaman asas (BLR) yang lebih tinggi kepada peminjam, ini bermakna ia kini lebih mahal untuk pembeli untuk mengambil pinjaman rumah / hartanah.


Sekarang kita tahu OPR telah meningkat bagi tahun 2018 sebanyak 0.25 mata, sebagai pengguna anda perlu memulakan perancangan dan penstrukturan semula kewangan 2018 anda, terutamanya jika anda mempunyai rancangan untuk mengambil pinjaman lain tahun ini.

Sekian

Thursday, 15 February 2018

Kerosakan pada Wheel Bearing Proton Persona



Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Untuk panduan pastikan jika ingin pergi kedai kereta, pergilah kedai yang boleh dipercayai terutama bagi menyelesaikan masalah kereta. Untuk kes saya, tahun lepas saya ada share artikel berkenaan Lathe Disc yang dilalukan oleh kedai kereta selepas memberitahu ada bunyi ketak-ketak di bahagian tayar depan. Malangnya kedai tersebut tidak dapat menghilangkan bunyi tersebut sehingga sekarang...sabar jer la.


Selepas bersabar berbulan lamanya dan bunyi tersebut makin kuat, pada bulan ini, tanggal 10/02/2018... saya telah pergi ke kedai di kawasan Krubong Jaya, Melaka untuk servis kereta dan pada masa yang sama  saya menyuruh foreman kedai tersebut untuk memeriksa bunyi tersebut....foreman tersebut apa lagi buat test drive dengan saya duduk disebelah dia untuk memastikan bunyi yang terdapat pada kereta saya itu.



Selepas itu, tayar kereta saya ditanggalkan dan foreman tersebut memeriksa bahagian pemegang tayar kereta saya dengan menggunakan Stethoscope  dah macam alat doktor memeriksa pesakit tue... terkesima plak kedai tu ada alat macam itu. So, dalam hati nampak macam kedai ini dapat tahu masalah kereta dan lebih yakin masalah bunyi ketak-ketak itu dapat hilang....alhamdullillah bunyi tersebut hilang akhirnya setelah diberitahu dan dibaiki.


Masalah yang berlaku pada pemegang tayar adalah disebabkan Bearing.... so apa lagi foreman tersebut melakukan kerjanya untuk menggantikan bearing yang telah rosak yang mana harga untuk tukar bagi model Proton adalah sekitar RM135.00.



Gambar 1: Bearing yang akan ditukar
Gambar 1 menunjukkan  bahagian yang akan di grind untuk digantikan dengan yang baru pagi keseluruhan proses membaik pulih masalah wheel bearing yang dihadapi sekarang.

Gambar 2
Gambar 2 menunjukkan klip yang grip dikawsan bahagian ini dikeluarkan bagi tujuan pembersihan sebelum diganti dengan spare part baru.

Gambar 3
Gambar 3 menunjukkan di grind untuk membuat keliling bagi membaikpulih cengkaman  wheel rod seperti dalam rajah 4...maaflah xpasti bahasa mekanik apa dia.

Gambar 4
Gambar 4 menunjukkan gambar  bearing yang dikeluarkan dari bahagian wheel bearing untuk digantikan dan bahagian yang di grind tadi

Gambar 5
Gambar 5 menunjukkan Wheel Bearing yang telah dibaiki untuk dipasang semula pada bahagian kereta. Foreman juga menasihatkan selepas penggantikan wheel beearing di nasihatkan untuk membuat alignment dan balancing pada tayar.


Hilanglah rasa ketak - ketak selepas menahan kerisauan berbulan lamanya yela takut masalah lain kan....Alhamdulillah ...bolehlah berjalan jauh dengan hati yang lega selepas ni...kalau tidak nak speed laju-laju pun gusar takut roda melayang hehhee.


Ingat**** carilah bengkel kereta yang boleh dipercayai servis & kualiti bagi menjimatkan wang anda...jangan kena tipu macam saya sebelum, ini...


Peace Yoo




Thursday, 11 January 2018

Travelog - Port Dickson Trip




Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Disini ingin dikongsikan kisah percutian singkat di Port Dickson. Tempatnya tidaklah sehebat Kuala Lumpur cukuplah bagi penggemar pantai-pantai  untuk bermandi - manda yang banyak di kawasan Port Dickson ini bagi merehatkan minda setelah penat bekerja.

Setakat pemerhatian, aku sangat sukakan pemandangan pantai disini:
  • Blue lagoon(Pantai Tanjung Biru) - mempunyai pantai yang berteluk yang cantik dengan keindahan alam yang mengasyikkan serta mendamaikan.

  • Pantai cahaya Negeri - Pantainya juga berteluk, pantai ini agak menarik selepas kawasan ini dicantikkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson dengan suasana yang sangat best serta tempat melepak yang sesuai seisi keluarga dan juga sesuai untuk buat wedding photoshoot. Tempat ini biasa lepak disini semasa bt Diploma di Poli PD
Antara tempat makan best adalah:
  1. King's CHAR KUEY TEOW
Gambar 1: Kedai King's CHAR KUEY TEOW
https://www.facebook.com/kingsckt/

Tempat ini memang anda mesti pergi cuba menu disini terutama char kuey teow, kena cuba juga menu western yang lain yang perbagai tetapi bagi pandangan saya menunya limited atau pilihan yang tidak banyak tetapi bagus dicuba menu dia memang terbaik.

Gambar 2: Menu Chicken Char Kuey tew berharga RM13.90..... memang terbaik

  1. PD Famous Cendol Coconut Shake Power
Di kedai ini kena cuba menu dia yang pelbagai ...kedai ini sentiasa penuh.... so macam saya...memilih untuk pergi pada waktu bukan hujung minggu atau peak hour...bukan apa senang order perut pun senang hati ...sebab dapat makan cepat

Gambar 3: Menu Nasi Ayam... Pandangan aku nasi ayam dia biasa saje

Gambar 4: Cendol Durian....Yang ini korg kena cuba....cendol ini lebih sedap dari gerai Cendol bakar yang berada di Port Dickson juga

Gambar 5: Pisang Cheese.....Korang puas hati makan walaupun harga RM5 tetapi berbaloi dapat pulak makan time masih panas...nyummm nyummm......walaupun tuan kedai baru buka tetapi dia tetap buatkan juga sebab datang awal sangat...memang terbaik servis...


Yang menjadi kehampaan adalah tak dapat try breakfast di kedai Pak lang Kopitiam yang berada di Pekan Port Dickson yang mana terletak berdekatan Jabatan Laut Malaysia, Port Dickson

Gambar 6: Kedai Kopitiam Pak lang, Port Dickson
sumber: https://foursquare.com/v/pak-lang-kopitiam/4ceaa21ff3bda143770ac7e4/photos

Disini, banyak menu-menu yang best-best untuk dicuba terutama bagi penggemar makanan atau minum ala kopitiam dan halal


~End~

Thursday, 28 December 2017

Hati - hati dalam Pemilihan Kitchen Kabinet




Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari ini, ingin dikongsikan  sedikit panduan untuk memilih dan meneliti sebelum membayar untuk membuat Kitchen Cabinet:



  1. Cari Syarikat yang betul-betul dipercayai (jika boleh direcommend oleh orang yang dikenali yang pernah menggunakan perkhidmatan yang baik sebelum ini)
  2. Ikut bajet anda
  3. Jangan terburu-buru membuat keputusan selidik betul-betul.
  4. Jenis Kitchen cabinet sama ada 3G/4G atau macam-macam lagi

Kesalahan saya adalah membuat keputusan terburu-buru, biasalah duit ada di tangan heheheh...yang salah iaitu memilih syarikat bernama Numberg Kitchen (cawangan di Cheng Bertam dan Semabok, Melaka). Syarikat ini juga banyak join roadshow di sekitar Johor, Melaka dan Kuala Lumpur.


Nasihat saya jangan menggunakan perkhidmatan syarikat ini kerana pengalaman saya adalah Syarikat ini mempunyai rekod buruk sebenarnya...kerana saya telah menggunakan perkhidmatan mereka yang mana saya telah menempah kabinet dapur berharga Berbelas ribu yang mana spesifikasi seperti dalam Gambar 1.



Gambar 1: Spesifikasi Kabinet Dapur

Servis mereka sangat teruk dari staf sehinggaLAH ke bos mereka sangat tidak professional serta layanan buruk. Sehingga terpaksa membuat tuntutan kepada Tribunal Pengguna (TTPM) untuk mereka siapkan kerja yang mana hasil kerja mereka sangat kasar serta tidak menepati janji.


Semasa membuat tuntutan pada Tribunal Pengguna, pihak peguam memaklumkan syarikat ini memang top ranking dalam aduan daripada pengguna...syarikat ini bila sudah tahu tuntutan sudah dibuat di tribunal, terus laju mereka siapkan kerja tapi hasil kerja mereka sangat tidak memuaskan hati dapat pula duit habis bukan satu atau dua ribu tetapi berbelas ribu. Tolong elakkan syarikat bernama "Numberg Kitchen" carilah syarikat lain yang menjamin kualiti perkhidmatan yang terbaik.



Gambar 2: My Kitchen Cabinet


Sebagai panduan dan special Notes:

Saya nasihat kepada anda jangan terburu-buru memilih...hati-hati dengan syarikat yang mengambil kesempatan...syarikat ini servis teruk dan berlagak....so elakkan syarikat ini...itu nasihat saya pada anda.


~End~

Wednesday, 27 December 2017

Jenis Bayaran Cukai Apabila Telah Memiliki Rumah




Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dalam kes kali ini berkaitan cukai yang melibatkan rumah, semua jenis cukai yang perlu dibayar akan saya kongsikan dari pengalaman dan pengetahuan saya adalah mengikut lokasi rumah/ negeri iaitu untuk kes saya pembelian rumah saya adalah di Negeri Melaka, tempat Tanah Tumpah Darahku.



1. Cukai Taksiran Tahunan

Cukai taksiran atau cukai pintu adalah dua benda yang sama yang mana untuk negeri Melaka nilai cukai dikira sebanyak 20% dari nilai rumah yang dibeli yang mana perlu dibayar kepada Pihak berkuasa tempatan (e.g: MPHTJ, MPAG, MBMB,). Bayaran ini boleh dilakukan setahun sekali dan ada juga kelonggaran diberikan kepada yang tidak mampu dengan membuat dua kali bayaran tetapi jika lambat akan dikenakan caj lewat iaitu dalam RM23++. Apa yang diketahui bayaran ini adalah untuk menanggung kos penyelengaraan bandar/ kawasan seperti kos mengangkut sampah, membersihkan longkang, mengindahkan lanskap, membayar bil lampu jalan, menyelenggara lampu-lampu isyarat dan sebagainya. yang mana untuk jenis kediaman saya yang dikenakan cukai taksiran adalah RM430 setahun boleh bayar dua kali setahun jika anda tidak mampu...Perlu bayar awal sebelum tempoh tamat bayar sebab jika lewat anda akan didenda.


Apa akibat jika tidak membayar Cukai Taksiran nie?

Jika anda masih lagi belum membuat bayaran selepas menerima Notis (Borang E), waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda dan kos waran sebanyak 10% atas jumlah tunggakan cukai akan dikenakan.  Waran ini membolehkan pegawai MPM diberi kuasa melaksanakan tindakan-tindakan berikut :


a) Merampas (menyita) harta mudah alih yang ada di dalam bangunan
b) Melelong bangunan / tanah melalui pendaftar pelelong yang dilantik oleh pihak Majlis.


2. Cukai Tanah

Manakala Cukai Tanah adalah cukai atau bayaran yang dikenakan kepada individu yang mempunyai tanah persendirian yang tertakluk kepada pejabat Tanah Daerah/ Negeri. Cukai Tanah perlu dibayar sekali setahun dan ianya dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Bil Cukai Tanah berwarna Kuning. Yang mana caj Cukai tanah untuk keluasan 228m/segi dalam RM36.00 mengikut keluasan untuk setahun. Boleh rujuk laman wen https://ptg.melaka.gov.my/1/kadarcukaitanah.php

3. Cukai Indahwater/ Pembentungan

Caj yang dikenakan untuk quarterly adalah ~RM32.00 (RM8x4bln) iaitu setahun dalam RM96.000/setahun

4. Insurans Rumah

Anda juga dinasihatkan untuk membayar insuran rumah yang tidak dilindungi oleh MRTT/MLTT dalam kes saya sekitar RM702/setahun mengikut jenis insurans yang anda pilih serta mengikut agensi pilihan anda untuk coverage.



~End~

Selamat Tahun Baru 2018




Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Alhamdulillah tahun 2017 antara tahun yang sangatku berpuas hati dan ada juga suka duka nyer juga....tetapi akan ku kongsi kebahagian sahaja...cerita yang kurang bestt aku simpan untuk diri sendiri sebagai pedoman diri yang mana perkongsian ini bukan suatu meriakkan diri ye.

Antara Pencapaian yang tercapai:
  • Berjaya Tamat Belajar Peringkat Master/ Sarjana Secara Official
  • Yuran Belajar Ditaja Kementerian pengajian Tinggi Malaysia (MYBrain15)..alhamdulillah sangat mencukupi
  • Bersyukur belajar di Private Goverment Link University yang terbaik di Malaysia yang paling best tersenarai dalam senarai world ranking university iaitu UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)
  • Mengenali Pensyarah-Pensyarah yang hebat...terutama supervisorku yang sangat terbaik setakat ini yang pernah ku kenali...yang mana mengajar aku bukan setakat ilmu dunia tetapi mengajar/ berkongsi juga ilmu akhirat
  • Berjaya Konvo bersama kawan seangkatan dan sealiran di Universiti Tenaga Nasional pada 12 Ogos 2017 dan berjaya mendapatkan Sarjana.
  • Bercuti dengan kawan master ku di Universal Studios Singapore (March 2017)
  • Mula menduduki di rumah sendiri selepas mendapat kunci awal tahun lepas (2016)
  • Bercuti kali Kedua di singapura, yang mana tempat lawatan berhampiran Marina  Bay, Bugis street dan Kg. Glam (23-24/12/2017) dengan member masa Master dahulu.
  • Berjaya mendapatkan Sijil Mengajar dari Jabatan Pembangunan Kemahiran iaitu VTO tahap 3.
  • berjaya menyiapkan portfolio Pengurusan Pejabat SKM Tahap 2 secara PPT
  • Berjaya buat potluck dengan kawan-kawan opis yang rapat dirumah baru... yang paling best mereka semua berkerjasama dalam menyiapkan menu-menu bersama juga kakak-kakak ku.
  • Berjaya mendaftarkan diri untuk permohonan SKM Elektrikal Tahap 2 & 3 secara PPT.
  • Bercuti sebagai penutup Tahun 2017 di Port Dickson 31/12/2017-2/1/2018

Untuk tahun 2018, semangat untuk siapkan portfolio untuk Sijil Kemahiran malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3 dalam bidang elektrikal harap dipermudahkan segalanya.

Mencari peluang kerja yang lebih baik terutama mendidik anak bangsa seagama, dan senegara terutama jika dapat berbakti di tempat yang pernah membentuk aku menjadi insan yang berguna iaitu Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan kerana tempat inilah yang membuat aku bersemangat untuk terus mengejar cita-cita dan mencari ilmu sehingga peringkat Sarjana Kejuruteraan Elektrik...dan Insyallah jika diberi kekuatan ingin sambung PhD pula...Ameenn

Alhamdullillah, urusanku dipermudahkan-NYA bagi Tahun 2017...Diharapkan urusanku dipermudahkan di tahun-Tahun berikutnnya dan lancarkan urusan hidupku.

~Syukur selalu~

Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...